10 Nov 2012

James Bond : Skyfall





Yess.. I'm flying with James Bond again. Nop.. I'm flying with Skyfall. Actually, I'm watching this movie with him today. Aceceh.. tersasul cakap omputih pulak. Harini layan skyfall lagi tapi tengok buat kali ke 2 dengan si dia pulak. Nanti merajuk sebab dah janji nak tengok berdua tapi apakan daya, pika dan mazrul ajak pi tengok dulu. Memandangkan kali ni turn aku pulak belanja tengok wayang. Biar lah si dia layan Bond kan..kan. Seperti biasa, kami tengok kat Pacific dan tiket berharga RM 22, 2 ringgit lagi orang tolong tambahkan. Haha.. Masa tengok kat Ipoh tu, aku taktau harga tiket. Herher.. Orang belanja, jangan banyak tanya lah. Tak sangka baju kami sedondon berkaler biru. Tak berjanji pun dengan abang baju superman. Nasib baik seperti biasa kami berkongsi ciken popcorn dan twister tak la lapar sangat dalam wayang tu. Bila ada saja scene romantik, ada lah orang nak tutup mata. Kononnya tak bagi tengok aksi romantik Bond dengan Severine tengah mandi. Oppsss... Tersasul lagi. 



Lepas habis tengok wayang, cari nasi dulu. Lapaq dalam wayang duduk berjam-jam. Habis makan, pegi lepak kat restoran cina. Restoran tepi pantai Bagan Ajam. Hoho.. Ini bermakna date yang ke 15 sudah. Wallaweyh.. memang nak romantik saja. Movie James Bond kali ni agak sedih kerana bond kehilangan bos dia. M meninggal dan tempatnya diganti dengan orang lain. Huwaaa. Selalu kalau tengok movie bond mesti awek-awek dia or perempuan cantik yang dekat dengan dia akan mati. Adakah ini movie terakhir bond atau Daniel Craig? Sama-sama lah kita tengok kot ada lagi sekual ke 4 Daniel dan ini filem bond yang ke 34 tahun. Wahhh.. memang lama. Dah wujud sejak zaman ayah muda lagi. 





Nak baca sinopsis.. sila klik "James Bond : Skyfall"

Meh tengok trailer movie...





No comments:

Post a Comment

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com