24 December 2012

34 Syarat Lelaki Untuk Si Gadis






Tiba-tiba petang nie agak jiwang sikit. Hati rasa rindu sangat-sangat. Entah la rindu kat siapa pon tak tau. Lama tak buat entry sayang-sayang macam nie. Jom baca syarat-syarat cik abang kalau rajin. Tunggu idea nak meng-ayat tak dapat lagi. Hehe



1 ) Caring.

2 ) Lemah lembut.

3 ) Pandai amek hati.

4 ) Tak sosial sangat.

5 ) Ada kerjaya sendiri.

6 ) Pandai uruskan masa.

7 ) Sukakan kanak-kanak.



8 ) Tidak bersikap materialistik.

9 ) Tak membebel dalam kereta.

10 ) Tidak kemaruk seks. * HAHA.

11 ) Pandai berdandan dan bersolek.

12 ) SOLEHAH.. Kena tau jugak agama.

13 ) Tak selekeh dan berpakaian kemas.

14) Hormat orang lain termasuk bf dia sendiri.

15 ) Sentiasa cuba untuk memajukan diri sendiri.

16 ) Berdikari dan tak terlalu bergantung pada bf.

17 ) Cakap lepas, suka mencarut, cakap kasar and etc.

18 ) Bersifat kewanitaan. *siapa laa nak gf yang ganas.

19 ) Tak mengada-ngada mengenai hal yang remah-temeh.

20 ) Boleh berkomunikasi dengan baik dengan keluarga pihak lelaki. 

21 ) Sentiasa ada dengan dia tak kira saat dia gembira or tengah sedih.

22 ) Pandai masak, lagi-lagi pandai masak makanan kesukaan bf dia.
*nak menambat hati lelaki bermula dengan menambat hati keluarga dulu.

23 ) Tak pakai pakaian yang sexy. *bukan ke lelaki suka tengok perempuan sexy ?

24 ) Jangan jadi queen control ! *tapi ada sesetengah lelaki suka gf dia control dia kot.

25 ) Tak mudah marah dan tak menjadikan alasan 'period' untuk melepaskan kemarahan.

26 ) Tak bangun lambat. *erm bukan semua orang memang suka bangun lambat ke? hihi.

27 ) Pandai sesuaikan diri dalam apa-apa situasi macam dengan family or kawan-kawan dia.

28 ) Tak kedekut waktu spend time sama-sama tak kira la time makan ke tengok wayang ke.



29 ) Pandai berfesyen. Kadang-kadang perempuan suka main bantai saja apa yang dia nak pakai.

30 ) Tak meninggikan suara or menengking time bercakap dengan bf walaupun time tu tengah gaduh.

31 ) Cepat detect samada bf dia tengah marah or takda mood. Lagi bagus kalau gurl tu pandai menenangkan hati bf dia. *kena belajar ilmu memujuk lepas nie.


32 ) Pandai jaga badan. Tak payah slim sangat, cukuplah sekadar sedap mata memandang. *oohh kalau dah gemok kena reject la eh? haa.

33 ) Ada minat ataupun hobi yang sama. Contohnya, sama-sama minat DSLR ke sama-sama minat bola sepak ke.

34 ) Pandai jaga sahsiah. The important things is gurl tu tak mengada-ngada or gedik tak bertempat. EUUWWW!! *sesekali nak manja gedik-gedik tak apa kan ? hee.



Orang atas nie tak sabar nak berbuka puasa. 
Makan gelojoh kejap lagi. Bye semua..



2 comments:

Elie Lily said...

Elie ketawa besar, tapi sopan santun jugak. Agak2 boleh masuk tak dalam syarat kat atas? Haha

p/s: Dasyat benau gambar niena bukak puasa tu, hehehhe

Amanina said...

Hahaha.. sama la kita elie. Boleh je masuk dalam syarat2 tu :)

Hehe..itu gmbar gelojoh msa kt Langkawi la Elie

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com