29 June 2011

Julai






Meng-update blog di rumah sewa baru.
Semua baru, katil baru, tilam baru. idea pun baru.
Penat pun tak habis lagi, excited yang lebih.
Nak kemas itu la, nak kemas ini la last2 gi tengok tv. hehe
Entah kenapa mak rasa dingin sangat.
Tak sabar nak masuk bulan 7,  ada apa dengan bulan tu ? tunggu la
 Mungkin lepas nie aku akan buat kerja jahat lagi macam tahun lepas.
Teringat pulak masa first time datang ipoh, macam sakai je.
|
|
V
kejam betul, sebelum tuan kedai datang halau lebih baik cabut dulu.
Dah nampak tanda dilarang mengambil gambar!
Sampai sekarang tak berani dah masuk kedai tu.
Ini semua nisa punya kerja, sori aku mention name ko.
Die bukan tahu pape pun. Heee


27 June 2011

Rindu ♥ Keluar Berdua = Dating?






nampak macam sepasang kekasih kan? ini Azfar, kami berkawan baik.


Main nyorok2 pulak..


Aku single dan ya aku dah keluar dengan lelaki, bergambar bersama. Bagi aku benda nie tak salah, aku tak sakitkan hati sesiapa dan aku jumpa atas title kawan dan bukan bakal kekasih atau apa. Aku keluar dengan mereka kerana kawan dan semua yang aku jumpa tu, aku tak ada hati atau perasaan romantik. Jumpa setakat rindu sebagai kawan, tukar cerita. Kenapa la orang berfikiran kolot dalam hal nie? Tak salah untuk keluar berdua, jumpa pun kat tempat awam tambah pula masing2 single. Aku taknak berbual dengan kekasih orang, nanti dicop perampas. Masing2 kata rindu tapi rindu sebagai kawan. Tapi kalau aku dah mula bercinta balik takde nak buat macam nie. Mungkin tak kot. Entah, aku rasa dah serik selalu couple dengan lelaki kuat cemburu. Buat itu tak boleh, buat ini tak boleh. Segala kisah aku dengan kawan lelaki hanya mak yang tahu, dia la kawan, dia la ibu yang memberi nasihat, dia saja yang pernah tengok semua gambar mereka. Ada satu kes, mak aku diajak kuar makan, aku pun tak tahu mana mamat tu dapat no. Memang gila, kalau ya pun nak tackle aku, tak payah buat macam nie. Nak tanya korang balik, patut ke perjumpaan macam nie dilabel romantic date walaupun tanpa sejambak bunga ros? 



Kalau rindu kat seseorang, tak kisah sape pun mesti aku tido macam nie. Memang jenis tido macam nie, style baru punye. rindu kat lyn dengan nisha nie :( kalau macam nie orang mesti fikir diorang nie les kan? tapi hanya kami saja yang tahu.


26 June 2011

Rindu Nak Sekolah Balik :(


Entry nie kisah baru pagi tadi.
Rajin pulak ye aku nie update pepagi buta (pagi buta ?)
Ok la pagi tadi aku jadi photographer tak laku.
Ambil gambar hari sukan di skola sepupu, sk convent butterworth.
Walaupun mengantok aku rasa syok, maklum la malam kelmarin aku bertumbuk dengan nyamuk.
Tibatiba teringat pulak time aku skola dulu, rindu skola, sob3
ok..ok dah cukup, semua tu dah lepas.


Biasa la kalo hari sukan mesti pusing satu padang kan.
Memang lawak tengok budak2 nie, custom cantik2
(Eleh, dulu aku pun macam nie gak)
Dik, bole akak mintak sign? hehe

Lepas tu diiringi pasukan pancaragam yang dijemput.
Dari SM (Sains) Tun Syed Sheh Shahabuddin (sek pandai).
Skola yang terkenal dengan pancaragam. 2 sepupu aku student skola nie juga.



Bila dengar lagu negaraku, aku rasa tak lupa lirik lagi
Bila lagu negeri sendiri, kantoi sikit sebab lupa lirik
Malu makkk...itu la lama tak nyanyi kan dah lupa.
After this go back ipoh and practise.



Oppssss...jangan tengok punggung budak tu ! nantikan naik ketumbit la.
Tak bermaksud pun nak snap gambar macam nie.
Persembahan 3 buah lagu dengan gaya macam2, eh budak tak penat ke?


Lepas tengok abang2 tadi.
Tengok pulak adik2 gelek lagu waka waka, tarzan & jane.
Nasib baik tak gelek sekali dengan cheerleader nie.


Acara bermula, sepupu aku lari dengan gaya slow motion.
Har..har, bole la ye adik. belanja aiskrim satu!

Last, rumah merah menang.
Sebagai ex.convent, rumah merah selalu menang. (bangga pulak)
Ok lah, bantal dah panggil mari. nak tidoq dulu ye. bubye.

