31 May 2012

Hati Perempuan Selembut Teddy Bear


Perempuan ada bermacam2 jenis dan ragam tapi bukan semua menyusahkan kaum lelaki. Sekeras-keras pun hati mereka tetap lembut. Betul ke wanita nie kuat emosi dan sensitif?

Yes? No? Maybe?

Perempuan kalau merajuk, jenuh nak melayannye wehh.. Sensitif bukan main dasyat lagi. Kalau masalah gigi sensitif, boleh diatasi dengan Sensodyne kann. Kalau perempuan sensitif, takkan kau nak sapu ubat gigi tu kat muka diorang? Memang bengong kalau ada orang buat macam tu. 



Bila dah balik cuti mesti tiap2 hari gadoh dengan ayah, tadi gadoh berebut cucur udang -.-'
Ulang lagi sekali, aku memang kuat gadoh dengan Encik Ahmad. Gadoh2 manja



Tapi kalau ada lelaki merajuk mengalahkan perempuan kena PMS macam mana pulak? Nak pujuk ke nak sepak? Haha, dulu aku ada kawan lelaki macam tu, sekarang alhamdulillah dia tidak lagi berkawan kerana sedar dia tu lembut.

Aku sebenarnya tak suka dengan sifat sesetengah lelaki yang berkasar dengan perempuan. Lelaki jenis macam nie memang suka memaki hamun dan mengeluarkan kata-kata kesat kat perempuan. Lagi hampeh kalau lelaki tu jenis yang menggunakan sepak terajang. Dayuss! Lelaki jenis macam tu memang kena lenyek dengan lori treler. 


------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Tahukah anda dari segi psikologi, wanita mempunyai sentuhan yang lebih mesra terhadap elemen2 yang berkaitan dengan emosi. Ia bukan kebetulan tetapi berikutan saiz "limbic system" yang lebih besar. "Limbic system" ialah salah satu struktur yang ada pada otak manusia. Struktur ini berfungsi dalam pelbagai operasi yang melibatkan emotional response, memory, behaviour, mengesan bau dan banyak lagi. Dah lama aku lupa subject sains.

Sebab itu kaum wanita mempunyai kelebihan dalam berinteraksi dan mengekspressikan perasaan. Kelebihan kaum wanita menjadikan mereka lebih sesuai dalam penjagaan anak dan mampu meluahkan serta memberi kasih sayang dengan lebih sempurna berbanding lelaki.

Setiap kelebihan ada kekurangan. Saiz limbic system yang besar menyebabkan mereka susah mengawal stress, lebih sensitif dan mudah emosi walaupun kita anggap perkara tu remeh. Jadi toleransi dari kaum lelaki amatlah diperlukan.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sebagai lelaki yang gentleman, haruslah kita ingat bahawa perempuan dicipta dari tulang rusuk lelaki dan tulang rusuk itu bengkok. Jika diluruskan secara paksa, maka patahlah ia..



p/s: Aku sedar kadang2 kita tak boleh nak merajuk tak tentu pasal, kena matang. Merajuk lebih2 lelaki menyampah. Gedik kot

8 comments:

Anum said...

setuju

zuera_pinky GurLzZ said...

wah..best crta kwn ku..

ghost writer said...

lelaki yang kuat majuk macam kawan lelaki kau dulu, itu tandanya kau kena kawan dengan lelaki lain. :)

Amanina said...

Hehe..tengs anum :)

Amanina said...

Zuera: hehe..tq yunk

Amanina said...

GW: Hehe..yela, kena kawan dgn lelaki lain :)

zulhilmi tempoyak said...

yeke... hati mmg lembut kan.. mn ad hati sekeras batu...hahaha

btw.. sbnrnya lupa nk komen apa.. sbb tgok gmbr tu mggil rs.. ahaha

Amanina said...

Haha..eh xapa la trima kasih zulhilmi :)

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com