29 September 2012

Kalau Bekas Boyfriend Ajak Couple Balik



Hye semua..
Harini seperti biasa menghabiskan cuti hari minggu kat rumah saja.
Seperti selalu, kalau borink kat fb, singgah twitter last sekali aku layan blog jugak.
Ada lagi sesetengah kawan yang suka matchingkan aku dengan bekas teman lelaki yang jugak satu klas.
Awww...benda nie aku dah masak sangat & kadang2 buat aku jemu, meluat, malas & semuanya.


Tapi apa pun tinggal lagi 2 bulan lebih untuk aku habiskan sem 5 dengan senang HATI!
Masa nie hang nak tengok muka aku, aku nak tengok muka hang..right?
Lepas nie aku dengan dia dah tak jumpa, apatah lagi bercinta. Haha..
Bila bukak saja fb, tengok2 kat message ada budak klas aku post gambar kami.
Lawak jugak dia rajin edit gambaq tu.


 Dia pandai tulis jawi..aku? hampeh


Kalau bekas teman lelaki ajak couple balik, korang buat apa? Seronok, excited atau meluat sangat2?
Adakah korang rasa macam barang yang suka suki ja orang nak guna. Waktu perlu, dia jaga kita. Bila dah bosan dia letak kita merata-rata dan bila rasa rindu balik, tanpa segan dia pungut semula. Yucks! aku rasa nak termuntah. Mintak dijauhkan kalau dapat teman lelaki macam nie. Hello babe, mana ada orang waras yang sanggup dah ludah jilat balik. Entry nie memang khas untuk perempuan oke. So, kalau kaum lelaki nak mengamuk silakan. Hahaha *kidding lah


Kalau nak tau jawapan aku. Jawapannya No! Sekali orang buang, jangan harap nak ajak couple balik. Come on para perempuan please jaga maruah tu sikit. Pada aku, kita ada harga diri. Kalau perempuan yang tergedik2 kat laki tu, dia takda harga diri kot. Mungkin semua lelaki dia akan buat benda yang sama. Bak kata suka 'syok' sendiri. Soal hati tak boleh nak main2.


Bagi aku bukan tak boleh berkawan baik dengan bekas teman lelaki tapi memang tak boleh la. Bukan berdendam. Cuma, dalam hati aku terfikir. Kenapa sebelum putus, dia tak boleh nak fikir panjang? Kenapa sebelum putus dia tak boleh bersabar sikit, kenapa sebelum putus dia tak fikir apa yang akan terjadi dengan kita selepas itu, kenapa sebelum putus dia selfish? 


Masing2 ada hak sendiri, otak sendiri? Terpulanglah. Fikir mana yang terbaik untuk diri masing2. Lumrah hidup, bila perempuan tu dapat lelaki baik, dia buat hal yang lelaki pulak bila dapat perempuan baik nak jugak layan orang lain. Last-last rasa menyesal memanjang.


Rajinnya minah nie.. Haha


Kadang2 dalam masa 4 hari pegi kelas, dia memang suka buat lawak, takpa aku gelak jugak, kalau tiba2 terkeluar perkataan yang selalu kami guna dulu tiba2 aku tersentak. Eh mamat nie saja nak bagi hint kononnya dia ingat lagi kisah kami. Memang kenangan tak boleh lupa, aku biar dalam otak pala tapi benda dah lepas, aku pun dah tak simpan dendam. Mak pun kadang2 ingatkan aku supaya tak jadi pendendam. Hidup tenang nanti. InsyaAllah...


p/s: Setiap perbuatan orang pada kita tuhan akan balas cash jugak kat dia. Setiap perpisahan akan ada gantinya yang lebih baik.


6 comments:

ghost writer said...

tiada untuk yang kedua kali selepas semuanya berakhir. tiada istilah peluang kedua.

Amanina said...

Yup, itu dusta semata-mata

ஜ miss klanika ஜ said...

tajuk tu buat mata ni buntang .
tengok jugak la. kalo dah memang jodoh balik dengan ex cemana ? jeng jeng jeng

Amanina said...

Haha..entah la hati dh tawar sangat

Syiera Bucuk said...

no way nak terima balik!!jgn sesekali..jeng3x

en3 terbaru:
http://syierahalf.blogspot.com/2012/10/opening-of-my-official-business-shop.html

Amanina said...

Hahaha..takda la sampai macam tu sekali

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com