29 April 2012

Bercinta Itu Best Tapi Study Lagi Penting






Selamat pagi semua, lama tak update entry. Bila dah dekat nak habis sem banyak projek kena settle. Tak tau nak cakap macam mana tapi memang tak cukup tido dalam bulan ni. Tak sabar nak habiskan sem dan harap2 pointer aku meningkat sikit pun jadilah. Sekarang dalam proses nak habiskan 2 presentation dan final exam. Ouhhh syoknya, ku rasakan dunia ni gua yang punya. Haha.



Bila teringat kisah aku menuntut ilmu sejak tadika sampai sekarang, aku lebih banyak main dari belajar. Dulu aku sangka aku takda masa depan, tak boleh nak masuk IPT sebab nampak macam bodobodo. Sebab aku sedih bila result UPSR aku teruk, tak ada A. Bila impian aku nak masuk sekolah asrama penuh tak tercapai. Begitu la cerita aku dizaman sekolah rendah. Okok stop sampai situ, sambung kisah sekolah menengah pulak, masa form 1 aku mula tungkus-lumus sampai PMR, aku dapat masuk skola teknik Taiping tapi aku tolak, aku seronok dengan skola perempuan. Bukan bermakna aku les, cuma aku suka ayah hantar gi skolah. 


Aku terlalu rindukan zaman sekolah! macam2 benda boleh buat :(


Sekarang zaman dah berubah, baru form 1 dah ada boyfren. Aku dulu siap kena cop takda feel dengan lelaki. Kawan2 nak kenalkan dengan geng budak skolah lelaki tapi aku tak minat nak menjalinkan cinta monyet. Lepas SPM, dapat tawaran masuk Politeknik Ungku Omar, Ipoh tapi time tu aku dah study kat Kedah. Fikir2 balik masuk poli dapat course yang aku tak minat. Study IT memang best tapi disebabkan cinta aku terpaksa berhenti. Sayang seribu kali sayang, bekas bf aku terlalu gila sampaikan dah putus tapi still lagi ekori aku kalau gi mana2. Kisah 4 tahun lepas aku jadikan pengajaran. Last2 dapat study kat Ipoh jugak, tiap2 hari aku tengok politeknik tu T____T


Sistem oles ni macam tak betul je. Maybe visual basic lg senang dr C++


But now, aku dah sem 4. Cepatnya masa berlalu. Dari sem 1 bercinta sampai putus, Alhamdulillah result aku maintain 3 above. Tak bermakna putus cinta pelajaran pun merosot, putus cinta sampai nak bunuh diri, putus cinta jadi macam orang gila meroyan dan apa lagi lah. Aku dah merantau 2 negeri, dah kutip macam2 pengalaman supaya diri lebih matang.


Perjalanan hidup aku masih panjang, lupakan kisah2 tak penting. Biar mimpi sampai ke bintang. Itu la asyik layan lagu Asmidar sangat. Bajet serupa kaki jiwang. Tanpa pelajaran tak kemana.


19 April 2012

Celebrate Bufday Gegurl Hanie !



Nak ucapkan selamat ketiduran semua. Boleh tak? eh malam masih muda, apa kelas tidur awal kan kan. Esok cuti untuk negeri Perak sebab hari lahir Sultan Perak. Boleh bangun lambat. Entry ni pun pasal hari beranak jugak. Aku paling seronok sebab boleh menternak lemak, tambah lemak. Lemak berkrim disukai ramai. Siapa tak nak makan kek. Rugi kalau tak makan. Okokoko aku dah start merepek ni.






Petang tadi, aku dengan cik pika buat surprise untuk si bufday girl ni. Kami berdua plan dari malam sebelum hari kejadian, siap order kek dalam fon and bla bla bla. On time aku tengok plan makin menjadi bila minah ni ikut kami pegi Oldtown White Coffee kononnya nak minum2 walhal baru balik dari pasar malam. Jahat bukan sebarang jahat, kalau tak jahat tak ada lah bufday girl ni terkejut tengok kek comel siap ada bunga2.



