22 November 2011

Berhenti Merokok Sebab Bercinta ?




Dengan rasa geram  aku pun tulis entri ni. Tengah aku makan kueteow dengan gelojoh tibatiba datang satu bau.. Asap rokok ! lari... semerbak ja. Aku memang tak suka lelaki merokok tapi pakwe, ex-boyfren termasuk ayah pun hisap rokok. Sabo jelah ye kak nina. Salah satu sebabnya takut nanti bila mengandung ada effect pulak kat baby dalam perut tu (bila masa pulak aku ni kawin ?) Lelaki selalu mengaku nak berhenti merokok bila umur XX, dah kawin nanti nak berhenti. Tapi spoil sebab ayah sendiri pun macam tu. Ni semua janji janji manis & tak pernah betul. Serius. Ok, aku taknak bermusuh dengan orang merokok, ramai kawan yang merokok. Cuma jangan menipu diri sendiri. Macam mana sekali pun kalau tak dapat mesti resah, gelisah. Hakikatnya kalau dapat lelaki yang merokok, rokok tu jadi kekasih. Bini jatuh nombor dua kot (pity my mother).


Ini cuma drama tiada kaitan dengan yang masih hidup atau pun telah tiada.
Saya seorang penghisap lollypop perisa epal OK ! not smoker.



Sampai bila orang orang ni nak berhenti merokok. Berleter pun masuk kanan keluar kiri tak pun simpan jadi taik telinga kot. Kepada kawan kawan, sedara mara yang hisap rokok, jangan emo dengan aku nanti. Bukan nak kutuk korang dalam blog. Macam mana sekali pun aku still lepak dengan mereka ni. Jangan malu malu jangan segan segan eh. 



21 November 2011

Pencinta Alam


Hahai selamat tengah malam semua.
Cuti sem sudah bermula, yahoo !
Mula la datang balik penyakit MALAS aku.
Rindu pulak kat Ipoh, rindu kawan-kawan.
Tak sangka dah masuk 2 tahun aku hidup di perantauan.
Cewah ayat nak sadis saja. Teringat hari-hari kat sana.
Asal malam aku jadi pencinta alam, kuar pusing ipoh nak tengok rama-rama.
Tahun depan mesti dah takda, mesti dah habis musim mengawan. erkk..
Asal aku excited pulak cakap pasal mengawan ni. Oppsss sorry.
Semalam tengok kucing mengawan. Haish.


Setahun sekali dapat tengok rama-rama mengawan

Pencinta alam sanggup keluar malam


Aku nampak saja macam ganas kasar tapi dalam hati ada taman.
Sayang sangat kat binatang. Serangga pun aku sayang. 
Serius cakap aku sayang rama-rama, pepatung, ladybird.
Bila dah duduk bandar ni susah nak tengok benda-benda alah ni.
Miss kampung. Bye.

6 November 2011

Hangout Di Hari Raya Aidiladha


Selamat hari raya korban buat semua. Hari ini aku mengambil peluang keluar bersama kawan-kawan skolah.  Macam biasa la, lepak bertiga di Sunway Carnival. Cuci mata bukan untuk menggatal tau. Maklum la kami jarang jumpa, selalunya kalau ada cuti baru la boleh jumpa kengkawan. Rindu kot dengan 2 orang nie. Kalau keluar tu ada-ada saja aktiviti yang nak dibuat. Orang sibuk kurban lembu kami sibuk buat benda lain. Haha ngek! Akhirnya tandaks jugak port sesuai nak ambik gambaq. Pantang nampak cermin jadi macam kat bawah nie. 


Suka rambut bila sanggul ni

Sebelum karok selfie dulu

Propa lebih

Mulut herot.. macam-macam hal


Kalau keluar dengan 2 orang nie mesti jadi gila-gila. Dah penat tawaf shopping mall tu kami teringin nak karok. Lama tak karok bersama, Sehati Sedansa la katakan. Nasib baik menyanyi sampai puas sampai suara dah takda baru ingat nak balik rumah. Hee.. 



Tengok la video sengal kami. Hahaha..
Mamy berduet dengan Tinie lagu Hi Hi Bye Bye - Ezzlyn


video


Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com