4 Dec 2012

Filem Review Lagenda Budak Setan 2 : Katerina


Mungkin ini movie last yang ditonton pada tahun ini dan sebelum kami bertolak ke Langkawi pada keesokkan paginya. Jadi aku dan Wawa buat keputusan nak tengok movie nie di GSC, Ipoh Parade memandangkan kami baru saja sampai dari Penang naik moto beb! Balik rumah sat amek laptop sebelum rempit balik ke Ipoh. Balik hari memang penat. Jadi nak lepaskan penat lelah tu wajib dulu tengok wayang. Memang ohsem bila movie nie pun shooting kat Langkawi jugak. Hehehe. 



Lagenda Budak Setan 2 sangat menyentuh jiwa dan melodrama yang "menghiburkan" membuatkan aku rasa kesian kat Kasyah dengan nasib malang yang menimpa-nimpa. Oke takda babak nangis dalam wayang tau. Walaupun tak sempat baca novel LBS2 tapi filemnya dah membuktikan. 





Filem ini penuh tragedi, Kasyah yang baru kematian isterinya berhadapan dengan "jatuh-bangun" permainan cintanya. Kerana tuntutan kerja dan 1 tiket ke Bhutan, Kasyah menerima cinta Katerina. Percintaan mereka ditolak ibu bapa Kat kerana perbezaan darjat. Tak cukup tragis dalam bercinta, Kasyah dipaksa menghantar dadah oleh abangnya iaitu Iskandar, hingga hampir ditangkap polis. 



Tak berapa suka babak dimana Lara Nordin diupah untuk menggoda Kasyah dipejabat kerana gelap mata dengan wang RM 500k yang diberi oleh bapa Kat kepadanya. Kat pula terus mempercayai kata-kata bapanya selepas melihat video Kasyah bersama Lara dan Kat tidak periksa kesahihan hal sebenarnya kepada Kasyah. 







Akhirnya, Kat mengambil keputusan bodoh untuk menerima lamaran Hisham yang sudah terbukti panas baran, psiko dan seorang gay. Selepas mendapat tahu Kasyah tak bersalah barulah Kat failkan penceraiannya dengan Hisham. Time nie bertumbuk di depan pintu masuk hospital. Ketika itu anak Kasyah iaitu Athirah diserang demam panas. Selepas itu, Hisham dimasukkan ke hospital mental.



Sedih bila tengok babak terakhir bila Kasyah kehilangan anak kesayangan dan abangnya juga meninggalkan anak tiada status kepada Kasyah. Semua tragedi ini datang secara bertimpa-timpa hingga menyesakkan dada orang yang menontonnya.  






Paling suka bila tengok Kasyah dengan Kat romantik di Bhutan. Ohhh.. Bhutan sangat cantik! Terasa nak melancong ke sana suatu hari nanti. Hihi.. Nantikan sambungan Lagenda Budak Setan 3!


No comments:

Post a Comment

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com