Tadaaaaaa.. comelkan? dibeli dengan kasih sayang. Walaupun kek kecik dan comel tapi ikhlas untuk si bufday girl. Baguskan dapat kawan macam kami. Puji diri sendiri sebab takda siapa nak puji. Tengok lah gambar2 sweet kami. Seronok tengok riak muka bufday girl yang terkejut tu. Hehe.. 





Teringat time duduk asrama dulu, ramai2 sambut bufday aku. Sanggup kongsi duit belikan hadiah dan beli kek senyap2. Susah nak lupa kalau orang baik dengan kita. Sampai bila2 pun akan aku ingat budi baik orang.


Ok la sampai sini.. mesti orang malas nak baca kan kan. Aku faham, tak marah pun kalau tak nak baca. Untuk tontonan umum. Hehe. Perut pun dah kenyang masa untuk buat peta. Pesan pada diri, bila makan sedap2 tu sampai kenyang macam ikan buntal ingat la orang yang susah, tak dapat makan. Bersyukur dengan segala nikmat. 


16 April 2012

This Mamat Jiwang Karat





Good afternoon cikgu ! lagi setengah jam nak tengahari. Seronokkan kalau ponteng kelas, seronokkan kalau tak pegi 4 kelas, seronokkan kalau dapat surat cinta dari lecturer, seronokkan kalau surat cinta tu sampai rumah, seronokkan kalau kena berleter panjang lebar kalah ucapan guru besaq, aku sangat seronok harini sebab aku sakit tekak sampai susah nak makan dengan mulut agak pecah sikit. Fuh pedih. Lagi lagi lagi seronok bila duit keluar macam air paip eh air sungai. Klinik panggil mari tapi aku still atas katil menghadap lappy.


Aku dah letih sakit2 ni. Final exam pun lagi berapa minggu. Ok ni bukan entri pasal aku sakit tapi entri macam sebelum tu. Macam mamat omputih tu. Tak habis2 pasal muka buku. Sesungguhnya aku dah borink dengan FB. Time aku sakit, time aku takda mood macam2 ragam manusia datang menganggu macam langau. Kalau tak tau langau tu apa masuk sekolah balik. Bak kata musuh jangan dicari tapi musuh datang mencari aku. Apa kes bro?




Dia memang nak kenal2 tapi aku bukan jenis kenal2 macam tu ye cik abang. Kalau nak kenal2 ambik lah no fon dia. Siap mention SINGLE lagi okey. Cepat jangan lepaskan peluang menjadi awek lelaki Kangar ni. Orang tua2 cakap kalau tak jawab salam berdosa. Please jangan gunakan agama untuk mengorat PEREMPUAN. 




Punya la tak jemu2 mintak no fon aku walaupun aku tak layan. Tabik hormat baq hang sebab tak putus asa. Last sekali dia meluahkan perasaannya kat aku. Sumpah lawak gila kau tau mamat. Sori la aku ni jahat sebab block hang. Aku terpaksa menolak cintamu bukan tak sudi tapi aku tak kenal. Sememangnya aku kejam tapi dalam facebook saja kat luar aku baik. 



Ok cerita mamat jiwang sampai disini saja. Tapi ada lagi sorang mamat paling gila aku pernah jumpa. Haha. Jangan terkejut, menjerit tak apa. Mesti dah banyak gadis2 gilos approve mamat ni. Cilaka punya olang. Dok ajak main-main. Pi main sendirilah!




Sudah tu sudah. Aku minat dengar lirik lagu Nirwana band. Aku dah malas nak buat entry macam ni lagi sebab menambahkan dosa. Dah tengahari tapi aku tak makan, nak makan macam mana? mulut aku sakit T____T . Petang jap lagi baru pegi klinik. Rasa nak menangis dalam pelukan mak sekarang ni. Dah lama aku tak balik rumah, rasanya dah 3 minggu. Ok lah nak pi merengek2 dengan mak dalam fon pun jadi la.


