31 August 2011

Berjimba Di Hari Raya 2011


Selamat hari raya Aidilfitri buat semua readers.. Seronok beraya tak habis lagi. Seperti raya tahun lepas, raya ke 2 mesti keluar dengan kawan. Tahun ni kami raya kali ke 2 semenjak berjumpa semula pada raya tahun lepas selepas tamat SPM. Dah jumpa balik mesti nak hangout. Jadi kali ni cuci mata kat Sunway Carnival la tengok wayang, tengok itu ini. Hehehe.. 


Nampak tak excited dia sampai jamban


Nak melancong ke mana? Pilih2

Selamat kemerdekaan

Hari raya ke mall. Apadahal





Lagi pun cik Tini tu excited nak snap gambar guna DSLR. Tak apa biarkan dia dengan excited tu. Ambik gambar aku banyak2 sikit tau. Dah habis jalan2 kat Sunway, kami photoshoot pulak kat Taman nama apa entah. Dekat dengan sungai tu. Bajet nak jadi model, layankan jelah. Hahaha. Sehari dalam setahun gituw. Biar puas2 dulu sebelum kami berdua balik KL dan Ipoh. Dah la aku cuti raya seminggu saja. 



Ada macam gaya hindustan? Guling2 kat rumput


Lepas habis bergolek-golek kat rumput di taman tu, kami ke pantai pulak. Ala pantai R&R tu la.. Si minah ni nak main layang2 pulak kat situ. Sampai saja memang ada orang jual layang2, apa lagi beli n main la sepuas-puasnya. Maklum la kat KL mana ada tempat nak main layang2. Kesian pulak aku tengok Tini ni. Macam sedih saja kalau tak sempat main layang2 kat Penang. 


Tumpang sekaki main. Haha


Dah penat main, dah penat guling2 kat batu tu, dah serupa ikan duyung dok terdampar kat tepi pantai maka kami pun balik la ke rumah masing2. Ada macam karangan bahasa melayu tak entri aku ni? Ada kan..kan. Itu saja la story raya ke 2 aku pada tahun ini. Sekiannnn 



No comments:

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com