8 December 2011

Perlu Ke Simpan Barang Kenangan Tu ?





Selamat pagi semua. Perut pun dah kenyang. Pagi ni tergerak hati pulak nak kemas bilik dan terjumpa barang2 pemberian bekas kekasih. Bila cakap tentang cinta mesti ramai yang suka bagi barang kepada kekasih hati. Kalau lelaki dia suka bagi gf dia coklat. Tu tak apa la, habis makan terus buang, kalau bunga dah kering terus campak dalam tong sampah. Tapi kalau yang bagi baju, tudung, tali pinggang, kasut dan sebagainya kalau kasih tak kesampaian camner?




surat cinta la konon..semuanya dah berlalu.


Kalau buang tu tandanya nak melupakan atau tanda sakit hati? Kalau baju mahal sayang nak buang? Bagi aku memang susah nak buang barang pemberian tu tapi disebabkan sakit hati hilang dah rasa sayang nak simpan. Bagi mereka yang buang tu, tak rasa menyesal? Mana lah tahu nanti akan bersatu semula. Bagi aku cukup la sekali sakit hati. Terpulang pada korang nak simpan ke tak.


Still simpan lagi tanpa perasaan apa2. 
Lelong kat pasar malam laku kot.


Tepuk dada tanya hati. Kalau rasa barang tu semua buat hati korang down dan sentiasa sedih buang saja. Tapi bukan buang ke tong sampah ye, bagi je orang lain guna. Kalau baju tu kawan korang tak sudi terima bagi je pada insan yang memerlukan. Jangan membazir. Pergi 2 orang lelaki tak bermakna aku salah tak bermakna aku betul tapi menyedarkan diri dari terus disakiti. Peace.

4 comments:

Anum said...

ye betul

sekamar rindu said...

salam..

kalau barang kenangan tu mengingatkan kpd kenangan yg pahit..hingga mengganggu kehidupan..elok tak pyh simpan..:))

Elie Lily said...

barang2 elie simpan sebab boleh pakai,tp gmbar2 dalam lappy sume da buang..anggap tu semua kenangan je kan.. :)

EZAN IDMA said...

barang yg ex bg tah keman tah pergi. nmpaknye mmg dh tak syg la tu . kihkih.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com