29 May 2011

FB Oh FB

Hye sume..harap sume sihat je
time cuti nie mesti tak tahu nak buat ape selain layan blog, fb, youtube jela
tapi takkan sampai sebulan nak layan benda ala nie
sampai otak jadi bengong baru nak stop..alahai letih makk..
apepun layan blog lagi aman dari fb sebab tak payah komen banyak2
sekarang pun dah malas nak on9 fb lamelame sebab notification banyak
kadang2 tu sampai tak terbalas komenkomen
tengok la sendiri sampai berapa?



nak kata aku nie cantik sangat takde pulak tapi wall penuh dengan post
kalo layan makin menjadi-jadi, kalo tak layan cakap sombong la, remove friend la
kalo dah tahu macam tu tak payah add, lagi senang
tapi banyak budak laki sebab diorang mintak no.fon
ape pun yang diorang buat biar jela sebab tak luak pun friend request
walau apapun terjadi aku tak pernah nak berdendam dengan sapesape
harap hidup selepas nie dilindungi-NYA..
ape pun nina sayang blogger2 sume, yang mane selalu komen
Terima kasih banyak-banyak.. :))


23 May 2011

Cuti Sem Datang Lagi..Yeahhh

Hye news datang lagi
dalam minggu nie semua benda berakhir
final exam dah habis, sem 2 dah takde, cuti sem pun dah mula
bermakna sem nie last aku duduk kat ostel, hurm sedihnya
sem depan tak dapat nak dengar pak guard berleter lagi
mesti rindu nak dengar suara die ;)

paling suka kalo stay kat ostel, petang2 bole tengok pemandangan nie!
cantiknya anugerah tuhan, tengok sampai takda


lepas nie dah duduk luar, sedih tak dapat tengok lagi
malam pula packing barang beramai-ramai
esoknya terus bawa gi umah sewa dengan lori
memang terbaik sampai sewa lori untuk angkut barang2 nie



my loker yang hampir kosong
sempat lagi amek gambar sementara tunggu lori
buat semua student KPTM Ipoh, DIM 0201, dorm 4
happy holiday ya (kali nie cuti sem pendek je)
take care sume
kita jumpa di rumah sewa yang baru, bilik baru & kelas baru


20 May 2011

Terjebak Dalam Cinta Sonsang

Hye sume..lama tak update blog
buzy dengan final exam & harini last paper untuk subjek Pengajian Malaysia
sebelum memulakan story nie, aku nak minta maaf kalo ade yang terasa
memang blog nie bukan tempat nak mengutuk tapi ini terpaksa.

Mulanya kawan dengan diorang sebab pandai, dekan bole minta tolong ajarkan
tapi makin lama berkawan aku baru sedar sesuatu..
mereka ini gay kah?? susah nak pecaya
bila tengok gambar yang kami ambil masa kuar study buat aku geram

*memang patut ke Norman ambil gambar bontot kitorang??
memang takde faedah kalo simpan gambar macam nie

*gambar ke 2, ini Arep, same juga..dalam kamera penuh gambar 

*gambar ke 3
& banyak lagi gambar macam nie yang A&N snap masa hari belia di parit buntar yang 
melibatkan budak dorm aku sekali.
rahsia terbongkar bila aku proses lappy N, banyak gile gambar
nasib baik tak ikot sebab dah tahu hal nie
kesian budak dorm yang tak tahu pape

*gambar ke 4 & ke 5

ini bukan nak study tapi nak perangkap kitorang
time tu dalam dorm bising jadi terpaksa ikot
kalo tahu macam nie memang aku takkan kawan
dengar cete A ada hati tapi aku anggap die cuma kawan biasa
tak lebih dari tu, aku lebih suka dengan life sekarang.


Dulu aku rapat dengan A sampaikan orang fikir kami bercinta
untuk mengelakkan A perasan, aku buat cete kononnya dah couple dengan Zul Khairi
(z.k tu kawan juga, dah setahun kami kawan baik).
tapi bila jadi benda nie aku dah mula rengang dengan mereka, lebih berhati2
paling risau kalo duadua pegang kamera.

