24 March 2012

Gemok..Gemok..Boncit..Oh Nooooo


Dengan mata yang masih lagi stim aku terus bangun terus aku update entry pagi tadi.  Orang2 tua cakap tak baik tidoq petang2 ni takut nanti ada masalah mental dan lain2 lagi. Lagipun kalau aku terlebih tidoq bila bangun aku tanya macam2 soalan kat roomates, tak pasai2 kena marah. Okokokok aku dah start merepek beberapa baris.




Sebenarnya aku nak update pasal pagi tadi plan nak jogging menjadi jugak. Maklum lah member2 yang lain liat bangun pagi. Haha. Bila dah rasa badan tu makin gemok mula lah panik nak pegi jogging walaupun aku tak gemok mana. Tak kisah la sebab sejak menjadi rakyat Ipoh ni sekali pun aku tak pernah jogging kat Padang Polo tuhh.. kat sini memang banyak orang jogging pagi2 dengan petang. Pagi tadi aku race dengan apek veteren jadi aku kalah sebab semput. Dia pun senyum kat aku sebab aku lambat, aku pun senyum balik. Senyum itu kan sedekah. Lega aku dapat tawaf 1 padang yang agak besar sambil tengok makcik2 aerobik.



Panaskan badan dulu murid2. Korang boleh ke buat macam ni.
Alooolooo sweetnya


Aku tak gemok lagi kan kan? Timbang berat tak naik pun, naik sikit je. Still maintain tau. Aku suka dengan badan sekarang sebab makan banyak tidoq banyak pun badan tak mendadak naik. Naik se-selownya. Gemok tak lah sangat tapi sekali makan tak payah cakap. Ish..payah bebenor nak kempiskan perut kalau dah lemak tepu berkumpul lama. Rasa rimas Betul lah asyik nak kena jaga badan ni. Kalau tak jaga lagilah payah. Apa2 pun terpaksa jaga jugak sebab perempuan. Fikir2 balik penatnya jadi perempuan ni banyak nak kena jaga, jaga, and jaga. Say No to Gemok.



 Kalau dah dapat duduk bersimpuh macam ni memang confirm lemak terkeluaq sikit

Minum soya dapat putihkan kulit.. Yeayy

Macam iklan fasha sandha dalam drama apa entah


Tak kisah la gemok ke boncit ke janji hati gembira. Aku tabik dengan gadis2 ayu yang jogging pagi tadi. Bukan senang nak tengok orang perempuan jogging. Bak kata pepatah gadis lagi nampak sexy bila jogging dengan muka berpeluh2. Haha. Itu tanda dia sihat, dia rajin bangun pagi, dia rajin jaga badan, berapa banyak rajin daaaa..
Badan kurus sangat pun tak elok. Aku gemok pun hati senang, tak banyak masalah. Masalah tolak tepi ja. Makan tarik depan muka ok !



Sesi photoshoot bermula.. Bajet muka letih baq ang !



Sapa lagi kurus
Berehat sebentar

Padang Polo, Ipoh

Kanak-kanak ribena sudah penat


I Love You Malaysia ! Malaysia so hot.
Lebih panas daripada biasa. Rajin2 lah dengar Hot Fm.
Mood makan malam dah datang, hehe :) 


p/s: Semalam buat kaji selidik pasal gemok kat Z. Fariz, dia tak kisah kalau aku gemok sebab aku nak sedut lemak dia. Sebab dia pun dah chubby ! Credit to budak selipar hijau sebab snap gambaq kami.


19 March 2012

Tragis Sungguh Hidup Aku





17 Mac 2012, hari aku terlampau geram dengan bf sendiri, hari paling tragis bila laptop aku nazak, bila dia janji mahu repair laptop tapi tertido mengalahkan bayi, bila fonnya mati tanpa dapat aku col atau mesej, bila aku terpaksa mencari rumahnya tanpa tahu alamatnya, hari genap 9 bulan. Aku dah tak peduli lagi dengan diri janji aku dapat jumpa dia dan laptop aku direpair. Kisahnya bermula bila bf pergi ambil aku di Ipoh masa cuti raya cina aritu & kami balik dengan sepupu dia yang tunggu di Sg. Perak. Dalam perjalanan balik kami berlagak kononnya kawan, hantar sepupu dia di Nibong Tebal baru hantar aku kat Butterworth. Bila sampai rumah sepupu dia tu memang aku tak tau nak sorok muka kat mana bila pakcik dengan budak comel tu tengok aku dan sampai aku ter-add sepupu dia kat fb, lepas tu mula komen mengomen.


