19 April 2012

Celebrate Bufday Gegurl Hanie !



Nak ucapkan selamat ketiduran semua. Boleh tak? eh malam masih muda, apa kelas tidur awal kan kan. Esok cuti untuk negeri Perak sebab hari lahir Sultan Perak. Boleh bangun lambat. Entry ni pun pasal hari beranak jugak. Aku paling seronok sebab boleh menternak lemak, tambah lemak. Lemak berkrim disukai ramai. Siapa tak nak makan kek. Rugi kalau tak makan. Okokoko aku dah start merepek ni.






Petang tadi, aku dengan cik pika buat surprise untuk si bufday girl ni. Kami berdua plan dari malam sebelum hari kejadian, siap order kek dalam fon and bla bla bla. On time aku tengok plan makin menjadi bila minah ni ikut kami pegi Oldtown White Coffee kononnya nak minum2 walhal baru balik dari pasar malam. Jahat bukan sebarang jahat, kalau tak jahat tak ada lah bufday girl ni terkejut tengok kek comel siap ada bunga2.



Tadaaaaaa.. comelkan? dibeli dengan kasih sayang. Walaupun kek kecik dan comel tapi ikhlas untuk si bufday girl. Baguskan dapat kawan macam kami. Puji diri sendiri sebab takda siapa nak puji. Tengok lah gambar2 sweet kami. Seronok tengok riak muka bufday girl yang terkejut tu. Hehe.. 





Teringat time duduk asrama dulu, ramai2 sambut bufday aku. Sanggup kongsi duit belikan hadiah dan beli kek senyap2. Susah nak lupa kalau orang baik dengan kita. Sampai bila2 pun akan aku ingat budi baik orang.


Ok la sampai sini.. mesti orang malas nak baca kan kan. Aku faham, tak marah pun kalau tak nak baca. Untuk tontonan umum. Hehe. Perut pun dah kenyang masa untuk buat peta. Pesan pada diri, bila makan sedap2 tu sampai kenyang macam ikan buntal ingat la orang yang susah, tak dapat makan. Bersyukur dengan segala nikmat. 


6 comments:

Anum said...

happy memory

bighagenjo said...

waa,, seronoknya ada kawan nyambutkan besdayy.. baiknye kamoo. macam den dolu2.. kawan2 wat kan seprais.. teruja uu~...

http://bighagenjo.blogspot.com/2012/04/sambut-hari-jadi.html

ஜ miss klanika ஜ said...

zman sekolah prank mesti giler2 punya kan.

zulhilmi tempoyak said...

alo tomei2... fine la x ajk kan.. hahaha

selamat hari hari di hari lahir ye.. ;)

Elie Lily said...

happy belated birthday yang! elie lama tak smbut birthday. tak minat makan kek! haha.

Amanina said...

tq elie tp ni bufday kawan. ouh patut lah, lain kali sambut la mesti best.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com