23 Dec 2011

Perkara Yang Ingin Dilupakan Semasa Zaman Persekolahan


Sempena 'Kembali Ke Sekolah' ramai budak2 seronok beli baju baru, kasut baru, pensil box baru, diorang tak tahu lagi penderitaan dan kesengsaraan yang kami warga tua ni alami di zaman sekolah. Ada beberapa perkara yang ingin dilupakan di zaman sekolah. 



1) Kena bangun pagi

Rumah aku dengan sekolah tak jauh sangat. Tapi perlu lagi minta tolong ayah hantarkan. Walaupun bangun awal tapi aku selalu je lambat datang sekolah gara2 duduk mengadap cermin lama2 walhal sekolah perempuan. Bila dah nampak bangunan sekolah, lepas tu tiba2 terdengar bunyi loceng pulak. Pengawas dah tunggu kat depan pintu pagar. Memang muka femes, dicop budak suka datang lambat kecuali hari Isnin sebab ada perhimpunan.



2) Kena kapur kasut

Benda yang paling membosankan. Basuh kasut tak ada masalah sebab aku selalu sumbat dalam mesin basuh. Tetapi mengapur kasut?? What's the point nanti kotor balik. 



3) Handphone dirampas dan apa lagi la..


Masa tu form 5, memang tengah syok layan lagu sekali cikgu lalu. Tak sempat nak sembunyi. Hari Rabu pulak, aku ada ko-ku kalau tak bawa minyak wangi, memang tak sah. Kawan aku yang sorang lagi bawa pewarna kuku. Time tu pulak ada spot check, kalau simpan dalam 'bukit' memang tak selamat sebab akan diraba2 oleh para pengawas, relakan jelah. Jadi kami sembunyi barang kat atas palang langsir. Hehe.


4) Tak dapat Pinjaman Buku Teks

Sedih kan? Jadi terpaksa beli buku teks yang tebal2 tu. Nasib baik kunci almari kelas aku yang pegang jadi buku teks simpan dalam tu, kalau simpan bawah meja habis hilang dek budak2 kelas petang.



5) Menghadiri kelas tambahan

Memang tak best sebab terpaksa melupakan hasrat untuk balik tido di rumah. Akibatnya aku akan berkhayal dalam kelas.



6) Tandas bertaraf iblyss

Budak2 sekolah memang tak reti nak pam tandas. Pegilah tandas tingkat mana pun, mesti ada pelbagai jenis tahi yang terdampar ataupun tenggelam timbul dalam mangkuk jamban. Cara yang terbaik kena pergi berak di tandas guru. Time sekolah menengah pulak faham2 sendiri sape yang suka buang roti kering merata-rata. 


 Ini gambar semasa Tingkatan 2. Teke la dimana wajah comel saya. Hehe.



Hah. Bagi pembaca yang masih bersekolah janganlah ponteng sekolah ya adik2. Teringat insiden mandi manda di tandas sekolah sebelum g ko-ku. Jimat air beb. 

3 comments:

  1. haha..bab tarik flush tandas tu xley blah tu..hikhik..btw,rndu jugak zaman sekolah..:(

    ReplyDelete
  2. paling sokong yang kapur kasut tu, paling aku menyampah 10kali

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com