9 September 2012

Review : The Possession (2012)







AMARAN! Bagi pesakit jantung, ibu mengandung dan juga kaki penakut dilarang tengok movie nie. Sebabnya aku sendiri asyik terkejut dan menjerit secara spontan ditambah ada tangan suka tutup mata bila scene menakutkan. Hahaha.. Banyak orang tengok movie nie di Sunway. Mereka agak berani lettew. 



The Possession, Kisah Nyata Sebuah Kotak Iblis yang Memangsa Jiwa Pemiliknya... 




Mengisahkan pasangan suami isteri yang telah bercerai, Clyde (Jeffrey Dean Morgan) dan Stephanie Brenek serta 2 anak mereka, Hannah dan Emily. Kedua-dua anak mereka bergilir untuk tinggal bersama ibu bapa mereka. Ketika tinggal bersama bapa mereka di pekan, Clyde mengajak anaknya pergi ke Yard Sale, dimana Em (Natasha Calis) tertarik untuk membeli sebuah kotak kayu antik dan sikapnya berubah setelah membuka kotak itu. 





Ternyata, kotak itu dihuni syaitan yang boleh merasuk pemiliknya dan mengambil alih tubuh badannya. Em yang selalunya cergas dan ceria kini berubah menjadi aneh. Em hanya obses pada kotak itu. Ketika makan malam secara tidak sedar Em mencucuk jari ayahnya. Semakin cemas, Clyde bersama bekas isterinya berusaha menyelamatkan anak mereka dari syaitan yang menghuni tubuh gadis itu selepas melakukan ujian di hospital dan menemui ada tubuh orang di dalam badan Em. Ayahnya berusaha mencari paderi yang pandai menghapuskan syaitan itu dengan. 







"The Possession" merupakan filem horror yang berinspirasikan laporan surat khabar tentang sebuah keluarga yang melawan iblis yang terkenal dengan sebutan "Dybbuk". Dalam cerita rakyat bangsa Yahudi. Roh dalam kotak Dybbuk tersebut mampu merasuki tubuh manusia dengan tujuan untuk melahap mereka. Paling seram bila scene nak mengeluarkan iblis tu dari badan Emily, last2 ayahnya pula yang terkena. Serammm tengok muka iblis tu. 










Lebih baik korang tengok sendiri trailer The Possession nie eh. Paling seram tapi best. Hoho.. Baru perasan dia pakai baju hadiah besday aritu. Hehe. Nampak hensem :)


No comments:

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com