22 June 2011

Tamat Sudah Sem 2





Hye korang, rindu tak.
Malam nie bole on9 semula sebab lappy dah sihat.
Punya la kecut perut dua hari lepas tak bole tengok result
Tapi syukur lagi sekali semua subjek lulus.
Tetap maintain 3 above, kena usaha lagi kalo nak dekan.
Tak sangka subjek Pengajian Malaysia dapat A-
subjek Intro to Digital Technologies & Multimedia pula B+ (banyak hafal)
Dengan ini tamat la sudah sem 2.

Bila dah habis sem bermaksud naik sem 3.
Tengok pula 5 subjek baru nie pun mencabar juga.
Penuh dengan projek, lepas nie nak balik rumah pun dah tak bole.
Raya nanti baru dapat balik, mula la nak emo.
ok taknak sedihsedih, subjek sem 3 macam nie:


Publishing on the World Wide Web
Fundamental of Accounting
Communication Skills 2
Digital Audio & Video
Digital Animation

Communication Skills ialah subjek yang paling aku suka.
Sebab bole baiki cara komunikasi aku, supaya lebih sopan 
*ayat tak boleh blah

Memang seronok lepas statistics ini pula yang datang.
Jawabnya aku buat peta dunia dalam kelas..haha

gambar tahun lepas, klas math.
jangan tengok lama2. kejap takpe.

15 June 2011

Experiment Bokeh Sementara Lappy Medical Check Up





Malam datang lagi.
Malam yang macam nie paling aku suka.
Malam yang dingin selepas hujan, sebab bole tido lena.
Kalo bole tiap2 hari nak hujan, kalo bole.
Kalo bole tiap2 hari nak main hujan, kalo tak demam.
Sekurang kurangnya aku tak bosan sangat.
Sekurang kurangnya ada benda yang melekakan aku.
Dan akhirnya dapat juga. Teringin sangat.
Tak la aku sedih sangat tunggu lappy buat medical check up.


Korang pernah dengar Bokeh? pelik?
Nak sebut macam mana eh. bok-eh
Ape yang aku merepek malam2 nie.
Ok, bokeh tu
|
|
\/
Berasal dari perkataan Jepun, satu istilah fotografi yang merujuk kepada kabur (blur) pada gambar. Kabur disebabkan kawasan yang ada di luar titik fokus yang dihasilkan oleh lens kamera dengan menggunakan jarak bole menghasilkan bokeh. Harap2 menjadi bokeh aku sebabnya lappy tak ada macam mana nak belajar kat youtube. Malam tadi dah try buat dalam photoshop, menjadi juga.


Tak la secantik mana pun.
Ok la, esok saja aku cuba benda baru nie.
Kalo tak jadi, diam2 suda..hehe
At least tak malu mencuba.
Bubye.


14 June 2011

Anak Tunggal (Part 2)



Malam nie borink sikit.
Kenapa ye? sebab bilik dah nampak macam bilik kot.
Sambil menghadap screen lappy & kunyah swingam.
Nak sambung part 2 pulak, 
kalo sape yang dah baca entri lepas mesti diorang faham dilema aku nie.


Kelebihan menjadi anak tunggal


 Mungkin sesetengah orang akan cakap beruntungnya aku dilahirkan sebegini tapi pada masa yang sama ada orang akan cemburu dengan kelebihan aku. Mula ada PHD kan. Macam tu la manusia, bila tunggal nak adik beradik, bila ada adik beradik nak tunggal. Sekarang nie bersyukur dengan apa yang ada.

1) Bole dapat apa saja
Orang kata anak tunggal bole dapat apa saja yang diminta. Memang betul. Masa kecil, apa yang aku minta semua dapat. Nak patung Barbie dapat, nak Play Doh dapat satu set. Kalo ada situasi dimana mak aku tak nak beli apa yang aku minta, aku akan cakap "..tak ada sape pun syg Nina.." & mak keluarkan duit sambil buat muka.

2) Tak perlu berkongsi
Kesian kat korang yang ada ramai adik beradik kena kongsi segala benda. Aku? Well tak payah berebut nak tengok cete telenovela Sepanyol kat tv but now terpaksa berebut dengan ayah semata-mata Nora Elena.

3) Dapat lebih perhatian
Segala kasih sayang mak ayah & pakcik makcik, atuk nenek dicurahkan pada kita. Bukan aku nak riak ke apa, tapi cuba korang tanya Mak Long atau Mak Ngah aku; siapa anak saudara yang paling mereka sayang? Jadi setiap tahun aku mesti dapat duit raya lebih dari sepupu lain. 

