31 August 2011

Berjimba Di Hari Raya 2011


Selamat hari raya Aidilfitri buat semua readers.. Seronok beraya tak habis lagi. Seperti raya tahun lepas, raya ke 2 mesti keluar dengan kawan. Tahun ni kami raya kali ke 2 semenjak berjumpa semula pada raya tahun lepas selepas tamat SPM. Dah jumpa balik mesti nak hangout. Jadi kali ni cuci mata kat Sunway Carnival la tengok wayang, tengok itu ini. Hehehe.. 


Nampak tak excited dia sampai jamban


Nak melancong ke mana? Pilih2

Selamat kemerdekaan

Hari raya ke mall. Apadahal





Lagi pun cik Tini tu excited nak snap gambar guna DSLR. Tak apa biarkan dia dengan excited tu. Ambik gambar aku banyak2 sikit tau. Dah habis jalan2 kat Sunway, kami photoshoot pulak kat Taman nama apa entah. Dekat dengan sungai tu. Bajet nak jadi model, layankan jelah. Hahaha. Sehari dalam setahun gituw. Biar puas2 dulu sebelum kami berdua balik KL dan Ipoh. Dah la aku cuti raya seminggu saja. 



Ada macam gaya hindustan? Guling2 kat rumput


Lepas habis bergolek-golek kat rumput di taman tu, kami ke pantai pulak. Ala pantai R&R tu la.. Si minah ni nak main layang2 pulak kat situ. Sampai saja memang ada orang jual layang2, apa lagi beli n main la sepuas-puasnya. Maklum la kat KL mana ada tempat nak main layang2. Kesian pulak aku tengok Tini ni. Macam sedih saja kalau tak sempat main layang2 kat Penang. 


Tumpang sekaki main. Haha


Dah penat main, dah penat guling2 kat batu tu, dah serupa ikan duyung dok terdampar kat tepi pantai maka kami pun balik la ke rumah masing2. Ada macam karangan bahasa melayu tak entri aku ni? Ada kan..kan. Itu saja la story raya ke 2 aku pada tahun ini. Sekiannnn 



6 August 2011

Konvoi Jelajah Perak With Classmates



Vroommm.. vroommm bunyi enjin 3 biji kereta menjalankan misi cuti-cuti hari minggu berkonvoi menjelajah tempat pelancongan di negeri Perak yang aku belum jelajah lagi. Menyelam sambil minum air. Itu pepatah buat kami yang jelajah sambil cari bahan untuk projek. Kena buat website pelancongan weyh.. Tekejut noks tengok muka lecturer yang aku sayang tu. Herher.. Harini seawal 9 pagi dah siap-siap tunggu kawan-kawan datang berkumpul di rumah sewa aku dulu. Plan kami nak tawan Pasir Salak, Kera di Lumut, Kellie's Castle dan Lake Garden. Wahh.. dari Ipoh ke selatan dari selatan ke utara.



Bermulanya perjalanan beribu-ribu kilometer dari Ipoh ---> Pasir Salak ---> Lumut ---> Batu Gajah ---> Taiping ---> Ipoh Back! Drivernya ialah Pika, Mirul and Syakir. Suka Pika dengan kereta Viva baru dia. Haa.. penat tau 9 orang pelancong ni tapi bukan aku yang drive pon. Haha. Geram dengan diri asal la aku tak naik kereta Pika je, seram pulak tengok Syakir drive laju. Grrr... Aku tak kawen lagi weyhh.. Destinasi pertama kami ialah Kompleks Sejarah Pasir Salak. Konfem-konfem la tempat sejarah bagi pahlawan di negeri Perak. Sapa suka sejarah, angkat jari? Hihi



Kompleks Sejarah Pasir Salak.. the Warriors at here!


   







Bangunan yang menghadap sungai Perak, aku tengok anak buaya pun ada kat tebing sungai. Seramnyaa. Ini bukan sebarang terowong tau. Ini terowong memerangkap muzium. Dalamnya terdapat sejarah raja-raja dan pahlawan-pahlawan di negeri Perak sebelum dan semasa zaman penjajahan British lagi. Keris, Pedang, Meriam, Katil Pengantin pun ada. Tapi sayangnya kami tak dibenarkan mengambil gambar. Sayangnya.. sayang tak dapat snap satu keping gambar pun. Huhu.



