11 March 2012

Boleh Ke Lelaki & Perempuan Berkawan?






Bila belek2 balik folder gambar kat lappy, tengok gambar masa belajar kat Kedah dulu. Teringat kawan2 lama. Ada yang still contact sampai sekarang ada yang hilang entah ke mana tapi aku lagi banyak berkawan dengan lelaki dari perempuan. No wonder bekas pakwe dulu asyik berangin saja sebab aku kawan baik dengan budak laki. Tak salah nak berkawan tapi bila berkawan baik, mesti orang fikir ada sesuatu di antara mereka, kan kan? 


"Takkan lah diorang tak ada pape, rapat semacam je aku tengok"

"Diorang ni mesti pakwe makwe, pastu nak cover bajet bestfren. Puiii"



Ayat2 di atas adalah reaksi spontan masyarakat melayu kita. Maklumlah, mudah sangat fikir bukan2. Orang selalu fikir yang lelaki tak boleh kawan baik dengan perempuan disebabkan jantina. Sesetengah orang kata, susah untuk perempuan berkawan baik dengan lelaki sebab diorang ni mudah jatuh cinta. Lelaki pulak ada yang jenis suka flirt, dengan mana2 perempuan pon dia manis berkata-kata. Padahal tu cuma biasa2 saja. 

Ada jugak kes, lelaki mudah perasan. Even dah ada makwe tapi bila dah selalu lepak dengan perempuan yang kawan baik maybe akan timbul perasaan suka ni. Bila asyik tengok seseorang tu, lama2 timbul pulak rasa tertarik. Hihi. Perempuan boleh kekalkan status 'just friends' saja, tak ada masalah tapi lelaki yang jadi kawannya mula perasan perempuan tu suka dia. Lagi cantik, lagi cepat perasan.

Aku & Fadli Nazri or Mat Rock kawan baik dah dekat setahun lebih. Dah ada awek nurse tapi gatal !


Jadi lelaki, jangan nak mulut manis sangat dengan semua orang. Lain la kalau orang tu kenal kau memang jenis camtu. Yang perempuan, jangan mudah jatuh hati. Aku tau, hati dan perasaan susah nak jaga. Cuba kenal, selidik dia dulu. Ini cuma nasihat sebab aku pernah terkena. Kami kawan baik sampai aku perasan mamat tu dah mula feeling sedangkan aku layan biasa saja. Asal aku kawan dengan sesorang tu mesti ada ja yang tak kena -.-'


5 comments:

fafa punya said...

betul tu..jangan salah pijak langkahh sudah :P

rindu kat ampa...

✿♥! b.e.l.o.g e.m.m.a ♥!✿ said...

Betol tuh~
biarlah kenal mengenali dulu.
Kalo bagi sy, jadikan kwn dan kenali dia. Jangan cepat jatuh hati~
^^,

Mata Gangsa said...

haloo cik.. ada yahoo msger x..?

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

hehe chill :D

EZAN IDMA said...

tak suka lelaki manis mulut je

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com