4 Apr 2011

Review Filem I Am Number Four


Review Filem I Am Number Four | Baru berkesempatan tengok I AM NUMBER 4! Trust me, nie lah filem omputih pertama yang berjaya buat aku tak tidur dari awal sampai habis.. Memang superb! Dari awal cerita, pengarah berjaya cipta kejutan yang membuatkan kesuspenan penonton! Wow! Dapat tonton di tv adalah sangat syokk. Barisan pelakon filem ini kebanyakannya muka yang jarang aku tengok di layar perak kecuali heronya si Alex. Semakin hensem dan kami sebaya. Barisan pelakon ialah Alex Pettyfer (John Smith), Timothy Olyphant (penjaga John-Henri), Dianna Agron (Sarah-girlfriend John), Callan McAuliffe (Sam) dan Teresa Palmer (Number 6).






Sinopsis I Am Number Four :



Filem nie berkisar tentang superhero - John Smith atau Number Four harus bersembunyi untuk terus hidup selepas individu yang bergelar Number One, Number Two dan Number Three mati dibunuh. Kisah bermula apabila 9 bayi dari planet Lerion melarikan diri dan terdampar di Bumi. Setiap bayi mempunyai penjaga masing-masing sehingga mereka dewasa. Kesemua 9 bayi ini mempunyai kuasa tersendiri. Jika mereka bergabung dapat membunuh Mogadorians. 




John dijaga oleh Henri semasa di bumi. Mereka kerap berpindah randah dan identiti John di ubah bertujuan supaya Mogadorians (makhluk jahat yang musnahkan planet Lerion) tak dapat mengesan John. Mogadorians membunuh legasi nie dengan mengikut turutan satu persatu. Number 1 dijumpai di Malaysia. Apabila Mogadorians berjaya menjejaki Number 4, John harus bersedia mempertahankan dirinya dari dibunuh dan seterusnya menjejaki Number 5. Paling sedih time Henry mati, semuanya gara-gara manusia yang percaya dengan perangkap Mogadorians. 


3 tanda bahawa ahli Number 1, 2 dan 3 dah dibunuh


Henry penjaga John

Number Four mengawal kuasanya


Betul kata Henry, mereka ber 6 harus bergabung untuk mengalahkan Mogadorians. John terpaksa pertahankan diri tanpa guardiannya dan dibantu oleh Number 6 yang menjejaki John selepas tengok video YouTube. As usual, ada scene cinta John dan Sarah. Sam juga mahu menyertai John dalam misi ini untuk mencari ayahnya yang didakwa diculik oleh Mogadorians. Scene last sangat terkejut bila tengok anjing John si Bernie Kosar bertukar jadi Chimera, yang dihantar oleh parents John untuk melindunginya di Bumi.



Bernie Kosar

Dating Sarah dan John

Number Four and Number Six

Number 6 bergerak solo selepas penjaganya di bunuh


Lawan punya lawan lastly Number 4 dan Number 6 berjaya musnahkan Mogadorians di padang stadium sekolah John. Kesian anjing John lepas lawan dengan makhluk hodoh tu dia bertukar jadi anjing yang cedera di kaki, jalan pun terhinjut-hinjut. Last scene, John pergi meninggalkan Sarah bersama Number 6 dan Sam untuk misi mencari ahli yang masih hidup. Number 6 naik moto Ducatti Merah kot.. Overall, movie ni ada bau campuran Twilight & Transformers tapi memang best lah! Mengikut buku novel ada banyak siri, kita tunggu dan lihat kalau ada part 2. 



Oke, scene yang cun giler time scene John & Sarah kiss depan rumah Sarah memang terbaik siap mak Sarah ni boleh main lampu depan rumah sebagai signal masuk rumah. Haha.. Scene takut bila diorang masuk rumah hantu, memang seram habis. Rumah hantu kat US lain dari Malaysia. Rumah hantu diorang dalam hutan, lepas tu ada mayat gantung2, bawak naik traktor tapi part patung mayat jatuh atas diorang dari atas pokok memang terkejut. Aku takut juga kalau time tu Mogadorians yang serang tapi rupanya geng2 bekas ex-bf sarah. Hampeh betol..


Mogadorians

bersedia untuk membunuh

Number 4 dan Number 6 kena bergabung

Bernie Kosar cedera




Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com