4) Tiada tekanan
Tiada bandingan yang akan dibuat. Kalo aku dapat nombor yang tinggi dalam peperiksaan pun, aku masih lagi jadi anak yang pandai dalam keluarga. Kalo nak berumahtangga, aku tak perlu tunggu kakak yang disyaki lesbian untuk kahwin terlebih dulu.

5) Anak tunggal selalunya cantik
Yeke? mengikut kata kawan yang juga anak tunggal (lelaki, dia tu perasan sebab hensem). Bukan aku nak perasan ke apa, tapi teori ini bole dipakai. Ok, tuhan sudah takdirkan yang aku menjadi anak tunggal. Sebab aku nie anak tunggal, segala gene akan turun kat aku sorang tanpa perlu berkongsi dengan orang lain (+ mak berketurunan siam). Ok, kita ambil contoh Qila, dia ada 5 orang adik beradik. Kecantikan dia hanya 1/6 daripada manusia biasa sebab dia terpaksa berkongsi wajah dengan adik beradik lain.


*mak sudah pesan,
nanti beri cucu banyak sikit at least 3 orang.
Aaiiiyaaaaaa, cannot GO!
Dia tak kisah siapa bakal menantu (Hantu),
asalkan bole jaga aku..


12 June 2011

Anak Tunggal (Part 1)



Ketika ini mendengar lagu Maher Zain sambil menaip.
dengan hati yang lapang & rasa bersyukur.
kenapa tiba2 aku rasa macam nie? entah la.
mungkin selepas terbaca kisah anak tunggal kot.
Ya, aku juga salah seorang darinya.
Anak tunggal selalunya manja, egois & cenderung kesepian, betol ke?
Ada kekurangan & kebaikannya, tengok la:


Kekurangan menjadi anak tunggal

Aku takde abang atau kakak yang suka mengarah ataupun adik yang mengada-ngada mintak pelempang. Seronokkah jadi anak tunggal Nina? Itu soalan yang selalu ditanya kawan. Sebagai anak tunggal, aku ada kekurangan yang bole buat korang menitis air mata, poyo pulak...


1) Tak bole kongsi kenikmatan
Menjadi anak tunggal memang bole dapat apa saja yang kita mahu.

2) Tiada tempat mengadu
Kalo ada orang buli aku kat skola dulu bole mengadu kat abang, mengadu kat cikgu bukan diorang pecaya.

3) Kena duduk rumah seorang diri
Selalu duduk rumah sorang2 bila mak ayah kuar tambah pula waktu malam, kena tido sorang, dah la penakut nak mampus.

4) Lonely
Masa kecil dulu aku mengaku yang aku cemburu tengok kawan2 aku bergurau dengan kakak & adik diorang, mandi same2. Seronok gila ada orang untuk bergaduh. Seronok gila ada adik beradik. Malas la aku nak tulis lagi nanti aku emo pulak.


Setakat ini saja sebab sibuk nak kemas bilik yang macam tongkang pecah, tak pasal2 aku kene bebelan yang panjang berjela. Tengok la esok ke tulat ke aku tulis part 2 pulak ye. oke bubye . 


TER-sangat SELEKEH aku !


10 June 2011

Tetiba Rajin Masak :)





Hye...hye sume
nak tanye satu benda, korang sume pandai masak tak?
tak kisah la masak pape pun
teringat dulu kecik2 suke main masak2 bile dah besar pemalas nak masak.
kene tunggu feeling nak masak tu datang, baru la on
kalo prempuan tak bole masak, kene kutuk & disuruh belajar.
(nanti ade la suara sumbang yang cakap, tak pandai masak siapa nak kawin!)
maklum la bila dah masuk IPT sampai tak ada masa nak belajar masak
untung time cuti sem nie, aku kena tolong mak buat kek
sebab esoknye ada kenduri tahlil
bole belajar sambil tengok buku resepi..hehe

*mase untuk putar..

putar sampai macam nie
pekat berkrim disukai ramai
melimpah dalam acuan, masuk dalam oven & bakar!
nasib baik tak hangit...selamat dari leteran

tadaaa....ok tak?
macam2 wane ade..
kalo nampak sedap tu telan air liur jela ok


jangan pandang muke nie lame2, horror semacam je ;)
orang tua2 pesan perempuan belajar tinggi mana pun nanti ke dapur juga
betol kan? tapi buat mase nie nak masak asam pedas memang tak tahu ler
takpe2 lambat lagi orang nak masuk meminang
ok la nak gi guling2 dengan bantal dulu
bubye..daaaa


p/s: kalo nak resepi tu ehem2 ok..


