26 May 2012

Review Filem Men In Black 3






Mari menonton wayang lagi! Yeayyy.. tengok wayang. Sudah tengokkah MIB 1 & 2? Hahaa.. Bukan sekadar lelaki hitam saja tapi memang ada macam2 makhluk lagi dalam movie nie. Sesiapa yang tak tahan nak tengok benda geli geleman DILARANG tengok. Takut termuntah dalam wayang. Kang kesian cleaner tu. Herher. Oke, kali nie turn aku pulak belanja dia tengok wayang di Pacific. Tak rugi habiskan RM 20 sebab sure movie nie lawak giler. 







Rasanya MIB part 3 nie paling best dan lebih best. Mengisahkan Ejen J kali ini dikejutkan apabila mengetahui bahawa Ejen K sebenarnya menyimpan suatu rahsia dari masa lampau iaitu 40 tahun yang lalu. Menariknya, rahsia tulah yang menjawab kenapa Ejen K sangat serius dan tak beremosi. Selepas 40 tahun, nyawa Ejen K dalam bahaya dan cara menyelesaikan ialah Ejen J perlu kembali ke 40 tahun yang lalu bagi mengubah situasi. Menariknya, Ejen K sepatutnya mati 40 tahun yang lalu.. teruja tak?? Jom layan Men in Black 3 di pawagam.. hehe 







MIB bukan la cerita lelaki bersut hitam yang menjaga bumi dari makhluk asing but they do it in a funny way. Yang bestnya MIB 3 dimasukkan unsur time-travel dengan mesin macam basikal je. Haha. Will Smith dan mimik mukanya meman seronok untuk ditonton. Watak dia dah melekat dalam MIB dan tak boleh diganti dengan orang lain. Selain scene Pengerusi MIB baru, Ejen O atau Oh. Sangat teruja dengan scene Griffin, makhluk yang boleh ramal masa depan berhenti follow Ejen J dan K sebab katanya, apa saja yang jadi lepas ini, akan jadi sangat touching hingga dia tak sanggup tengok. 






Don't worry dalam MIB tetap ada gadis2 jelita termasuk Nicole Scherzinger. Sangat seksi oke menyelamatkan boyfriend dia dalam jail tapi geli aku tengok muka dia. Eeeuwwww.... Ada part binatang dalam kek Nicole masuk dalam tapak tangan si jahat tu. Scene di restoran yang boleh kita tengok banyak alien dengan muka hodoh! Hahaa. Well MIB memang kelakar tapi bukan lawak bodoh. Rasanya trademark MIB mereka lebih suka gaduh dengan bijak. 



Kesudahannya kena la tengok sendiri. Haha. Kesian Nicole mati akhirnya. Cehhh. Itulah jahat lagi bunuh pegawai kat jail tu. Nasib baik ada orang belanja makan lepas habis wayang. Letih ketawa banyak sangat macam tulah. Asyik lapar tapi makan tak habis sebab tengok muka2 Alien. Lastly, teman dia pi beli kasut futsal kat Al-Ikhsan, Sunway Carnival ^^



19 May 2012

Review Filem Mantera






Cuti kali ni amat bermakna. Susah nak cakap semuanya dalam sekelip mata. Macam mana nak ceritakan. Oke, ada kawan lelaki yang dah lama contact dalam fb tanpa jumpa. Sebelum aku balik cuti sem kali ni dia minta no fon. Kiranya ni 1st time kami keluar berdua tengok wayang. Terima kasih sebab belanja. Agak segan bila keluar dengan dia. Dah la terjumpa dengan kawan-kawan dia kat Sunway Carnival. Malunya asyik tengok muka. Tak sangka pulak pakai baju biru sedondon. Namanya Mohd Syammir dan dalam proses berkenalan. Jeng..jeng



Oke, back to story. Mantera ini filem pertama Tomok menjadi robot. Tengok robot Malaysia berlawan memang rasa nk pengsan. Haha. Kononnya Transformers versi Malaysia.



Mantera, sebenarnya nama robot or sistem senjata yang telah sibuat oleh syarikat Russia, Weston Tech. melalui Dr. Natasya, ketua saintis mereka dan akhirnya dia sedar Weston Tech didalangi oleh kumpulan penjahat, Dark Legions. Last2, Dr. Natasya meletupkan Mantera dan menghantar prototaip Mantera kepada seorang budak bernama Azman di Malaysia. On the other side, lawan Dark Legions ni ialah Alliance of Light, yang telah diamanahkan menjaga bumi sejak dulu lagi dan membangkitkan kuasa Mantera. 



Azman, seorang pelajar jurusan IT dan dirinya berasa tercabar oleh seorang perempuan, Deena, pelajar tahun akhir bidang Robotics. Sebelum itu, Azman telah menerima sebuah bungkusan dan di dalamnya terdapat logam dan besi. Dia memasang komponen logam dan secara tiba-tiba berubah bentuk menjadi sebuah topi keledar. 






Dengan bantuan topi keledar, Azman berjaya melihat imbasan pemasangan komponen logam itu dan akhirnya membentuk sebuah motosikal. Motosikal itu akan memberikan pergerakan tambahan kepada penunggangnya dan pada mode pejuang, motosikal itu akan bertukar dan bergabung dengan penunggangnya untuk membentuk pelindung badan 'exo-robotic'. Dah jadi robot Azman tu. Kalau nak tau macam mana Azman boleh dapat komponen tu kena lah tengok Mantera. Hehe.. 