*gambar nie N ambil secara spontan.
bila tanye untuk apa gambar nie
N jawab untuk "jeleskan hati ex aku"
bodoh betol!! takde keje
supaya hubungan aku dengan ex lebih buruk lagi
& Azfar, kawan yang bole diharap

@Gua Kek Lok Tong, Ipoh

saya ingin mengatakan bahawa korang tetap kawan tapi 
hentikan perbuatan BODOH nie sebelum aku buat sesuatu..
Azfar: ko baik walaupun orang cakap ko gay tapi aku tahu ko cuma GEDIK!
untuk orang yang pernah aku sayangi sangat2 dulu, kalo bole nak sangat kita berkawan baik,
mintak maaf kalo selalu sakitkan hati, takda niat pun. teringin nak sembang macam dulu. kalo bole.
harap sem 3 nanti sume akan jadi lebih baik, taknak cari musuh & aku harap bole jadi pelajar yang RAJIN.
itu je..hehe :) bubye


10 May 2011

Film Review : Thor (2011)


Review Filem Thor | Petang tadi lepas habis makan di kedai mak angkat aku terus keluar tengok wayang di TGV Jusco Kinta City bersama abang nizar, abang sani and mat rock. Biasalah kalau tak bawak adik perempuan dia memang aku akan merajuk. Haha, ayat gedik. Bukan senang abang angkat nak belanja tengok wayang. Tak rugi tengok kerana box office sehingga $449.3 million. Wah !




Selalunya kalau my abang pilih movie mesti best punya lah. Tambah pulak hero filem nie memang hensem. Ohh peminat Chris Hemsworth kena tengok sebab lain dari yang lain. Berlawan dengan musuh menggunakan hammer. Ohsem! Thor nie sebenarnya sebuah filem epik yang berdasarkan kepada superhero tapi Thor lebih kepada lagenda atau dewa kilat/petir.. Ditambah pulak ada pelakon Natalie Portman sebagai kekasih di Bumi selain kawan-kawan Thor yang pelakonnya hensem jugak.







Sinopsis Filem Thor: 



Mengisahkan tentang Thor (Chris Hemsworth), anak kepada Raja Asgard, Odin (Anthony Hopkins). Thor juga ada adik bernama Loki (Tom Hiddlestone). Kedua-dua mereka berebut untuk mengantikan tempat Odin. Tapi lebih memihak kepada Thor since dia dah biasa gunakan hammer, Mjolnir. Ketika Thor hampir ditabalkan sebagai raja baru oleh Odin, terjadi satu peristiwa yang membangkitkan kemarahan Odin terhadap Thor. Odin menyedari Thor belum bersedia untuk ditabalkan sebagai raja. Ini kerana Thor adalah seorang yang angkuh, baran, tidak bertolak ansur dan melihat peperangan sebagai jalan penyelesaian. Apatah lagi Thor menjadi punca kepada peperangan antara Asgard dan makhluk Frost Giant yang sememangnya brutal dan ganas. 





Thor semasa pertabalan untuk menjadi raja baru

Thor bertengkar dengan ayahnya kerana belum bersedia untuk menjadi Raja




Kerana tidak menghormati keputusan ayahnya (Raja Odin) untuk terus berperang akhirnya Thor dibuang ke bumi bersama hammer dan kuasanya ditarik balik. Ini membuatkan Loki berasa gembira dan merancang strategi untuk mengambil alih tempat Thor dan menjadi kesayangan Asgard. Sampai dibumi Thor menjadi manusia biasa, kuasa pun tiada dan perlu mencari hammernya yang tercampak di tempat lain. Ketika jatuh ke padang pasir itu Thor telah ditemui oleh seorang saintis bernama Jane (Natalie Portman) yang mengkaji fenomena pelik di langit. 



