17 June 2012

Wajah Seiras Jodoh Kuat



Hye, semua.. Harini rajin nak update memandangkan baru balik makan kenduri sepupu, jadi bila aku tengok pasangan pengantin tadi tiba2 ja nak update pasal pasangan yang mempunyai raut wajah seiras. Biasa la kalau dah jumpa keluarga besar sebelah ayah di Bayan Lepas, aku akan berubah status menjadi "Mak Long Lina" kerana ia panggilan anak2 sepupu2 aku yang paling tua, lagi pening bila mereka ingat nama aku Amalina bukannya Amanina. Jadi, kalau tak bergosip2 dengan mak long, mak andak memang tak sah.


Sebelum tu, kawan rapat pun akan ada iras2 dengan kita. 



Kadang2 aku selalu tengok pasangan2 kapel/suami isteri yang wujud disekeliling aku mempunyai keserasian. Tak kira la saudara mara, member2 kebanyakan pasangan lelaki dan perempuan ada raut wajah yang hampir sama dari segi tarikan fizikal. Contohnya, kedua-duanya ada mata yang sama2 bulat ataupun hidung yang sama2 mancung tak juga warna anak mata yang sama. Kalau wajah tak seiras tu kira jodoh tak kuat la. Bercinta bagai nak rak tapi kalau tak ada jodoh pun tak guna jugak. Mesti ada orang suka kalau mereka pasangan yang seiras, lagi la seronok kalau banyak orang cakap:


"Eh..muka korang nampak macam adik beradik la"

"Sweetnya! muka korang ada iras2..mesti jodoh kuat nie"


Sebenarnya banyak jugak aku tengok pasangan2 yang tak mempunyai wajah seiras dan mereka hidup bahagia je. Kan jodoh tu ditangan Tuhan. Tak ada orang yang boleh ajar kita pasal cinta melainkan kita sendiri yang study hati kita. Berbalik kepada pasangan pengantin memerangkap sepupu lelaki aku tu. Terus terang aku cakap mereka bukan la pasangan yang seiras tetapi adanya jodoh antara mereka adanya jugak nasi minyak untuk harini.. Haha.


Mak Long, kakak ipar ayah..walaupun pak long dah xada aku tetap sayang dia


Pak Lang, abang ayah no 3 tengah sibuk membasuh


Kak Normah or kak chaq, cucu sulung Tokwan.. ada iras2 aku sikit. Hehe


Rahmah, cousin paling senget..kuat makan dia nie



Gambar pengantin aku tak sempat nk ambil sebab sibuk menggedik dengan sepupu lain..biasa la sekali sekala "Mak Long" balik kampung dia akan busy dengan menyembang. Last2 pengantin pegi outdoor photoshoot padan muka aku. Ingat jodoh itu rahsia tuhan, dulu aku dengan ex selalu orang puji muka kami seiras tapi hakikatnya kami memang takda jodoh jadi jangan percaya sangat. Mungkin hanya mitos semata2.



p/s: mak andak cakap kalau turn aku kawen nanti diorang semua nak berkampung kat Butterworth.. InsyaAllah kalau seru sampai awal. Poyo je aku nie.


Terima kasih kepada yang sudi baca =)

8 comments:

syakey said...

elok sangat lah tu kat butterworth. boleh la menjemput diri ni ye :P

slalu dgr jugak. muka seiras jodoh kuat. tapi apa pun semua dengan izin Allah jugak kan?.

(:

Amanina said...

Eh org butterworth jgak..InsyaAllah jemput :D

betoi2..semuanya dari Allah :)

ஜ miss klanika ஜ said...

setuju ! selalu dgr org ckp mcm tue . tatau lak ngn bestie pn cetuu

Amanina said...

Hehe..itu pun baru perasan muka bestie

||aLeaSaRa|| said...

salam sis...selalu jugak tengok pasangan yang muka seiras ni jodoh mereka panjang,tapi tu semua ketentuan Allah,kan.owh kak lea pulak anak sulung,hubby anak bongsu.ada juga kawan dan sedara kata bagus...in shaa allah kekal jodoh.ntahlah macam2 pendapat he3..

Amanina Mads said...

Wassalam kak.. Betul jugak ada pasangan muka seiras.
Ohh 3 org muka iras2 ye.. In Shaa Allah jodoh kak lea kekal.. hehe

AiSyA LiEzA said...

=) apa2 un smua itu dengan izinNya =) heee!

Amanina Mads said...

Hehe..betul tu aisya =)

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com