17 January 2012

Penang (Part 1)


Hye semua, lama tak buat entry pasal cuti-cuti malaysia kan..kan. 14 Jan bersamaan sabtu lepas, dapat bercuti kejap dengan member-member kolej. Awal pagi lagi kitorang dah gerak dari Ipoh. Diorang nak datang bercuti ke Penang jadi aku kena lah menjadi pemandu pelancong. Tak kisah la, janji dapat bawak diorang pegi round satu pulau. Nasib baik mak pun tak kisah diorang tido kat rumah. Penat tapi best walaupun bukan aku yang drive. Hehehe. Hari pertama kami masuk pulau sebab salah sorang tu nak makan tepi laut. Malam pulak hantar sorang pegi Teluk Kumbar. Ini gambar-gambar kami :)





Meninggalkan tanah besar


Dengan cik pika


Mazrul tak sabar nak round pulau




Aku mengidam nak makan J.Co Donut, dapat jugak :)



Dah masuk pulau, aku bawak diorang lepak kat Queensbay. Sebut nama shopping mall tu terus semua nak pegi. Diorang cakap nak lepak kat tepi batu mengadap Pulau Jerejak tu. Lepak kejap jelah sebab banyak tempat lagi nak pegi sebelum hantar Mazrul malam nanti. Lepas tu kitorang start mendaki bukit ke Teluk Bahang, nak tengok sunset kat empangan. 


Queensbay


Pemandangan di atas bukit ke Empangan Teluk Bahang



Lastly lepas turun dari bukit, kitorang berhenti makan kat Persiaran Gurney. Jenjalan kat Gurney Plaza dan sebelum hantar mamat tu pegi Teluk Kumbar, kitorang melepak ke Padang Kota pulak. Selalunya setiap hujung minggu kat padang tu ramai dengan orang. Bertuahnya malam tu ada semacam pesta lampu berwarna warni. Seronokknya main lampu gasing berlampu. Haha.. menghabiskan duit beli alat-alat permainan tu. 


Shopping mall bertaraf elit


Bangunan Majlis Perbandaran Pulau Pinang macam Disneyland




Gasing pusing atas tapak tangan


Padang Fort Cornwallis/ Padang Kota Lama


Sebenarnya ada banyak lagi gambar tapi malas nak upload banyak-banyak kat dalam blog dan fb. Nanti orang cakap apa pulak. Nanti aku upload gambar dan cerita part II pulak okay.. Gudnite readers :) 

2 comments:

syakey said...

pakat2 mai penang XD

ghost writer said...

next time jadi pemandu pelancong aku pulak ek..aku nak gi empangan tuh.dengar,kat situ sangat best utk menikmati suatu pemandangan yang damai.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com