25 February 2012

Adnan Sempit 2 : Yeah! Lagi Kelakar Dari Dulu







Selamat berhujung minggu. Nak ikut kami berdua tengok wayang x? Minggu nie balik berdua saja dengan Pika ke Kulim. Well, tak habis lagi discuss dengan klien. Jadi kami ke Sunway Carnival saja lah nak tengok Adnan Sempit 2! Yup, memang kelakar habis. Filem nie lagi kelakar dari Adnan Sempit 1 dan jalan ceritanya tak la seteruk Hantu Bonceng. Jangan terkejut tau tengok budak remaja banyak di wayang tu. 




Mengisahkan Adnan dan Nadia bercadang untuk kawin tapi dihalang keluarga Nadia. Ayahnya mengenakan syarat agar Adnan menjadi seorang yang mempunyai ciri-ciri korporat barulah boleh kawin dengan Nadia. Adnan semakin tertekan dan pelbagai perkara kelakar terjadi semasa dia cuba memenuhi syarat itu. Dalam masa yang sama Bobby dan Wawa juga sering bergaduh, ditambah dengan orang ke 3, Ismat yang supercool! Haha.. So, berjayakah mereka? Moh tengok Adnan sempit 2... Yeahhh 








Paling suka opcos la Adnan dengan dia punya english yang serabut serta mimik muka Shaheizy Sam yang kelakar. Memang gelak sampai mata berair dalam wayang tu. Seyes kelakar tengok sam. Perlu tak tengok kat wayang movie nie? Erkk terpulang la.. kalau nak cepat, tengok la kat wayang.. filem kelakar yang takda 3D pun. 



Nak tengok Adnan dengan Nadia kawin wajib tengok! Selamat menonton.. chowww :)






20 February 2012

Teringat Bekas Kekasih


Salam semua pakwe dan makwe lama. Perlu ke mata bengkak sebab nangis teringat kekasih lama. Ish ish..tak payah la sampai macam tu. Meh nak bagi korang tengok video comel tapi sebelum tu kena baca, penat tau taip.

Orang selalu cakap tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat hati pernah terpaut. Teringat kekasih lama bukan satu perkara yang tidak normal. Jangan sesekali cuba melupakan kekasih lama, semakin kita cuba melupakan, semakin kita akan teringat. Aku cakap betul sebab aku dah alami benda nie. Jadi aku biar sahaja ingatan tu dalam kepala. Menjadi panduan untuk kita menjadi insan yang lebih baik sebelum perpisahan berlaku. Tiada siapa inginkan perpisahan, tetapi kita kena akur dengan ketentuan-Nya. 





Sejak kebelakangan ni tiba-tiba ja kawan-kawan mengusik kalau bekas kekasih mintak kapel balik dengan aku. Hurm payah nak cakap tu tapi buat bodoh sudah. Lagi pun selepas apa yang jadi memang ada hikmah bila bekas kekasih aku baru putus cinta. Sampai ada kawan yang cabar suruh aku add FB ex. Eh tu dah macam perigi mencari timba (lantak kalau tak betul pun). Perlu ke ada istilah mantan? 

Perasaan sedih atau kekesalan biarkan berlalu. Aku tak rasa perlu cerita kisah cinta yang dah lepas kat kekasih sekarang. Cinta tak semestinya berakhir dengan perkahwinan. Masing-masing sudah ditentukan jodoh. Impian sekarang mahu berjaya, habiskan belajar dan kerja untuk memenuhkan saham mak ayah yang dah habis. Haha. 


Comelkan video nie. Valentines Day tak sambut ok :)
Selamat Malam.


16 February 2012

Sepoi-Sepoi Angin Penang


Menikmati makanan sambil ditemani kawan2 baik di negeri sendiri rasa macam seronok je. Feelings rasa macam tourist guide buat kali ke 3 bagi tahun ini. Haha. Gambar nie dah masuk 3 hari tapi nak jugak post. Apa pun seronok kalau dapat habiskan masa dengan kawan2. Gelak ketawa macam dunia nie kami yang punya. Lepas kelas terus gerak balik Penang membawa kak peah dengan kak joyah. Tak payah tau la siapa mereka, cukup aku bagi nama manja tu. Paling penting boleh hilang masalah dan hilang stress. Hehe. Yippiee !


Kali ini kami bertiga pulang ke Penang untuk menyiapkan projek last sem dengan klien plus makan angin lagi. Keesokkan harinya aku bawa mereka berdua makan di kedai nasi kandar faveret aku. Sebab aku faveret dengan ais kacangnya yang sedap tu. Jadi aku nak kasi mereka rasa kesedapannya. Kesian Pika time tu selsema aku paksa juga makan ais. Haha.