Aku tak faham mamat atas nie cakap Russia. Buat-buat faham sudah la. Siap dengan baju bulu kambing dia tu. Lepas habis tengok wayang mesti perut lapar. Bapak sejuk dok dalam wayang tu. Naik beku jadi aku ajak dia drive thru McD beli burger, turn belanja dia pulak makan ayam McD ja. Lepas tu menjamu selera di pantai Bagan Ajam time senja. Makan sambil tengok laut siap angin sepoi-sepoi kena muka fuhh memang syok kalau tidoq. Itulah kesudahan aktiviti pertama balik cuti sem 4 nie. Tataa. 



13 May 2012

Ke Kuala Lumpur Dua Hari Satu Malam


Rasa rasanya dah lama tak update blog, bukan setakat rasa saja tapi memang lama tak update blog buruk berkaler pink aku nie. Macam biasa aku suka peram cerita baru sampai basi baru nak update tapi harini aku nak update cerita baru. Kalau cerita nie boleh bau mesti wangi kan kan.. Herher


Ok lupakan pasal bau tu, sebenarnye berpunca bila kite dah terlalu taksub dengan lagu Najwa Latif, ala lagu 'Untuk Dia' dengan Sleeq tu. Sampaikan tengah update entry nie pun kite dengar lagu tu. Plan dari tahun lepas, aku asyik delay dengan kawan nak pegi makan angin kat Key ell. Dengan duit yang disepport oleh mak, dapat jugak barang yang aku idam tu. Terima kasih banyak2 kepada penaja transport, Bella & Tinie. Sayang hampa ketat2. Dari Ipoh sampai KL Sentral aku tak senang duduk asyik tengok pramugari ets yang comel2. Kalau ada abang aku dah tackle sorang.



Selamat tinggal.. papai

Ada ciri2 pramugari ets tak ? Perahsan -.-'


Penat tunggu ets lepas tu berhenti di setiap stesen, tengok tv cerita yang sama tapi hati mau manyak senang, hati mau bunga2, lagi seronok bila 2 hari lagi aku nak habis paper dan cuti sem. Lagi ber-double2 lah gembira aku. Boleh seronok2 goyang kaki kat rumah jadi tuan puteri boleh menternak lemak. Lagi bertambah2 tahap kemalasan aku berbanding kerajinan. Ayat tak boleh blah.



Erk tempat ets berhenti paling lama. Aku jadi blur2 teringat kisah dizaman muda2


Eh aku tak sedih cuma teringat saja. Tiada kaitan dengan yang masih hidup atau sudah tiada. Sambung cerita, sampai saja terus cari makan, biasa lah perut orang melayu memang tak tahan lapar, baru saja breakfast perut lapar balik sebab itu lah perut menjadi kek lapis yang berlapis2. Bila dah kenyang baru boleh seronok naik turun monorel, LRT nak ke Times Square. Seronok nak menghabiskan duit, ish bila lah aku nak insaf. Sebab itu lah ada pepatah 'perempuan tak dapat dipisahkan dengan shopping'. Biar putus urat kentut pun janji hati puas. 



 Maintain perut itu penting ye adik2 kalau part nak posing

Cantikkan.. baru renovate

Dalam Times Square pun ada roller coaster.. takut nak naik


Bila dah shopping dari Lowyat sampai ke Sogo, berjalan sungguh aku semalam dengan harini. Dah masuk macam2 tempat tapi kaki tak puas jugak nak jalan sana sini. Kalau orang lelaki teman mesti kerja nak bebal saja. But it's ok kerana ini hari ladies saja. Walaupun kena kacau dengan si 'teruna' tapi kami tak kisah, kita cool saja. Biasa lah nama pun key ell. Macam2 benda boleh kita tengok, boleh kita rasa, boleh kita teruja.


Gambar paling poyo, aku bawak buku dari Ipoh sebab cik Pika nak pinjam

Muka dah sama tembam aku tengok

Tata.. nak balik dah, menuju ke Pudu

Lombong cantik kat Temoh, Tapah


Penat dah aku menaip panjang2, penat berjalan pun tak hilang lagi. Kalau dah penat bila masa pulak aku nak pack barang balik cuti nanti. Kena tunggu perasaan excited aku datang dulu kot. So malam nie kena lah gayut dengan mak baru boleh excited. Seriously pertama kali dalam hidup aku rasa journey kali nie paling banyak aku kutip pengalaman. Paling sedih bila setiap kali turun kat mana2 tempat mesti aku nampak orang minta sedekah dalam keadaan uzur, buta, baju koyak sana sini. Aku tak boleh tengok keadaan macam nie. Dimanakah anak2 dorang, tak kesiankah ibubapa di kaki lima meminta sedekah dengan mangkuk2 kosong ditangan. Sempena Hari Ibu, aku nak ucapkan khas buat orang yang paling aku sayangi, Puan Sopeah Yusof :



Ina nak ucapkan terima kasih sebab telah membesarkan seorang anak yang nakal dari kecik. Telah bagi semua kasih sayang sampaikan suami sendiri jeles dengan anak.
Satu-satunya anak yang dia ada, I Love You so much mom !

Happy Mother's Day


Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com