Okay sambung apa yang aku nak update, bila sampai depan taman rumah dia which is Taman Bukit Panchor, aku cuma ingat rumah sepupu dia yang ada pondok. Penat berjalan dari bus stop siap kena kacau dengan apek akhirnya jumpa jugak rumah tu then bagi salam. Aku terpaksa beranikan diri. Sekali keluar pakcik yang aku nampak aritu, memang confirm dia pak teh bf aku. Lepas tu dia keluar dan tanya


Pakcik : "Cik nak cari siapa?"
Aku : Erkk nak cari Mohd Aidil, dia ada tak?
Pakcik : Dia tak ada, pukul 3 jap lagi baru balik.
Aku : Boleh tak saya nak mintak no Aidil?
Pakcik : 017..........
Aku : Ok, terima kasih pakcik.


Kami pun jalan dengan gaya orang lari rumah, galas beg laptop nak pi tunggu si Aidil sampai dia balik kat taman perumahan tu. Hanya Aidil saja dapat tolong aku. Sampai separuh jalan, kami dengar pakcik tu panggil. Ahh..kecut perut time tu. Rupanya pakcik tu panggil kami singgah kat rumah sementara tunggu Aidil balik. Nasib baik mama Aidil ni peramah dan tak sangka budak tu dah tersenyum tengok aku. Memang kuat betul ingatan budak ni. Mesti dia ingat aku la kakak yang datang hantar abang dia. Aku pun layan budak tu main sambil sembang2, mama Aidil dok tanya aku macam2 soalan sampai aku hampir terkantoi. Dalam kepala aku ni tak sudah2 marah bf sebab aku dah sampai rumah sepupu dia tapi dia still tido lagi. Dalam berapa minit si Aidil balik dengan muka tak percaya aku ada kat rumah dia walhal kami memang rancang nak lepak sama2 haritu. Tunggu punya tunggu aku nampak kereta satria neo depan rumah. Ahh..aku nampak mama bf keluar kereta, bila tengok dia aku takot pulak kena marah sebab datang tak bagi tau. Okay aku still berlagak macam kawan, salam, sembang kejap dengan mama dia hingga mama dia masuk dalam rumah baru aku berani cakap itupun ada budak comel, Aidil dengan Tinie, kawan aku. Sekali kena sound dengan Zainul Fariz


Lain kali awak jangan buat macam ni lagi, saya boleh dapat sakit jantung lagi pun bahaya anak dara naik bas..bla...bla..bla.


*
*

Kami berempat lepak Mcd Sunway sambil repair laptop
Sebelum balik tu aku terkejut kejap sebab mama Aidil cium pipi.
Aku tak sangka kawan baik boleh masuk dengan mamat 2 orang tu
Walaupun baru jumpa tak sampai berapa jam tapi dah mesra
Okay cerita aku betul2 dah panjang macam essay.

*
*

Ini Tinie atau nama manja Bunny
Kami kawan baik dah dekat 7 tahun
Tengs sayang sanggup teman aku, sama2 naik bas rapid tu.



*
*

Aidil & Aiman
(bila agaknya aku dapat main2 lagi dengan budak tu T_T)
Aku nampak saja ganas tapi dalam hati ada jiwa seorang perempuan
Ceh ayat tak boleh blah. Haha

Mohd Aidil Azhar


11 March 2012

Boleh Ke Lelaki & Perempuan Berkawan?






Bila belek2 balik folder gambar kat lappy, tengok gambar masa belajar kat Kedah dulu. Teringat kawan2 lama. Ada yang still contact sampai sekarang ada yang hilang entah ke mana tapi aku lagi banyak berkawan dengan lelaki dari perempuan. No wonder bekas pakwe dulu asyik berangin saja sebab aku kawan baik dengan budak laki. Tak salah nak berkawan tapi bila berkawan baik, mesti orang fikir ada sesuatu di antara mereka, kan kan? 


"Takkan lah diorang tak ada pape, rapat semacam je aku tengok"

"Diorang ni mesti pakwe makwe, pastu nak cover bajet bestfren. Puiii"



Ayat2 di atas adalah reaksi spontan masyarakat melayu kita. Maklumlah, mudah sangat fikir bukan2. Orang selalu fikir yang lelaki tak boleh kawan baik dengan perempuan disebabkan jantina. Sesetengah orang kata, susah untuk perempuan berkawan baik dengan lelaki sebab diorang ni mudah jatuh cinta. Lelaki pulak ada yang jenis suka flirt, dengan mana2 perempuan pon dia manis berkata-kata. Padahal tu cuma biasa2 saja. 