Kami lunch dengan ais kacang cherry + mee goreng mamak, memang sedap.



Selepas perut kenyang, maka kami pon ke pulau. Memang wajib ke batu feringghi. Maklum la kami pencinta laut. Cewahh.. tak sabar nak menghangitkan kulit yang makin tak putih nie. Boleh tera tu. Ish loqlaq sungguh perangai. Lepak di pantai sehingga ke petang. Menikmati pantai puaka. Pantai private yang orang tak berapa ramai. Best ler. Boleh main kejar2, lari sana lompat sini, memang tak ingat dunia.


Pantai yang membiru buat hati rasa nak mandi tapi confirm kulit kena burn.


Yeeepieee lompat katak. Takda keja, macam2 boleh jadi.




Bila dah penat buat macam2 kat pantai tu, terus mencari makan di Sungai Pinang. Melepak di Court Pinang. Memang meriah dengan aktiviti riadah waktu malam. Aku pula dah sampai keja nak makan jelah. Burger King pulak ada kat situ. Makan sampai kenyamg sebelum balik ke rumah. Malam itu rasa cantik bila lautan diterangi cahaya bulan. Subhanallah..






With Izzuan & Pika 


Girls Day Out !! terasa single boleh cuci mata.
Jom layan video kami yang gila-gila





Hari ke 2 bawa mereka makan lagi sebelum balik ke Ipoh yang bosan tu. So, semua sepakat nak makan di Nasi Kandar Line Clear. Lama tak pekena nasi kandar. Ada juga yang ketagihan. Makan puas2 sebab ada plan nak dibuat kat batu Feringghi sebelum balik Ipoh. Aku dengan Pika tak sabar nak buat Le Tour De Feringghi. Ketagihan nak mengayuh basikal sehingga kaki lenguh. Haha.. 


Jalan2 cari makan, memang line clear betul.


Dah kenyang naik la basikal pusing Batu Feringgi sampai lah hujan

*
*
*

Yeah mandi hujan sambil kayuh basikal syok kan.


Ada satu kes memalukan jadi malam tu. Semasa aku dan pika mengeringkan badan dan tukar baju sebelum balik ke Ipoh. Tak boleh cerita sebab aku malu. Hanya ada gambar sebagai bukti. Sayang rambut aku menjadi mangsa. Huwaaa.. Ok la selamat malam, nak sambung buat asiment yang gila2.

7 February 2012

Kita Sayang Dia Tau






Harini best dapat belanja dari seseorang.
Aku pau pun sebab nak manja2, biasa la anak yang nakal.
Tapi kadang2 tu suka menyakitkan hati.
Bergaduh macam abang dengan adik, berebut makanan
Tapi aku tetap sayang dia..


Kita sayang dia
Allah sahaja yang tahu kasih kita pada dia
Tiada pengganti yang mampu menyerupainya

Kita sayang dia
Bila tengok muka dia waktu dia tidur diam tanpa kata
Terbayang penat, lelah, jasa, kenangan, pahit kehidupan kita nanti tanpa dia
Kita selalu berharap dia selalu berada dengan kita

Kita sayang dia
Dari tangannya dia membesarkan kita
Dari tangannya dia beri makan kita
Sampai kita besar 2 kali ganda dari dia

Kita sayang dia
Sampai bila-bila dia tetap dihati kita
Kadangkala kita tak sangka dia kecil hati dengan kita
Kita harap semoga dia maafkan segala kesilapan kita
Dia bapa yang terbaik bagi kita


p/s: Sayangilah kedua ibu bapa korang selagi mereka masih ada.
*Bulan 9 nanti genap umur bapa 64 tahun.


Dapat makan ais kacang cherry, tengs dad :)
Itu la keja aku kalau balik cuti, mesti pau.
Hari2 kita sayang bapa kita tau, tak payah tunggu hari bapa.
Selamat malam.


1 February 2012

MPM Presentation :)






Harini genap sebulan aku bergelar pelajar multimedia sem 4.
Banyak rintangan dan halangan nak sampai ke tahap ini.
Banyak jugak kenangan pahit manis masin masam.
Banyak subjek-subjek lepas sudah dikhatam.
Tapi aku rasa nak terus belajar dari fikir pasal benda remeh temeh, pasal cinta.
Sebab belajar untuk diri sendiri bukan untuk orang lain.

Sem ini masanya nak tungkus lumus belajar tunggang terbalik.
Bermakna tinggal lagi 2 sem dan praktikal. InsyaAllah.
Sebab subjek makin mencabar dan kurang final exam.
Banyak kepada projek & presentation.
Iaitu Multimedia Projek Management atau MPM.
Semoga pelajar diluar sana sentiasa success.
Doakan aku juga ya. 






Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com