13 June 2012

Bohsia 2 "Jalan Kembali" Memang Terbaik




Cuti sem kali ni takda aktiviti lain asyik tengok wayang. Bila fikir2 balik aku la orang paling sedih sekali sebab ketinggalan banyak filem yang kuar kat wayang. Masuk movie Bohsia ni baru 4 kali dalam tahun ni aku tengok wayang. Terus terang aku takda masa nak tengok wayang disebabkan tuntutan jadual kelas yang sesak dan padat.


Oppsss..back to story, best jugak movie kali ni. Kami pilih untuk ton..ton kat Mega Cineplex, Pacific Megamall Prai dengan tiket berharga RM 14 (nak bagi tau murah). Hehee.. Movie sebelum tu aku tengok Piranha 3DD,  memang hampeh tapi terjerit jugak aku tengok gigi ikan tu tapi tak sesuai untuk budak tak baligh lagi. herher..


Kami la orang paling excited, dengan muka selamba aku pegi kat abg koyak tiket tu, dia pun macam kena pukau koyak tiket tu. Masuk panggung tapi kami 2 orang saja, nampak tak betapa tak sabaqnya. Bila cerita dah start nampak nama mak jah tu, ingatkan watak dia jadi orang gaji tapi dia jadi gengster dalam rumah pengasih tu. Awal awal memang dah best pasal memang best la. Mak jah si orang gaji ni memang pandai berlakon tapi tak boleh blah bila part dia dengan berus JAMBAN tu.


Paling aku suka watak Keting lakonan Sofi Jikan. Sakit perut aku gelak bila tengok dia jadi mamat masuk air. Memang masuk air betul dia dalam cerita ni. Zizan dengan Shamsul pun boleh tahan jugak. Zizan memang terbaik dari ladang. Macam bangang nak lajukan moto, pi jumpa bomoh kaki kencing.. Haha

Lepas ni mat2 rempit sekalian, kalau nak lajukan moto pi cari bomoh jangan cari pomen


Pada aku cerita ni memang terbaik dan ada unsur pengajaran walaupun ada yang tak masuk akal bila si Keting baru lepas race dia ada berhenti depan masjid time nak subuh. Tak tau la kalau time azan tu baru azan Isyak. Cerita ni membawa keinsafan kepada bohjan2 dan bohsia2 ~ ~

antara quote yang aku suka :

  • ‎"Maafkan keting mak sebab tak dpt berikan mak menantu yg solehah buat anak mak yg soleh asal boleh...."
  • ‎"Belum ada lg seorang pun dalam keturunan gua yg barai punggungnya!!"
  • "You can bring the horse to the river but you can't force the horse to drink the water.."
  • "Kalau ada toyol ke jin ke masokkan dalam piston atau ekzos motor ni Tok.."
  • "Sampai mesin rumpot pown orang suwoh aku repair taw, utk lajukan ~~"


Tengs jugak kat orang yang belanja tiket wayang. Memang gelak sakan aku dengan dia dalam wayang tu, gelak kuat bukan gelak sopan oke. Tak kisah janji boleh buat awet muda. Tengs jugak sebab teman aku beli barang kat Jusco Perda untuk bawak balik Ipoh nanti. Menghabiskan masa makan di Big Apple Donut, it's my turn to 'belanja' him :)

18 comments:

izzuan said...

"Kalau ada toyol ke jin ke masokkan dalam piston atau ekzos motor ni Tok.." perghhh aku besa letak toyol kt moto aku,,,hhhhha

Amanina said...

Ptut la aku rsa lain macam ja moto hang..suka break mengejut..hahaha

izzuan said...

hahah...nk laju punya pasal letak lah toyol...geng aku besa racun aku..ang faham ke maksud toyol tu ?

Amanina said...

racun macam mna plak?

kalau toyol adik bradik jin aku tau la. kalau toyol mksud lain xtau la..

izzuan said...

maksudnya racun aku suruh buh toyol tu bodek aku suruh aku masukkan barang racing ker barang yang boleh bagi laju lagi moto tu

Amanina said...

Hang buat memang pendek umoq laa..hahaaha

izzuan said...

hahah tp x akan aku nk makan toyol tu..aku bawak g jalan2 jer moto tu :P

Amanina said...

Bila msa plak aku sruh hang mkn toyol tu..blurrr la. haha

izzuan said...

gilaa apa aku sampai nk makan toyol...kang aku lak jadi toyol nya

Amanina said...

Bagus gak hang jd toyol..aku mintak soalan exam senang

izzuan said...

letih...kena tangkap nyaia ja:P:P

Amanina said...

Aku bela la siap simpan dalam botol.. mcm ceta toyol dalam botol kicap

izzuan said...

aku x tgk g gambaq tu

Amanina said...

aku pun xtngok lg.. org kata lawak kot. hang p download

izzuan said...

kalau aku download apa yg aku dpt ?

Amanina said...

Dpt tngok byk2 kali la sengal.. Hadoii

izzuan said...

oh yeke,,mana lah aku tau..

Amanina said...

Hang memang macam tu...

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com