25 January 2012

Penang (Part 2)


Hye, kita sambung cerita cuti2 malaysia minggu lepas. Start minggu nie confirm lecturer bagi keja sekolah. Jawabnya tak dapat la nak balik rumah selalu. Alahai sedihnya nasib seorang anak perantauan. Dah la tak dapat makan sedap2, tak dapat pulak nak guling2 dengan bantal busuk. Ok aku dah mula merepek, meh tengok gambar hari kedua kitorang kat penang aritu sebelum kami berempat balik semula ke Ipoh untuk memulakan sesi persekolahan seperti biasa. Ayat tak boleh blah  :)


Jadi model sebentar.. lalala


Lunch kat Pulau Jerejak, sambil tengok laut.


Muka yang kenyang mesti senyum pun lebar


Tengahari itu kami bertiga masuk ke pulau memandangkan cik Pika tu teringin nak makan tepi laut. Jadi aku memilih untuk makan tengahari di restoran yang terletak menghadap Pulau Jerejak. Agak seronok makan sambil rambut ditiup angin sepoi-sepoi bahasa. Nasib baik masa tu orang tak berapa ramai sangat. 


Cantikkan view kat belakang kami.. hehe


Wassap Bro?



Pulau.. Here we go.


Dah makan kenyang siap sendawa mengeluarkan angin dari badan. Kami berehat kejap dalam kereta sebelum memulakan perjalanan ke Teluk Kumbar untuk mengambil encik Mazrul. Selepas itu, kami bergerak ke Batu Feringghi sebelum balik ke Ipoh petang tu. Saja jalan-jalan kat sana, sebab cik pika sukakan pantai. Ohh dia semua pantai nak pegi. Haha. 


Sengih sebab hajat tercapai nak g Batu Feringghi




Peace tak habis-habis


Raksasa menyerang.. larii


Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com