3 November 2012

Manusia Memang Tak Pernah Sempurna




Entah kenapa aku rasa perlu jadi diri sendiri dalam hal nie, bukannya apa aku tak boleh hidup dalam dunia sendiri yang kononnya semua orang sukakan aku. Bukan semua perkara yang aku buat boleh puaskan hati semua orang dan boleh buat orang suka. Bila diri rasa kurang sesuatu, itulah yang buatkan aku sedar diri tentang hakikat. Yang pasti sentiasa belajar dan fikir untuk menjadi manusia yang lebih baik. Memang mudah tapi perlu berkorban semua benda. Sanggup berubah demi orang??




Memang semua orang ada pandangan yang berbeza. Perangai pun lain-lain. Dalam 10 orang yang kita kenal mungkin separuh dari tu memang tak sukakan kita. Itu tak mengapa. Apa yang penting kita sedar siapa diri kita yang sebenarnya tanpa perlu ada kepura-puraan.


"Tidak suka" itulah yang membuat kita selalu muhasabah diri. 'Suka' itu pulak harus dilihat dengan hati-hati. Kalau semua yang kita buat disukai semua orang, maknanya tak ada cabaran, dan kurang lah pengalaman dalam kehidupan lepas tu kematangan pun datang agak lambat ataupun lembab. tak perlu risau kalau ada orang tak sukakan kita asalkan kita tak buat sesuatu benda yang memang tak disukai orang.


Jadilah diri sendiri, aku tak suka kawan yang tikam dari belakang, kutuk dibelakang tentang keburukan kita, memang sakit sangat bila dapat tau dari orang lain. Kadang2 tu semua cerita tak betul pun tapi terpesong dari cerita asal. Apapun aku tak harap mereka berubah tapi tanya pada diri tak penatkah aku berperangai macam nie?


No comments:

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com