10 May 2011

Film Review : Thor (2011)


Review Filem Thor | Petang tadi lepas habis makan di kedai mak angkat aku terus keluar tengok wayang di TGV Jusco Kinta City bersama abang nizar, abang sani and mat rock. Biasalah kalau tak bawak adik perempuan dia memang aku akan merajuk. Haha, ayat gedik. Bukan senang abang angkat nak belanja tengok wayang. Tak rugi tengok kerana box office sehingga $449.3 million. Wah !




Selalunya kalau my abang pilih movie mesti best punya lah. Tambah pulak hero filem nie memang hensem. Ohh peminat Chris Hemsworth kena tengok sebab lain dari yang lain. Berlawan dengan musuh menggunakan hammer. Ohsem! Thor nie sebenarnya sebuah filem epik yang berdasarkan kepada superhero tapi Thor lebih kepada lagenda atau dewa kilat/petir.. Ditambah pulak ada pelakon Natalie Portman sebagai kekasih di Bumi selain kawan-kawan Thor yang pelakonnya hensem jugak.







Sinopsis Filem Thor: 



Mengisahkan tentang Thor (Chris Hemsworth), anak kepada Raja Asgard, Odin (Anthony Hopkins). Thor juga ada adik bernama Loki (Tom Hiddlestone). Kedua-dua mereka berebut untuk mengantikan tempat Odin. Tapi lebih memihak kepada Thor since dia dah biasa gunakan hammer, Mjolnir. Ketika Thor hampir ditabalkan sebagai raja baru oleh Odin, terjadi satu peristiwa yang membangkitkan kemarahan Odin terhadap Thor. Odin menyedari Thor belum bersedia untuk ditabalkan sebagai raja. Ini kerana Thor adalah seorang yang angkuh, baran, tidak bertolak ansur dan melihat peperangan sebagai jalan penyelesaian. Apatah lagi Thor menjadi punca kepada peperangan antara Asgard dan makhluk Frost Giant yang sememangnya brutal dan ganas. 





Thor semasa pertabalan untuk menjadi raja baru

Thor bertengkar dengan ayahnya kerana belum bersedia untuk menjadi Raja




Kerana tidak menghormati keputusan ayahnya (Raja Odin) untuk terus berperang akhirnya Thor dibuang ke bumi bersama hammer dan kuasanya ditarik balik. Ini membuatkan Loki berasa gembira dan merancang strategi untuk mengambil alih tempat Thor dan menjadi kesayangan Asgard. Sampai dibumi Thor menjadi manusia biasa, kuasa pun tiada dan perlu mencari hammernya yang tercampak di tempat lain. Ketika jatuh ke padang pasir itu Thor telah ditemui oleh seorang saintis bernama Jane (Natalie Portman) yang mengkaji fenomena pelik di langit. 



Rakan-rakan Thor yang berlawan bersamanya

Thor dibumi dibawa makan oleh Jane dan kawannya. Scene lawak okeh, habis pecah mug tu

Thor makin sayang dengan Jane, cerita pasal Asgard




Kemudian Thor jatuh cinta kepada Jane dan pada masa yang sama Loki sangat cemburu dengan keperkasaan yang dimiliki oleh Thor. Pelbagai usaha dilakukan termasuklah menghantar raksasa ke bumi untuk membunuh Thor. Loki juga melakukan bermacam cara untuk tidak membolehkan Thor pulang semula ke Asgard. Sehingga Thor mula berubah apabila gagal untuk keluarkan hammernya yang ada pada busut. Tak silap dia menangis kot baru lah dapat kuasanya semula. Rasa menyesal kerana teringat kata-kata ayahnya. 







Masa nie Thor bukanlah Thor yang angkuh. Segala-galanya berubah lepas dia bertemu dengan Jane. The power of love katakan. Thor menyakinkan Heimdall, penjaga pintu Bifrost - pintu dunianya dan pintu ke Bumi. Selepas berjaya tewaskan raksasa yang dihantar oleh Loki, Thor pulang ke Asgard untuk uruskan si Loki. Semasa raksasa menyerang dan memusnahkan bandar, Thor offer dirinya untuk menyelamatkan orang, kerana sifat pengorbanan hammer Mjolnir pulang kepadanya dan Thor mendapat kuasanya semula. 



Thor berusaha mengeluarkan hammernya

Kesian tengok scene ni nampak sangat Thor sudah menyesal

Thor berhubung dengan penjaga pintu Asgard, Heimdall akan dengar dan lihat apa jadi di Bumi

Heimdall akan selalu jadi mata-mata Thor tengok keadaan Jane di Bumi


Di Asgard, Loki mengkhianat dan membunuh Laufey. Semasa Loki tengah dalam keadaan tak sihat kerana rindukan anakknya. Thor tiba di Asgard dan berlawan dengan Loki sebelum memusnahkan Jambatan Bifrost untuk halang rancangan Loki. Odin terjaga dan menghalang 2 beradik yang ketika itu jambatan telah runtuh dan Loki jatuh apabila Odin menolak rancangannya untuk menjadi Raja. Thor mengaku kepada Odin, dia tak bersedia untuk menjadi raja sementara di Bumi, Jane dan teamnya membuat penyelidikan cara untuk membuka portal untuk ke Asgard.




Oke lah, filem ini guna teknologi 3D. Kami berempat yang tak tengok dalam 3D pun dah rasa macam 3D. Memang dasat pengembaraan Thor. Plus nak puji sound effect untuk filem nie yang memang superb macam cerita Transformers. Aksi pertempuran yang unik sebab pakai hammer. Antara daya penarik dalam filem nie. Jarang benar rasanya tengok orang lawan pakai hammer, busuk-busuk pun pakai pedang, panah, kapak, ni pakai hammer so unik. Tak sabar nak tengok part 2 pulak. Nak tengok macam mana Asgard sejak ketiadaan Thor dan apa nasib Loki. 





Sweetnya sebelum Thor pulang ke Asgard


Babak sebelum Thor balik ke Asgard, dia cakap kat Jane yang dia akan kembali semula untuk mengambil Jane. Wehoo ~~ Rating aku untuk filem nie 4/5 bintang :) Jom bergaduh guna Hammer!! Tak sabar nak tengok Thor part 2 pulak. Bila agaknya akan ditayangkan. Kita tunggu dan lihat.



video


No comments:

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com