28 June 2012

Cinta Ideal Pada Kaca Mata


Musim cinta berputik kembali? Ouh aku bukan Dr Love untuk kupas-mengupas bab2 cinta tapi berkongsi pendapat saja. Cinta ideal bukan la cinta yang indah belaka macam cerita Cinderella atau Snow White dan juga bukan sweet2 macam cerita Nora Elena tapi cinta ideal bagi aku yang senang tercapai dalam realiti sekarang. Mungkin sesetengah orang, bila mula2 kenal cinta terus jatuh cinta pandang pertama la, pandang ketepi la tapi bila semakin lama rasa sayang tu lagi kuat dihati. Bila bercinta terlalu lama mungkin dipertengahan alam rumahtangga kalau jemu pun kita tak mungkin mintak cerai tapi kalau tiada ikatan break-up itu jalannya. Senangkan cinta..



Cinta Ideal Pada Kaca Mata



Entry ini mungkin ada mungkin takda kena-mengena dengan kisah cinta aku tapi nak kongsi dengan semua...



1. Ada orang tengok rupa. Aku mengaku rupa itu penting. Tipu kalau korang nampak laki hensem tapi tak usha.. Konpem usha kan? Tapi bagi aku itu untuk cuci mata saja. Bila bab cinta, kalau hensem sekali pun mamat tu tapi perangai tak se 'hensem' rupa dia terus nampak tak hensem. Hati yang baik mengatasi rupa.



2. Kedua-dua pasangan tu mestilah menyokong antara satu sama lain. Maksudnya kena support dalam apa2 saja. Kalau si bf dah tau gf dia nak exam ke interview ke, kata2 semangat itu pun dah cukup. Plus bagi dia ruang untuk buat preparation, jangan la time dia nak exam kau paksa dia gayut kat fon nanti fail exam sapa nak jawab? Kau boleh tolong luluskan ke?



3.  Beri ruang. Kadang2 ada orang serik bercinta sebab lepas bercinta terus kena kongkong. Itu tak boleh ini tak boleh. Cinta itu benda yang mudah. Kalau dah menyusahkan bukan cinta namanya. Lelaki jangan ingat lepas dah couple kau boleh mengarah jangan bagi gf kawan dengan lelaki or tak boleh duduk sebelah lelaki. Friends is still friends. Lelaki yang mengongkong bagi aku dia seorang yang insecurity. Kalau dia yakin dengan gf dia, sure dia akan relax and chill saja. Lagipun tu gf baru bukan bini.



4. Berkerjaya. Orang akan cakap mata duitan bila sebut pasal ni. Tolong jangan melenting tak tentu pasal. Tak semestinya dia kena jadi lawyer or arkitek baru boleh kawin dengan dia. Asalkan dia ada keja dan mampu sara kau itu pun dah cukup. Ingat cinta boleh beli nasi ke? Duit jugak yang pakcik kedai nasi lemak terima. Kalau lelaki tu bersedia nak ada serius relationship mesti dia dah fikir masa depan dan keja. Jadi sebelum berkawin tolong jangan kikis duit sape2.



5. Berani jumpa parents. Ini serius. Kalau dia dah datang jumpa family, maknanya dia serius dengan pompuan tu. Tapi kalau dia buat hal lepas jumpa family itu parah namanya.



6. Jangan terlalu mengharap cinta itu kalau tak berdoa.


Kepada yang masih belum bertemu cinta ideal. Jangan bimbang, Mr RIGHT will come at the RIGHT time. Hehe :)


2 comments:

Elie Lily said...

rupa tak hensem takpe.. janji hati mesti mau hensem! kan nina? :)

Amanina said...

Yup2..betol tu. Hehe :)

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com