Rakan-rakan Thor yang berlawan bersamanya

Thor dibumi dibawa makan oleh Jane dan kawannya. Scene lawak okeh, habis pecah mug tu

Thor makin sayang dengan Jane, cerita pasal Asgard




Kemudian Thor jatuh cinta kepada Jane dan pada masa yang sama Loki sangat cemburu dengan keperkasaan yang dimiliki oleh Thor. Pelbagai usaha dilakukan termasuklah menghantar raksasa ke bumi untuk membunuh Thor. Loki juga melakukan bermacam cara untuk tidak membolehkan Thor pulang semula ke Asgard. Sehingga Thor mula berubah apabila gagal untuk keluarkan hammernya yang ada pada busut. Tak silap dia menangis kot baru lah dapat kuasanya semula. Rasa menyesal kerana teringat kata-kata ayahnya. 







Masa nie Thor bukanlah Thor yang angkuh. Segala-galanya berubah lepas dia bertemu dengan Jane. The power of love katakan. Thor menyakinkan Heimdall, penjaga pintu Bifrost - pintu dunianya dan pintu ke Bumi. Selepas berjaya tewaskan raksasa yang dihantar oleh Loki, Thor pulang ke Asgard untuk uruskan si Loki. Semasa raksasa menyerang dan memusnahkan bandar, Thor offer dirinya untuk menyelamatkan orang, kerana sifat pengorbanan hammer Mjolnir pulang kepadanya dan Thor mendapat kuasanya semula. 



Thor berusaha mengeluarkan hammernya

Kesian tengok scene ni nampak sangat Thor sudah menyesal

Thor berhubung dengan penjaga pintu Asgard, Heimdall akan dengar dan lihat apa jadi di Bumi

Heimdall akan selalu jadi mata-mata Thor tengok keadaan Jane di Bumi


Di Asgard, Loki mengkhianat dan membunuh Laufey. Semasa Loki tengah dalam keadaan tak sihat kerana rindukan anakknya. Thor tiba di Asgard dan berlawan dengan Loki sebelum memusnahkan Jambatan Bifrost untuk halang rancangan Loki. Odin terjaga dan menghalang 2 beradik yang ketika itu jambatan telah runtuh dan Loki jatuh apabila Odin menolak rancangannya untuk menjadi Raja. Thor mengaku kepada Odin, dia tak bersedia untuk menjadi raja sementara di Bumi, Jane dan teamnya membuat penyelidikan cara untuk membuka portal untuk ke Asgard.




Oke lah, filem ini guna teknologi 3D. Kami berempat yang tak tengok dalam 3D pun dah rasa macam 3D. Memang dasat pengembaraan Thor. Plus nak puji sound effect untuk filem nie yang memang superb macam cerita Transformers. Aksi pertempuran yang unik sebab pakai hammer. Antara daya penarik dalam filem nie. Jarang benar rasanya tengok orang lawan pakai hammer, busuk-busuk pun pakai pedang, panah, kapak, ni pakai hammer so unik. Tak sabar nak tengok part 2 pulak. Nak tengok macam mana Asgard sejak ketiadaan Thor dan apa nasib Loki. 





Sweetnya sebelum Thor pulang ke Asgard


Babak sebelum Thor balik ke Asgard, dia cakap kat Jane yang dia akan kembali semula untuk mengambil Jane. Wehoo ~~ Rating aku untuk filem nie 4/5 bintang :) Jom bergaduh guna Hammer!! Tak sabar nak tengok Thor part 2 pulak. Bila agaknya akan ditayangkan. Kita tunggu dan lihat.





7 May 2011

Teluk Batik Dan Marina Pangkor Island Bersama Mentor Mentee (Part 2)



Hye semua! nak sambung kisah cuti2 malaysia yang lepas.
Maklum la terlampau sibuk dengan assignment dan projek yang menimbun tu.
Destinasi kedua ialah Marina Pangkor Island iaitu jeti nak ke Pangkor. Ini pantai popular kat Perak selepas Teluk Batik dan Teluk Senangin ni. Ok la.. Lepas dah penat mandi manda, kitorang pun siap2 ke sana. Hari pun dah petang. Memang best la kalau lepak kat jeti tu. Tak terbakar macam kat Teluk Batik tu. Huhu.. 