With Faez.. muka kami selepas keluar muzium. Tiada muka kecewa hanya gediks!



Perhimpunan haram mengadap kamera sebelum balik. Gudbye pahlawan melayu..




Destinasi kedua pula ialah tengok monyet kera! Akceli aku ingatkan nak ke Teluk Batik or Pangkor tapi sampai Lumut jadi blurr. Tertanya-tanya tempat apakah yang kami nak pegi tu. Rupanya sebelum sampai Pangkor mesti orang akan nampak taman ini. Dulu ke Teluk Batik tak perasan pulak kewujudan taman ni. Dibuka pada tahun Januari 1995. Kira lama jugak la. Baru aku tau. Hihi




Taman Paya Bakau, Lumut.. tempat dating ler


Hi Kera! Kera-kera disini agak jinak aggressive sehingga boleh mengigit anda.
Kera tu pakai krim Safi. Haha



Pokok bakau kat sini besar.. sebagai penahan ombak



Cantiknya.



Sesiapa yang nak bercuti ke Pangkor. Singgah la dahulu ke Taman Paya Bakau ni eh. Boleh tengok kera liar, boleh tengok burung-burung dan boleh tengok orang dating. Kera pun menyampah tengok manusia kerja dating sana sini.



Ada rupa Ahli Geologi tak? Haha. Pika & Nina Ahmad is here with kera. 




Destinasi ketiga pula ialah Batu Gajah. Tengok istana puaka kat situ. Herher.. Malam-malam jangan pegi tau. Selalu budak-budak kolej aku mesti datang sini buat photoshoot. Pengantin pun ada, model pun ada. Haa.. Aku paling excited nak masuk istana ni la.



Kellie's Castle, Batu Gajah.. fames dengan model, pengantin 





Istana Kellie dibina pada tahun 1905 oleh seorang peladang getah terkemuka British bernama William Kellie Smith. Walaupun telah berusia 106 tahun, istana lama ini terus kukuh. Istana ini ibarat Taj Mahal Malaysia, kerana sama seperti banguan bersejarah di Agra, India. Istana Kellie dikatakan dibina sebagai manifestasi cinta seorang suami kepada isterinya. Jika Taj Mahal dibina sebagai lambang cinta Shah Jehan kepada Mumtaz Mahal. William Kellie Smith dikatakan bertemu dengan isterinya, Agnes ketika berada di atas kapal dalam perjalanan pulang ke England dari Pulau Pinang untuk melihat ibunya yang nazak. Bangunan yang mempunyai 14 buah bilik, sebuah bilik bawah tanah dan terowong rahsia itu juga dilengkapi dengan lif pertama dibina di Tanah Melayu. 







Pokok yang menyerupai beruang sedang berdiri




Serius seram bila amik gambar kat koridor ni.. bulu romaku tetap meremang. 



Roh William Kellie menjaga istananya dan sentiasa merayau-rayau di sekitar koridor bekas istananya. Dimana sekumpulan ahli naturalis saintifik dari Kanada mengadakan kajian tentang haiwan yang keluar pada waktu malam di kawasan istana. Setelah mengambil gambar, salah seorang anggota wanita terlihat seorang lelaki eropah sedang berdiri dan menjenguk dari salah satu tingkat di Istana itu.





Berada di atas bumbung.. Bajet macam model semua




Barisan model tingkap



Sesi photoshoot bermula. Saya Mizz Nina, anda?




Akhir sekali selepas puas buat sesi photoshoot di Kellie's Castle kami terus ke Taiping! Nah punya jauh gila ke utara Perak pulakkan. Ini bukan sesi cari bahan untuk projek ini saja makan angin di waktu petang duduk melepak kat tepi tasik tu. Yess.. tak kuasa nak naik bot itik tu. Penat nak mengayuh. 



Lake Garden Taiping.. makan angin best








Sampai Lake Garden cuma duduk melepak, hilangkan penat sebelum balik malam hari ke Ipoh semula. Penat dalam sehari merata tempat dah berjalan. Bila lagi nak makan angin, inilah peluang nak melancong kalau dah study kat negeri biji timah ni. Hehe.. Nak tidur kerana kepenatan yang terlampau. Bubye..



Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com