29 April 2012

Bercinta Itu Best Tapi Study Lagi Penting






Selamat pagi semua, lama tak update entry. Bila dah dekat nak habis sem banyak projek kena settle. Tak tau nak cakap macam mana tapi memang tak cukup tido dalam bulan ni. Tak sabar nak habiskan sem dan harap2 pointer aku meningkat sikit pun jadilah. Sekarang dalam proses nak habiskan 2 presentation dan final exam. Ouhhh syoknya, ku rasakan dunia ni gua yang punya. Haha.



Bila teringat kisah aku menuntut ilmu sejak tadika sampai sekarang, aku lebih banyak main dari belajar. Dulu aku sangka aku takda masa depan, tak boleh nak masuk IPT sebab nampak macam bodobodo. Sebab aku sedih bila result UPSR aku teruk, tak ada A. Bila impian aku nak masuk sekolah asrama penuh tak tercapai. Begitu la cerita aku dizaman sekolah rendah. Okok stop sampai situ, sambung kisah sekolah menengah pulak, masa form 1 aku mula tungkus-lumus sampai PMR, aku dapat masuk skola teknik Taiping tapi aku tolak, aku seronok dengan skola perempuan. Bukan bermakna aku les, cuma aku suka ayah hantar gi skolah. 


Aku terlalu rindukan zaman sekolah! macam2 benda boleh buat :(


Sekarang zaman dah berubah, baru form 1 dah ada boyfren. Aku dulu siap kena cop takda feel dengan lelaki. Kawan2 nak kenalkan dengan geng budak skolah lelaki tapi aku tak minat nak menjalinkan cinta monyet. Lepas SPM, dapat tawaran masuk Politeknik Ungku Omar, Ipoh tapi time tu aku dah study kat Kedah. Fikir2 balik masuk poli dapat course yang aku tak minat. Study IT memang best tapi disebabkan cinta aku terpaksa berhenti. Sayang seribu kali sayang, bekas bf aku terlalu gila sampaikan dah putus tapi still lagi ekori aku kalau gi mana2. Kisah 4 tahun lepas aku jadikan pengajaran. Last2 dapat study kat Ipoh jugak, tiap2 hari aku tengok politeknik tu T____T


Sistem oles ni macam tak betul je. Maybe visual basic lg senang dr C++


But now, aku dah sem 4. Cepatnya masa berlalu. Dari sem 1 bercinta sampai putus, Alhamdulillah result aku maintain 3 above. Tak bermakna putus cinta pelajaran pun merosot, putus cinta sampai nak bunuh diri, putus cinta jadi macam orang gila meroyan dan apa lagi lah. Aku dah merantau 2 negeri, dah kutip macam2 pengalaman supaya diri lebih matang.


Perjalanan hidup aku masih panjang, lupakan kisah2 tak penting. Biar mimpi sampai ke bintang. Itu la asyik layan lagu Asmidar sangat. Bajet serupa kaki jiwang. Tanpa pelajaran tak kemana.


4 comments:

zulhilmi tempoyak said...

xpenah becinta. xde spe nk... huhuhuhu...

bunyi sedeh kn.. tp mmg btol.. wuaaa

Amanina said...

Hehe..jangan la cakap macam tu.

Jodoh tak kemana :)

FEDO said...

Erm. Rasa cinta apa. Rasa study apa..Dua2 keperluan bh mungkin.He2

Amanina said...

Dua2 penting tp cinta xboleh beri makan..haha

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com