7 April 2012

Verleden en' heden




Disebabkan aku still lagi dalam mood shooting jadi aku terus meng-hupdate story terhot masa kini. Tak tercakap dengan kata2 aku terlampau penat tahap labi2 dah ni. Tapi demi peminat aku on9 kan jugak blog ni. Memang syiok kalau shooting short filem, macam2 perangai, kerenah pelakon. Bila buat filem ni terasa pulak macam bakal camerawoman yang boleh ganti pengarah Rosyam Nor. Cik nina mula lah nak perasan tu. Bila lagi aku nak perasan kalau bukan sekarang en.



Bila dah jadi student ni mesti kena berkorban apa saja, harta ataupun nyawa eh bukan tapi duit terbang melayang. Tengs abang2 cameraman sebab tolong adik2 junior ni. Aku pun join sekali. Memang best sesangat. Bila shooting boleh makan angin banyak2. Korang jangan jeles tau. Jeles sikit takpe. Takmo banyak2. Itu lah bonus ikut aku boleh lepak makan angin. Hehe. 



Kesian adik ni kena bangun pagi sebab nak shooting



Dah macam ikan duyung terdampar di Lubuk Timah je.



Ini la dikatakan sambil menyelam minum air. Air sungai tak sedap, rasa tawar je.



Mandi bersama Tarzan ! aku bukan Jane ok :)




Dah penat mandi tuh, kami boleh dok layan kera liar. Tiba2 jadi manusia yang baik hati bagi kera tu makanan. Tak payah susah beratur masuk zoo. Lepas tu apa lagi kami pusing2 tambah angin dalam perut ni. Kononnya pi melawat kawasan, bajet macam ketua kampung. Sekali sekala masuk kampung. 



Macam konvoi.. eh memang




Hahaha, boleh tak aku nak gelak lama2 sikit ? boleh la boleh la. Entah sebab apa aku suka bila tengok gambar ni. Is bawak awek naik moto ronda kampung. Ini bukan kontroversi hangit tapi ini kenyataan yang mereka pasangan comey. Atotot so sweet gigi tu.




Okokok aku sedar aku suka mengarut dalam blog. Kalau sudi baca tu terima kasih sangat2 tau. Sayang ketat2. Nak tahu tak apa maksud tajuk ni ? cuba translate dalam bahasa Dutch confirm dapat ! lagi satu surprise tapi jangan tarik muka tapi sengih sampai ke telinga kalau tengok. Jeng jeng jeng...



Dah ready nak main upih pinang



Jangan tiru aksi ini, aku ringan ja sebab tu tak jalan2. Haha




Seronok main upih pinang. Aku punya la susah nak dapat upih ni sampai kena curi segala bagai. Nasib baik makcik tu tak tangkap. Kalau tak aku la orang pertama kena tuduhan mencuri upih pinang. Budak2 sekarang tak pernah main kan ? aku dah soal siasat budak2 ni diorang pun baru first time main. Ingat senang nak tarik budak2 ni, berat sekilogram setiap sorang.





Pandang dan tatap mataku confirm nampak jerawat PINK tu. Ku sedar ku tak seberapa cantik macam orang lain. Janji muka tak mintak orang pelempang kan kan. Janji sweet itu ada. 




Hari ke 2



Dari awal pagi, kami dah ready dengan pelakon. Shooting di Jusco Kinta City, Ipoh. Dah la orang ramai masa tu, nasib baik tauke restoran tu baik hati benarkan kami shoot. Kalau tak mesti susahkan nak habiskan scene terakhir. Jom layan.



Peace from us. Hehe



Makanan kat sini boleh tahan sedap jugak.



I'm waiting for my dessert.



Sedappp ohhh.



Nama dia Abe Is.. Hehe.



Ayu sedang makeupkan heroin.. wehoo.



Gudnite guys.



