26 June 2011

Rindu Nak Sekolah Balik :(


Entry nie kisah baru pagi tadi.
Rajin pulak ye aku nie update pepagi buta (pagi buta ?)
Ok la pagi tadi aku jadi photographer tak laku.
Ambil gambar hari sukan di skola sepupu, sk convent butterworth.
Walaupun mengantok aku rasa syok, maklum la malam kelmarin aku bertumbuk dengan nyamuk.
Tibatiba teringat pulak time aku skola dulu, rindu skola, sob3
ok..ok dah cukup, semua tu dah lepas.


Biasa la kalo hari sukan mesti pusing satu padang kan.
Memang lawak tengok budak2 nie, custom cantik2
(Eleh, dulu aku pun macam nie gak)
Dik, bole akak mintak sign? hehe

Lepas tu diiringi pasukan pancaragam yang dijemput.
Dari SM (Sains) Tun Syed Sheh Shahabuddin (sek pandai).
Skola yang terkenal dengan pancaragam. 2 sepupu aku student skola nie juga.



Bila dengar lagu negaraku, aku rasa tak lupa lirik lagi
Bila lagu negeri sendiri, kantoi sikit sebab lupa lirik
Malu makkk...itu la lama tak nyanyi kan dah lupa.
After this go back ipoh and practise.



Oppssss...jangan tengok punggung budak tu ! nantikan naik ketumbit la.
Tak bermaksud pun nak snap gambar macam nie.
Persembahan 3 buah lagu dengan gaya macam2, eh budak tak penat ke?


Lepas tengok abang2 tadi.
Tengok pulak adik2 gelek lagu waka waka, tarzan & jane.
Nasib baik tak gelek sekali dengan cheerleader nie.


Acara bermula, sepupu aku lari dengan gaya slow motion.
Har..har, bole la ye adik. belanja aiskrim satu!

Last, rumah merah menang.
Sebagai ex.convent, rumah merah selalu menang. (bangga pulak)
Ok lah, bantal dah panggil mari. nak tidoq dulu ye. bubye.

2 comments:

EZAN IDMA said...

mmg rumah merah slalu menang. haha

pete said...

wah.da jadi photographer. :D

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com