7 July 2012

The Amazing Spider-Man: Spider vs Cicak





Movie Spiderman kali nie agak berbeza sedikit dari Spiderman 1,2,3 yang lepas tu. Agak berbaloi tengok filem sebabnya jalan ceritanya agak berbeza dan pelakonnya yang lebih sempoi. Kali nie bukan hero spiderman yang asal berlakon (Tobey Maguire) sebab hero baru nampak macam budak-budak sikit aku tengok (Andrew Garfield). Hensem sikit dari spiderman yang lama. Tambah pulak awek spiderman kali nie sangat comel dan Peter Parker kali ini lebih berani menyuarakan rasa cintanya kepada Gwen Satcy (Emma Stone) dan tak seperti watak-watak Spiderman sebelum ni. Heroin baru lebih cun dari heroin lama si Mary Jane tu. Hihihi. 


Tengah main dengan tali lelabah



Sinopis:


Filem ini mengisahkan seorang anak yatim piatu bernama Peter Parker yang dibesarkan oleh ibu dan bapa saudaranya. Ibu bapanya telah meninggal dunia dalam satu tragedi misteri selepas menyerahkan Peter Parker kepada ibu bapa saudaranya. Atas dasar ingin tahu, Parker telah menjumpai sebuah dokumen rahsia di dalam sebuah beg lama milik ayahnya dan menyiasat. Dari situ dia menemui sahabat baik bapanya iaitu saintis, Dr Curt Connor. Penyiasatan Parker telah membawanya ke makmal ujikaji milik Dr Connor dan di situ dia digigit oleh seekor labah-labah yang merupakan haiwan ujikaji Dr Connor. Masalah mula timbul bila Dr Connor menggunakan penyelesaian sains dengan bantuan Parker. Akhirnya Dr Connor berubah menjadi makhluk cicak mutasi. 


Babak aksi yang menarik. Dalam train tu..


Seronok tengok babak tangan tumbuh kembali nie



Elemen kekeluargaan jelas berjaya diterapkan sehingga berjaya menenggelamkan elemen percintaan. Watak Peter Parker kali ini agak menyedihkan kerana dia menjadi punca sebenar segala kejadian yang berlaku hanya kerana ego Peter Parker sendiri. Bapa saudaranya mati dibunuh kerana cuba mencari dia yang melarikan diri selepas insiden pertengkaran antara mereka berdua. Dr Connor berubah menjadi lelaki cicak juga dari kegopohan Parker yang membantu Dr untuk menyelesaikan masalah experimentnya. Bapa Gwen juga mati gara-gara menyelamatkan Parker. Dan tugasnya untuk menyelesaikan masalah yang berpunca darinya tanpa sengaja. Memang berlainan dari filem-filem Spideman yang lain. 


Filem Hollywood mesti nak romantik saja. 



Kelainan yang ada lagi dalam Spiderman ialah, dia more high technology dari Spiderman kali nie. Then, dia cipta device sendiri untuk letak di pergelangan tangan dia. Nak track kes-kes jenayah dalam bandar pun dia pakai scanner yang di cipta sendiri. Tak sesuai untuk kanak-kanak sebab Gwen dan Peter suka kissing. Standart cerita mat saleh la, kalau tak kiss tu, tak sah! Hahaha.. Sayangnya Gwen anak ketua polis bandar tu dan dia tak suka Spiderman. 


Sweetkan? Bercinta dalam kelas


Abe Spiderman. Hihi



Paling suka tengok ialah babak terakhir dimana Peter bertemu ibu saudaranya dan serahkan telur yang dibelinya. Memang best tonton Spiderman kali. Jadi cepat-cepat serbu wayang kalau tak tengok lagi. Tengs jugak kat si dia sebab bawa pi tengok wayang dan lepas balik dari tu kami singgah makan Chicken Chop kat tempat biasa. Heee.. 


No comments:

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com