25 August 2012

Facebook Dah Jadi Timeline





Siapa yang suka Facebook Timeline angkat tangan! Kalau suka tu bagus tapi aku memang tak suka dan memang tak suka lah. Pagi syawal aritu ingat nak update status, bila bukak ja mood nak update hilang melayang dan aku tak dapat buat apa-apa. Akhirnya fesbuk aku automatik jadi timeline... huuuu :(


Hati dengan pasrah terpaksa tukar semua setting, kalau tak memang free-free orang tengok profile aku. Tambah-tambah stalker. Paling menyampah bila layout yang baru serabut sebab ada dua column. Pening plus rabun jugak nak baca. Kena sabar dengan benda alah nie.



Agak pening bukan? Bila remove timeline pun hati dah jadi tawar nak online
Notify pun aku tak pernah bukak sebab aku meluat nak reply
Asal bukak post tahun-tahun lepas aku jadi sedih, gembira
Boleh baca apa yang kita post tapi biarlah aku taknak tengok komen2 tu :(



Apa kelebihan Facebook Timeline?

- Boleh letak cover dalam profile yang lebih kurang macam header blog.

- Boleh baca status lama-lama, time tengah jiwang..cewahhh



Keburukan Facebook Timeline?

- Apabila facebook buat timeline macam layout profile yang sama dengan layout Friendster, Myspace, Tagged..takda kelainan untuk facebook langsung.

-  Status yang lama-lama tu akan terdedah dan mungkin akan menimbulkan pergaduhan untuk orang yang bercinta.

- Perlu mengubah semula privacy setting dalam akaun.



p/s: Aku malas nak hide segala komen yang dulu2, biar la orang nak baca. Siapa yang ada gf tolong jangan gadoh sebab itu kisah lama dan sudah expired. Aku perlukan masa untuk biasakan diri dengan style baru nie. Tak sabar nak keluar dengan dia esok! :)


2 comments:

Puteri Iqa Izyan said...

dulu suka2 je tukar. tp skang baru rasa menyemak je timeline. sbb tak privacy daaaaahhhh. huhuhu.

Amanina said...

Yelah, skrg makin semak bila bukak fesbuk..

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com