Ada jugak kes, lelaki mudah perasan. Even dah ada makwe tapi bila dah selalu lepak dengan perempuan yang kawan baik maybe akan timbul perasaan suka ni. Bila asyik tengok seseorang tu, lama2 timbul pulak rasa tertarik. Hihi. Perempuan boleh kekalkan status 'just friends' saja, tak ada masalah tapi lelaki yang jadi kawannya mula perasan perempuan tu suka dia. Lagi cantik, lagi cepat perasan.

Aku & Fadli Nazri or Mat Rock kawan baik dah dekat setahun lebih. Dah ada awek nurse tapi gatal !


Jadi lelaki, jangan nak mulut manis sangat dengan semua orang. Lain la kalau orang tu kenal kau memang jenis camtu. Yang perempuan, jangan mudah jatuh hati. Aku tau, hati dan perasaan susah nak jaga. Cuba kenal, selidik dia dulu. Ini cuma nasihat sebab aku pernah terkena. Kami kawan baik sampai aku perasan mamat tu dah mula feeling sedangkan aku layan biasa saja. Asal aku kawan dengan sesorang tu mesti ada ja yang tak kena -.-'


9 March 2012

Kisah Di Pagi Hari Bersama Datok KFC






Sebenarnya kisah ni patutnya post pagi tadi tapi disebabkan hari ni ada paper jadi malam baru boleh story mory. Pagi tadi lepas bangun tido terus perut aku meragam mintak ke tandas. Niat nak baca buku tapi sampai masuk dewan exam aku dok buat muka control macho kononnya perut aku tak buat hal. Paling best aku jawab soalan dengan esei yang entah papa. Alahai ni semua gara-gara beli makan kat pasar malam. Terlebih makan pun susah, kurang makan pun susah tak makan jadi macam orang anorexsia (apa tu?).


Lepas habis exam terus perut aku tak buat perangai. Hahahampeh betoi. Balik rumah ja terus perut meragam mintak makan pulak, nasib baik classmate aku pun lapaq jugak so kami bertiga melayangkan duit di KFC, oh sungguh indah bila terlebih makan, terlebih gelak. Kalau keluar dengan pakwe confirm control ayu ja. Opss sori ye cik Pika and cik Shera.


Tadaaaaa...bayangkan 3 orang makan banyak macam ni. OMG ! sekelip mata boleh licin, makan kalah ikan pirana.


Aku yakin seratus pelatus yang ni aku punya rangka ayam. Sungguh tak ku duga tak ku sangka badan kurus makan banyak tapi still maintain tau. 


Ok aku terpaksa akur sebab aku tak boleh challenge minah ni makan ayam. Perut aku tak cukup space.


Kalau nak makan kena enterframe sikit. Aku pulak yang tergelak2 tengok dia makan.


Aku panggil dia macam2 nama tapi nama mesti la sweet macam orangnya. Harini dia jadi pramugari sebab satu gambar tu kononnya macam pramugari MAS.


 Cik pika memang kuat menjelir lidah tapi aku suka setail dia. siapa dok copy tu memang dia angin. 
Tolong jangan tiru setail dia.




Aku suka menghabiskan masa dengan mereka, mereka, mereka. eh berapa banyak mereka daaa. Lagi pun hari ni jelah nak lepak sama2 pun. esok dah cuti selama seminggu. Gua mesti kangan sama kamu, kamu. Kalau melepak mesti lah tak ingat dunia, entah berapa orang tengok kami dengan muka pelik tadi. ahh lantak la diorang tak tau kami ni gumbira sebab azab dah nak habis elok sangat otak masing2 pun dah mereng. 

Dear Shafiqah Ahmad & Shahirah Johari, esok drive elokelok tau. takmau racerace. Kami sayang hampa tau. Bila lah aku boleh balik sekali dengan pramugari tu -.-' Ok lah nak gi sambung setudy dulu. Mentang2 lah esok paper last aku lagi malas. Gudnite :)


2 March 2012

Midterm Exam Datang Lagi




 Programming in Visual Basic (VB)
Data Communication Concept (IDC)
Tamadun Islam (TI)
Communication in An IT Environment (CITE)


 Hye lamanya tak post entri pasal exam.
Pejam celik pejam celik dah nak masuk minggu midterm exam.
Cepat betul masa berjalan, memang tak sangka
Isnin ini aku nak berperang dengan soalan selama 5 hari.
 Subjek boleh tahan susah pulak tu. Huh, takot lah.
 Nasib baik antara 6 subjek 4 sahaja yang ada exam.


Lepas tu cuti seminggu..habis je paper terus balik.
Rindu nak makan masakan mak. 
Harap2 boleh jawab, Aminn..
Gudluck to all my friends, abg2 senior, adik2 junior :)

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com