6 October 2012

DREDD : Si Penghukum Penjenayah & Burger Bakar




Harini banyak plan nak buat bila dah keluar bersama. Jom kita layan movie lagi. Harini si dia ajak tengok wayang di Queensbay tapi aku tak tau nak tengok movie apa. Tengok saja lah.. Memandangkan tiket hanya RM 20. Jadi, kesimpulannya siapa yang minat cerita berkaitan jenayah dan polis wajib tengok movie DREDD nie tau! 


Movie ini mengisahkan Mega-City One, sebuah kota yang disumpah dan kegiatan jenayah begitu tinggi sehingga memaksa pihak penguatkuasa undang2 bertindak sebagai hakim, juri dan penghukum sekaligus. Judge Dredd, pegawai penguatkuasa undang2 dan dibantu oleh pegawai baru, Judge Anderson harus menumpaskan kejahatan Mama dan konco-konconya di sebuah bangunan 200 tingkat. Tingginya bangunan tu sampaikan banyak orang mati kena tolak dengan konco mama. 




Mama juga menjadi ketua sindiket dadah terbesar di kota itu telah menghukum 3 orang anak buahnya yang buat masalah dengan mencampakkan mereka dari tingkat paling atas bangunan itu. Judge Dredd ditugaskan untuk membuat penilaian ke atas pegawai baru, Judge Anderson yang memiliki kuasa psikik. Insiden Mama itu telah menarik perhatian Dredd dan Anderson untuk bertindak dengan cara ambush bangunan 200 tingkat itu untuk menangkap pembunuh. 




Dredd berjaya menangkap orang kanan Mama selepas Anderson menggunakan kuasa psikiknya tapi Mama takmo disoal siasat oleh Dredd. Mama mengarahkan konconya menutup dan mengunci bangunan dan mengarahkan Dredd dan Anderson dibunuh. Paling takut tengok konco Mama tembat guna machine gun berterusan ke arah Dredd tapi terkena penduduk bangunan tu. Gempah tengok peluru tu dapat tembus dinding rumah. Serius movie nie banyak aksi-aksi menarik antara penguatkuasa dan penjenayah. Aku takut tengok muka ganas Mama dengan parut2 kat muka, memang kejam! 


Tergelak kami berdua . Lawak la dia




Oke lah, selepas seram sejuk tengok Dredd opcos perut laparkan? Selalunya kalau datang Queensbay, aku mesti nak makan J.Co Donut & Coffee.. Makan donut untuk alas perut sebab nak ajak dia makan Burger Bakaq.. Ingat KL je ada. Susah payah cari kedai yang jual beger bakaq kat Penang. Hee.. So, plan kami seterusnya ialah dari Queensbay ke Sungai Pinang mencari kedai beger tu. Nasib baik tau jalan ke Sungai Pinang sebab dekat dengan rumah sepupu mak and aku pernah bawak Pika dan Izuan lepak kat tepi pantai situ.




Senang saja nak cari Street Grill Burger, Sungai Pinang. Terletak di tepi jalan saja. Tak berani amek burger yang besar, takut tak habis makan. Kami oder burger daging dan sosnya perghhh pedas baq hang dengan ladanya. Harga berpatutan dalam RM 14. Tengs awak tolong tambahkan singgit. Kami tapau dan menjamu selera di tepi pantai. Dengan angin laut bersama burger bakaq membuatkan rasa syokk je. Hahaha.. Sebenarnya makan tak habis pun siap tapau bawak balik rumah. Pedasnya buat aku   nak nanges. Fuhhh. Jadi lepas nie nak makan mesti datang terus, korban ramai2 burger tu. Kasi besaq punya. 


Jom makang Burger Bakar Street Grill!



No comments:

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com