26 May 2012

Review Filem Men In Black 3






Mari menonton wayang lagi! Yeayyy.. tengok wayang. Sudah tengokkah MIB 1 & 2? Hahaa.. Bukan sekadar lelaki hitam saja tapi memang ada macam2 makhluk lagi dalam movie nie. Sesiapa yang tak tahan nak tengok benda geli geleman DILARANG tengok. Takut termuntah dalam wayang. Kang kesian cleaner tu. Herher. Oke, kali nie turn aku pulak belanja dia tengok wayang di Pacific. Tak rugi habiskan RM 20 sebab sure movie nie lawak giler. 







Rasanya MIB part 3 nie paling best dan lebih best. Mengisahkan Ejen J kali ini dikejutkan apabila mengetahui bahawa Ejen K sebenarnya menyimpan suatu rahsia dari masa lampau iaitu 40 tahun yang lalu. Menariknya, rahsia tulah yang menjawab kenapa Ejen K sangat serius dan tak beremosi. Selepas 40 tahun, nyawa Ejen K dalam bahaya dan cara menyelesaikan ialah Ejen J perlu kembali ke 40 tahun yang lalu bagi mengubah situasi. Menariknya, Ejen K sepatutnya mati 40 tahun yang lalu.. teruja tak?? Jom layan Men in Black 3 di pawagam.. hehe 







MIB bukan la cerita lelaki bersut hitam yang menjaga bumi dari makhluk asing but they do it in a funny way. Yang bestnya MIB 3 dimasukkan unsur time-travel dengan mesin macam basikal je. Haha. Will Smith dan mimik mukanya meman seronok untuk ditonton. Watak dia dah melekat dalam MIB dan tak boleh diganti dengan orang lain. Selain scene Pengerusi MIB baru, Ejen O atau Oh. Sangat teruja dengan scene Griffin, makhluk yang boleh ramal masa depan berhenti follow Ejen J dan K sebab katanya, apa saja yang jadi lepas ini, akan jadi sangat touching hingga dia tak sanggup tengok. 






Don't worry dalam MIB tetap ada gadis2 jelita termasuk Nicole Scherzinger. Sangat seksi oke menyelamatkan boyfriend dia dalam jail tapi geli aku tengok muka dia. Eeeuwwww.... Ada part binatang dalam kek Nicole masuk dalam tapak tangan si jahat tu. Scene di restoran yang boleh kita tengok banyak alien dengan muka hodoh! Hahaa. Well MIB memang kelakar tapi bukan lawak bodoh. Rasanya trademark MIB mereka lebih suka gaduh dengan bijak. 



Kesudahannya kena la tengok sendiri. Haha. Kesian Nicole mati akhirnya. Cehhh. Itulah jahat lagi bunuh pegawai kat jail tu. Nasib baik ada orang belanja makan lepas habis wayang. Letih ketawa banyak sangat macam tulah. Asyik lapar tapi makan tak habis sebab tengok muka2 Alien. Lastly, teman dia pi beli kasut futsal kat Al-Ikhsan, Sunway Carnival ^^



No comments:

Post a Comment

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com