25 June 2012

Mael Lambong : 'Melambung' Dalam Wayang






Yeahh.. cuti sem datang lagi. Setiap kali cuti mesti wajib tengok wayang! Hoooreyyy.. Excited lebih nak melambung dalam wayang lettew. Seperti biasa kami tengok wayang kalau cuti. Turn tngok wayang kali nie kat Sunway Carnival. Dah boleh hafal tempat tu sebab setiap kali keluar mesti bergilir-gilir tempat wayang yang kami tuju. Ngeh..ngeh. Yang tak bestnya mesti terserempak dengan kawan-kawan dia. Maluuu mak!



Oke lah, movie nie not bad dan kelakar sangat. Tak rugi bila membayar RM 12 untuk ton..ton Mael Lambong kerana movie ini telah membuatkan aku ketawa 'melambung' . Selain itu terselit jugak dengan mesej-mesej yang berguna. 









Mengisahkan Mael Lambong (Zizan) merupakan seorang penarik kereta yang cukup dikenali di KL. Hidupnya mula berubah dan menjadi kelam kabut apabila Maria (Juliana Evans) telah menemui Mael dan menyuruhnya menyelamatkan diri dari dikejar penjahat. Pelarian mereka untuk menyelamatkan diri membawa Mael dan Marian ke Terengganu yang juga kampung halaman Mael, yang dia telah tinggalkan sejak sekian lama kerana merajuk. Dalam keadaan Mael ingin mengelak dari bertemu dengan penduduk kampung, dia akhirnya telah bertemu dengan Rozie, kekasih lama Mael yang telah bergelar tunangan kepada Tiger. 



Konflik mula timbul bila Tiger tidak senang dengan kepulangan Mael kerana semburu dengan hubungan yang pernah terjalin diantara Mael dan Rozie sebelum ini. Penjahat memburu Maria kerana mahukan mikrocip yang mengandungi tender projek kerajaan akhirnya dapat menjejaki mereka di perkampungan itu. 





Dalam masa yang sama, 2 perisik telah datang dari KL dan menerangkan hal sebenar kepada Mael. Kekeliruan berlaku bila perisik yang disangka baik, rupanya penjahat. Kat sini scene lawak kot. Baru tau takda siapa call Mael kat fon dia tu. Mana ada "Ayahanda". Hahaa.. dan scene Rozie lari ikut Mael ke KL, time kena kejar dengan Tiger tu. Serius gelak mengilai dan time kat rumah. Takmo elak khalwat siap cakap kat ustaz "dia tidur kat dalam, saya kat luar".  Mael kemudian membantu Maria dalam misi untuk mendapatkan semula mikrocip. Ketika misi itu, Maria ditembak ketika cuba menyelamatkan Mael. Apakah yang terjadi?? Haaa... kesudahannya kena tengok sendiri ye. Biarlah menjadi rahsia. Haha.. 






Selalunya kalau habis tengok wayang mesti perut lapaq. Sebab terlalu banyak gelak kot sebab tu perut mintak makan. Haih.. Jadi, sebelum balik tu kami singgah kat Pelita, Seberang Jaya. Makan roti canai dengan tea O ais limau! Dah habis makan, masuk je dalam Naza nampak la something kat telinga dia. Kena buang sebab aku geram tengok. Hihi.. Biasalah nak romantik pulak. Jadi jom tengok Mael Lambong. Konfem gelak tak habis korang :)



No comments:

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com