Aktiviti lepak kat situ hanya lah nak berphotoshoot. Menambahkan kenangan sesama kami. Haha.. Nak main layang2 pun takda mood. Mood dah bertukar letih. Tak larat rasanya nak balik Ipoh. Jom tengok gambar suka suki kitorang. Semua suka bergambar ! 


pose alaala model pulak


Gaya bebas terbabas semua ada


Faez, Nisa & Kak Cik 


Kami sekelas, sebilik. 



Kat jeti Pangkor ni ada macam2 mainan boleh main termasuk mandi laut, layang2, basikal. Tapi semua tu tak dapat nak buat sebab masa tak ade. Kebanyakan orang datang sini nak melepak dan bawa anak2 main. Dalam pukul 6 dah gerak balik. Semua muka kepenatan dan kelaparan. Cian..




Jannah atau nama glamour Jenny. Kawan sekatil ni


PINK tak muka?? hehe


Gerak balik.. Memang jammed


Singgah McD.. Lapo



aparan. Cian.. Harapharap bole hangout lagi dengan budakbudak kelas aku Sem 1 dulu. Sekarang semua dah berpecah, jarang dapat jumpe
Semua dah jadi photographer model, pengantin. Gud news bagi aku dan
gudluck untuk final exam! Get the best result for Semester 2 for DIM 0201



4 May 2011

Teluk Batik Dan Marina Pangkor Island Bersama Mentor Mentee (Part 1)


Hye semua! rindu la
Lama tak blogging disebabkan nak siapkan keje yang bertimbun.
Pulak tu ade Program Mentor Mentee di Teluk Batik Dan Marina Pangkor Island pada 1 May 2011 aritu. Penat tapi have fun! Tak kisah pun dengan sunburn, kulit gelap and lastly muka pink. 



Destinasi pertama ialah Teluk Batik. Ini pantai popular kat Perak ni. Kami semua satu kelas time Sem 1 dan Miss Intan jadi mentor. Bila dah masuk Sem 2 baru nak buat plan bercuti. Walaupun ramai yang tak dapat join. Jadi kitorang pegi berkonvoi 3 kereta. First time datang sini mesti la excited terlebih. Bayangkan time panas terik semua pakat salin baju nak mandi laut. Benda pertama yang aku beli ialah topi ! Jadi rebutan tau. 



Cantiknya pemandangan dan tersangat la ramai orang mandi manda


Dengan Is, tengah pilih tempat nak duduk



Dalam masa setengah jam mencari tempat yang best nak hampar tikar, akhirnya jumpa tempat best di bawah pokok. Apa lagi, letak beg dan terus cari toilet nak tukar baju. Dah tak sabar tengok pantai. Hehehe



Dah siap ! Sengih je kan


Suka gambar ni. Thanks Is !



Lame tak mandi pantai sampai tak ingat panas. Kulit semua terbakar. 
Gara2 nie aku kena sunburn sampai muka jadi pink
Takpayah susah2 pakai blusher 




Dah puas mandi. Kitorang nak naik Banana Boat pulak. Tengok orang naik macam best je. Nak naik ramai2 sekaligus tak muat. Jadi ada yang terpaksa naik berdua. Kesian Is, Asri, Kiss dengan Wan. Gambar masa mandi tengah laut tu semua Is tolong ambilkan termasuk la nak naik banana tu. Hehee


Kak Cik tengah ajar aku cara2 nak pakai belt


Hoyeeehhhh.... 


best oohh naik banana boat nie...sorang RM 5 je
tempat lain mahal


Serius best !! Melambai kat photographer


Turn Kiss dengan Wan pula naik Banana.. Aku pula jadi photographer diaorang


Kesian photographer lepas terjun dari pisang. Haha




Sebelum semua balik berehat dan makan tengahari. Bila semua dah puas naik Banana. Ada la sorang mangsa jadi mayat hidup. Kesian kena tanam. Kejam betol.. Ada adegan kejar mayat hidup tu.



Asal la tak bagi mayat ni pakai spek. Kesian silau matahari tu


Dah habis makan.. Rehat jap sebelum jenjalan lagi


Mamarazzi pada hari itu


Kami memang teman tapi mesra. Haha



Tunggu entri ke lumut pulak. Penat dah menaip. Bak singgit ! Dapat gak beli mineral/air sirap 80sen. 


Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com