31 July 2011

Ramadan Al-Mubarak :)





Hye semua, dah lama tak update blog.
Rasanya hampir 3 minggu kot, blog nie patut kena vacuum.
Besok seluruh umat islam akan menjalani ibadah rukun ke 3 iaitu puasa.
Korang semua dah ready ke? 
Yang sedihnya aku tak dapat balik bersahur dengan family :(
Tak apa la kawan2 masih ada, yang senasib.
Harap2 puasa tahun nie penuh la ye. Insyaallah.



SELAMAT BERPUASA
KEPADA SEMUA BLOGGER.


26 July 2011

Bowling Tournament 2011





Selamat malam semua. Penat tak terkira dari semalam, housemates semua pakat praktice main bowling untuk harini. Kami semua masuk bowling tournament anjuran kolej. Jadi banyak group yang join termasuk senior dan junior aku. Setiap group ada 4 orang termasuk lecturer. Nasib baik group aku dapat lect yang cun melecun. Hehe. Memang seronok, walaupun tak menang tapi syok dapat bertanding. Bukan senang dapat main bowling free. Rasanya ini kali terakhir aku masuk, next sem dah tak larat nak membaling bola tu. Patah tangan kalau setiap sem masuk. Fuhhh. Bagi chance pulak kat junior-junior. 


Pose manja gitu.. hehe

Puan Faizura yang comel..cun kan?


Geram tengok baby dia. Mak orang ok


Jadi semalam dah praktice main banyak kali, banyak round, banyak bola dah masuk, banyak duit yang terbang dan banyak kali jugak nak tersungkur. Mana taknya kami main 3 game. OMG. Haaa jadi kesudahannya balik rumah semua tidur terbungkang jawabnya. Ini pic kami-kami yang ngek sehari sebelum tournament :) 


Sebelum main kita amek gambar dulu. 

Posing manja.. mereka bukan gay. Obie bersama abang senior kami

Kes tak puas hati.. haha

Mangsa keadaan jadi begini laa

Moh ler kita balik tidoq.. krohh.. krohh



8 July 2011

My Bufday :)



Hye sume..
Rindu korang tahu tak, makin sibuk.
Sampai tak sempat nak update masa sambut bufday aritu.
Sori sangat2 baru sekarang update.
Ok la, bertarikh 4 Julai 2011, genap aku berumur 21 tahun.
Segala impian tercapai dan kunci kebebasan telah aku dapat.
Memang gembira sangat dapat sambut dengan budak2 rumah.
Walaupun mak ayah jauh tapi diorang jadi orang pertama yang wish.
Mengikut undang2 British dan Thailand, aku dah layak dapat harta.
Tapi di Malaysia, undang2 lain. rasa macam nak balik Pattani :)
Apa pun Happy Birthday to Me.




Sweet 21 !








Hadiah daripada kawan baik.
Tak sangka lepas habis klas, dia buat surprise depan junior.
Akan aku jaga teddy nie sebersih bersihnya dari segala kotoran.
Macam iklan serbuk pencuci pulak.


1 July 2011

Dah Jadi Old Senior


Hari nie paling aku tak suka.
Kalo bab beratur je memang direct tak suka, apa nak jadi nie.
Itu sebabnya pagi2 buta dah bangun dalam pukul 7 walhal daftar pukul 9.
Saya bangun awal sebab tak nak beratur panjang2.
Jadi, kalau dah sampai awal dari time daftar jadi macam nie la. 
Tersengih sengih depan bus stop kolej.






Senyuman pagi yang memukau mata yang memandang.
Mereka ini paling gembira kot? Ayu je 
Maklum la tak sabar nak dapat gelaran senior lagi sekali.
Maksudnya bertambah sem yang ke 3.
Lepas nie aku nak buli junior2, intake tahun nie semua badan kecik2 je. haha
Bertambah berat subjek nanti dengan kelas baru, buku baru, baju baru, lecturer baru.



Fuhh lega, apa aku tengah buat nie? feeling sendiri.
Tengah bayang kelas apa yang aku dapat nanti.
Ok.ok, taknak mengarut lebih2 kat sini.
Dukacita dimaklumkan bahawa saya sekali lagi termasuk dalam kelas dekan yang blurblur.
Wah, aku sudah borink 3 sem berturut2 masuk kelas sama.
(dalam hati bangga nak mampos ! ceh poyo ja)


Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com