7 June 2011

Holiday Sambil Bertunang

Hyep, arigato kozaimas
rindu nak menaip selepas 5 hari tak tengok blog
gara2 melancong 3 hari 2 malam ke negara yang kaya dengan minyak
memang have fun makan angin sambil bertunang..
Eh tapi bukan aku yang bertunang, sape la nak kat aku nie?
tapi sepupu yang bertunang dengan gadis Brunei.
punye la jauh dia cari bini, maklum la keje dengan Mas Airlines
mesti nak cari bini pun overseas juga, sori kutuk awak cik Farhan.
terima kasih juga kat sepupu kesayangan aku nie sebab taja tiket.


cantikkan awan? kat mane entah..

Masjid Omar Ali Saiffudin, Brunei Darussalam
masjid yang diberi nama sempena nama ayah Sultan Hassanal Bolkiah
bangunan kat sini semuanya rendah saja

dapat ambil gambar kat luar je
sebab tak dibenarkan ambil gambar kat dalam masjid


muka gedik sikit, sebelum majlis
saya bangga pakai baju kurung
*PERASAN kejap  c(:

ok la setakat nie saje gambar yang diupload
letih pun tak hilang lagi
kalo bole macam tak nak balik je tapi lagi 4 minggu dah nak start kelas
orang pernah cakap sape yang duduk di brunei balik malaysia jadi kaya
entah betul ke tak tapi rakyat disana guna minyak dengan free kot (teka je)
seronok la macam tu..jap lagi sebelum tido mesti berangan bukan2

p/s: dulu bercita2 nak jadi pramugari, last2 jadi perasan pulak :[ (tak cantik pon)


1 June 2011

Karak & Volkswagen Kuning


Jom tengok wayang
peminat filem seram mesti tengok KARAK
filem yang bole tahan seram dan filem hantu yang benar-benar wujud?


kalo lalu je Karak Highway mesti rase seram
nasib baik la lalu tengahari time nak gi Genting dulu
lepas dengar cete macam2 buat meremang bulu roma 
Dalam movie nie ade satu kisah benar 



Mengisahkan 4 orang pelajar yang on the way ke Kuantan, tapi jalan jem teruk menyebabkan mereka terpaksa ikut jalan lama. Apakan daya mereka diganggu oleh hantu-hantu di sepanjang jalan itu hingga mereka accident. Dah la accident, termasuk pula kat kawasan orang asli yang lagi la berhantu. Scary kan? Banyak hantu-hantu ini sebenarnya telah menjadi buah mulut masyarakat kita. Jadi, berjaya tak 4 orang ni mengharungi malam tersebut di kawasan orang asli? Berjayakah mereka merentasi laluan Karak : Laluan Puaka. 



Misteri Volkswagen Kuning

Kisah kereta Volkswagen kuning yang berhantu di lebuhraya Karak sejak tahun 1956 sehingga kini. Kisah seorang isteri curang yang telah membunuh suaminya dengan kejam & merampas kereta Volkswagen kuning suaminya. Si suami mati sambil menyimpan dendam untuk memiliki semula kereta itu, kalo betul hantu Volkswagen nie wujud  & pernah dilihat orang, itu adalah jin. Volkswagen nie muncul secara tibatiba & jika pemandu memotong kereta itu, ia akan berada di hadapan secara mengejut. kalo dibiarkan, kereta itu akan muncul balik. Dipercayai, kemalangan berlaku disebabkan gangguan kereta nie. Kalo korang dekat highway terserempak dengan kereta takde no.plat baca ayat suci ye. Drive macam biasa, cool. Mungkin dia lalu berulang-ulang sampai korang kuar dari kawasannya.



Antara babak2 yang seram sampai menjerit aku..
kereta Volkswagen kuning yang takde pemandu tapi ada penumpang
seramkan kalo betul2 jumpa kat highway Karak


budak nie duduk kat depan terowong sambil cari mak die


hantu yang agak menakotkan dari filem lain
kalo muncul depan korang bole teberak nie


budak nie dah macam kassim selamat dengan mata kena cucuk garpu
jack pula muka macam tu, muntah hijau aku tengok


antara quote yang aku suke :


  • ‎"Kenapa lari? Kata orang beriman...."
  • ‎"Cik ni bagi saya suspenlah, main malam-malam dalam gelap ni. Orang tak main dalam gelap cik. Lainlah cik ni macam......"
  • "Encikkk..boleh bantu saya Encikkkk..."
  • "Abang nampak mak saya takkk..?"

2 pelakon Karak yang sweet, Shahir AF8 dengan Shera Ayob
mereka nie orang Ipoh


Terowong Menora, Ipoh
terowong ke 2 yang menyeramkan kalo balik Ipoh tengah malam
macam bulan lepas drive kereta masa tu pkul 2 pagi balik asrama
*kisah orang memandu dalam terowong tapi tak jumpa jalan kuar, 
kisah prempuan menumpang kereta & penunggang misteri skuter putih 
tapi paling terkenal Volkswagen kuning.



p/s: kalo berani tengok la cete nie..ingat kita tak nampak makhluk halus tapi mereka nampak kita.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com