4 May 2011

Teluk Batik Dan Marina Pangkor Island Bersama Mentor Mentee (Part 1)


Hye semua! rindu la
Lama tak blogging disebabkan nak siapkan keje yang bertimbun.
Pulak tu ade Program Mentor Mentee di Teluk Batik Dan Marina Pangkor Island pada 1 May 2011 aritu. Penat tapi have fun! Tak kisah pun dengan sunburn, kulit gelap and lastly muka pink. 



Destinasi pertama ialah Teluk Batik. Ini pantai popular kat Perak ni. Kami semua satu kelas time Sem 1 dan Miss Intan jadi mentor. Bila dah masuk Sem 2 baru nak buat plan bercuti. Walaupun ramai yang tak dapat join. Jadi kitorang pegi berkonvoi 3 kereta. First time datang sini mesti la excited terlebih. Bayangkan time panas terik semua pakat salin baju nak mandi laut. Benda pertama yang aku beli ialah topi ! Jadi rebutan tau. 



Cantiknya pemandangan dan tersangat la ramai orang mandi manda


Dengan Is, tengah pilih tempat nak duduk



Dalam masa setengah jam mencari tempat yang best nak hampar tikar, akhirnya jumpa tempat best di bawah pokok. Apa lagi, letak beg dan terus cari toilet nak tukar baju. Dah tak sabar tengok pantai. Hehehe



Dah siap ! Sengih je kan


Suka gambar ni. Thanks Is !



Lame tak mandi pantai sampai tak ingat panas. Kulit semua terbakar. 
Gara2 nie aku kena sunburn sampai muka jadi pink
Takpayah susah2 pakai blusher 




Dah puas mandi. Kitorang nak naik Banana Boat pulak. Tengok orang naik macam best je. Nak naik ramai2 sekaligus tak muat. Jadi ada yang terpaksa naik berdua. Kesian Is, Asri, Kiss dengan Wan. Gambar masa mandi tengah laut tu semua Is tolong ambilkan termasuk la nak naik banana tu. Hehee


Kak Cik tengah ajar aku cara2 nak pakai belt


Hoyeeehhhh.... 


best oohh naik banana boat nie...sorang RM 5 je
tempat lain mahal


Serius best !! Melambai kat photographer


Turn Kiss dengan Wan pula naik Banana.. Aku pula jadi photographer diaorang


Kesian photographer lepas terjun dari pisang. Haha




Sebelum semua balik berehat dan makan tengahari. Bila semua dah puas naik Banana. Ada la sorang mangsa jadi mayat hidup. Kesian kena tanam. Kejam betol.. Ada adegan kejar mayat hidup tu.



Asal la tak bagi mayat ni pakai spek. Kesian silau matahari tu


Dah habis makan.. Rehat jap sebelum jenjalan lagi


Mamarazzi pada hari itu


Kami memang teman tapi mesra. Haha



Tunggu entri ke lumut pulak. Penat dah menaip. Bak singgit ! Dapat gak beli mineral/air sirap 80sen. 


6 comments:

pete said...

becuti sakan nampak.hehe

naz said...

peghhh heavennnn siottt

Sekamar Rindu said...

salam...


aktiviti masa lapang yg sangat menyeronokkan...

Puteri Iqa Izyan said...

wahh.bestnye mandi pantai.
konpem burn kulit. heee =.=

AnAk dEneSor said...

besh nyer..nk g gak lah..hihihi

De Mois said...

Waduh2..SS baru je pergi teluk batik ngan dak kelas SS 3 minggu lepas. Nasib baik tak jumpa. Haha


Revolusikan hidup dengan SuaraSendiri

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com