5 April 2012

I Cannot Speaking London






Hi, just call me ninot okay. Nickname budak fb bagi kat aku. Teringin nak speaking tapi siapa nak speaking dengan aku ni. Aku peminat lagu ingelish tapi aku tak pandai sangat speaking. Kalau cakap pun tergeliat lidah ni. Biasa lah orang kampung mana tau cakap omputih. Last2 time aku tengah lali layan lagu indon, Singkong dan Keju tiba2 ada sorang mamat nie IM. Kononnya nak berkenalan tapi ajak aku speaking dia pun BI tungggang terbalik. Haha. 


Nak tak nak aku layan dia. Baik jugak aku ni nak jugak layan orang yang tak kenal. Bajet cakap ingelish ja, aku pun hentam la bi. Jom tengok siapa teror lagi. Kita orang melayu cakap jelah melayu, kan kan. Memang best lah baca balik mesej mamat ni sebelum aku BLOCK dia. Dulu tak mau pi sekolah sebab tu jadi macam ni. Bibik sebelah rumah aku pun pandai cakap bi tau.



Bahasa rojak dia datang dah. Nampak tak dia ajak aku mengarut macam dia. Laju gila tanya soalan macam2 dekat aku. Boleh patah jari2 aku ni. Tanya la satu persatu. Hadoii. Mengong punya mamat -.-'




Kalau siapa yang rajin baca tu. Terima kasih daun keladi. Asal daun keladi? banyak lagi nama daun. Ahh lantak la. Lain kali cakap dalam bahasa melayuuuuu sama2 faham. Dah macam gaya itik bercakap dengan ayam. Sayonara mamat senget ! lepas ni hang tak boleh add aku lagi. Kejam tak aku? tapi tak sekejam Hitler.


 Aku pemalu orangnya tapi kalau dah kenal macam2 hal aku ni.
Jangan segan2 nak tegur, aku tak sombong. peramah okokoko.
Ingat ye ibu2, bapak2 budi bahasa itu budaya kita. 
Senyum selalu sampai nampak gusi, awet muda terus.


p/s: I love talking to you because I am addicted to your love.

 

2 April 2012

Cinta Platonik


Siapa tengok Nona mesti tahu kan pasal cinta platonik. Kalau tak sempat tengok tu tengok la kat tonton. Rugi kalau tak tengok sebab baru first time aku dengar perkataan tu. Apa benda cinta tu ? aku pun susah nak explain tapi aku mengakui adanya cinta seperti ini tetapi bukan lah cinta sampai nak couple. Cinta jenis macam ni bukannya apa, lebih kepada kawan tapi mesra. Kebelakangan ni pulak aku selalu rindu kawan2 lama. Rasanya dah 2 setengah tahun tak jumpa. Memang aku rindu meleleh. Aku kawan baik dengan budak ni, Wan Azim tapi kami lebih suka panggil baby, entah la mana dapat nama tu. Kami kawan baik time sama2 study kat Kedah dulu. Jangan salah sangka kami tak pernah ada perasaan cinta, perasaan macam ni ada lah..

*
*
*



Dulu aku pergi mana2 pun dengan dia, lepak ramai2 sampai bekas ex aku naik angin. Kawan sampai bila2 ok baby. Aku tak sanggup hilang orang yang banyak tolong aku time susah dulu. Okokok tak mau jiwang2 malam ni. Susah nak lupa aktiviti aku suka buat kalau cuti hujung minggu.


Jaga2 aku ada dengan crocodile hunter @ Batu Hampar, Yan, Kedah


Tadaa.. kami suka mandi air terjun dengan cinta platonik. Hehe
Air Terjun paling cantik kat malaysia kot, sampai nampak kaki.


 Nampak tak aku tidoq dengan siapa? Tidoq sambil senyum. Syok sendiri lah tu.
Selamat malam, bubye.. Terima kasih membaca blog ini wahai rakan di alam maya. 
I love uollssss.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com