31 May 2012

Hati Perempuan Selembut Teddy Bear


Perempuan ada bermacam2 jenis dan ragam tapi bukan semua menyusahkan kaum lelaki. Sekeras-keras pun hati mereka tetap lembut. Betul ke wanita nie kuat emosi dan sensitif?

Yes? No? Maybe?

Perempuan kalau merajuk, jenuh nak melayannye wehh.. Sensitif bukan main dasyat lagi. Kalau masalah gigi sensitif, boleh diatasi dengan Sensodyne kann. Kalau perempuan sensitif, takkan kau nak sapu ubat gigi tu kat muka diorang? Memang bengong kalau ada orang buat macam tu. 



Bila dah balik cuti mesti tiap2 hari gadoh dengan ayah, tadi gadoh berebut cucur udang -.-'
Ulang lagi sekali, aku memang kuat gadoh dengan Encik Ahmad. Gadoh2 manja



Tapi kalau ada lelaki merajuk mengalahkan perempuan kena PMS macam mana pulak? Nak pujuk ke nak sepak? Haha, dulu aku ada kawan lelaki macam tu, sekarang alhamdulillah dia tidak lagi berkawan kerana sedar dia tu lembut.

Aku sebenarnya tak suka dengan sifat sesetengah lelaki yang berkasar dengan perempuan. Lelaki jenis macam nie memang suka memaki hamun dan mengeluarkan kata-kata kesat kat perempuan. Lagi hampeh kalau lelaki tu jenis yang menggunakan sepak terajang. Dayuss! Lelaki jenis macam tu memang kena lenyek dengan lori treler. 


------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Tahukah anda dari segi psikologi, wanita mempunyai sentuhan yang lebih mesra terhadap elemen2 yang berkaitan dengan emosi. Ia bukan kebetulan tetapi berikutan saiz "limbic system" yang lebih besar. "Limbic system" ialah salah satu struktur yang ada pada otak manusia. Struktur ini berfungsi dalam pelbagai operasi yang melibatkan emotional response, memory, behaviour, mengesan bau dan banyak lagi. Dah lama aku lupa subject sains.

Sebab itu kaum wanita mempunyai kelebihan dalam berinteraksi dan mengekspressikan perasaan. Kelebihan kaum wanita menjadikan mereka lebih sesuai dalam penjagaan anak dan mampu meluahkan serta memberi kasih sayang dengan lebih sempurna berbanding lelaki.

Setiap kelebihan ada kekurangan. Saiz limbic system yang besar menyebabkan mereka susah mengawal stress, lebih sensitif dan mudah emosi walaupun kita anggap perkara tu remeh. Jadi toleransi dari kaum lelaki amatlah diperlukan.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sebagai lelaki yang gentleman, haruslah kita ingat bahawa perempuan dicipta dari tulang rusuk lelaki dan tulang rusuk itu bengkok. Jika diluruskan secara paksa, maka patahlah ia..



p/s: Aku sedar kadang2 kita tak boleh nak merajuk tak tentu pasal, kena matang. Merajuk lebih2 lelaki menyampah. Gedik kot

26 May 2012

Men In Black 3 : Sememangnya Best & Kelakar






Mari menonton wayang lagi! Yeayyy.. tengok wayang. Sudah tengokkah MIB 1 & 2? Hahaa.. Bukan sekadar lelaki hitam saja tapi memang ada macam2 makhluk lagi dalam movie nie. Sesiapa yang tak tahan nak tengok benda geli geleman DILARANG tengok. Takut termuntah dalam wayang. Kang kesian cleaner tu. Herher. Oke, kali nie turn aku pulak belanja dia tengok wayang di Pacific. Tak rugi habiskan RM 20 sebab sure movie nie lawak giler. 





Rasanya MIB part 3 nie paling best dan lebih best. Mengisahkan Ejen J kali ini dikejutkan apabila mengetahui bahawa Ejen K sebenarnya menyimpan suatu rahsia dari masa lampau iaitu 40 tahun yang lalu. Menariknya, rahsia tulah yang menjawab kenapa Ejen K sangat serius dan tak beremosi. Selepas 40 tahun, nyawa Ejen K dalam bahaya dan cara menyelesaikan ialah Ejen J perlu kembali ke 40 tahun yang lalu bagi mengubah situasi. Menariknya, Ejen K sepatutnya mati 40 tahun yang lalu.. teruja tak?? Jom layan Men in Black 3 di pawagam.. hehe 









MIB bukan la cerita lelaki bersut hitam yang menjaga bumi dari makhluk asing but they do it in a funny way. Yang bestnya MIB 3 dimasukkan unsur time-travel dengan mesin macam basikal je. Haha. Will Smith dan mimik mukanya meman seronok untuk ditonton. Watak dia dah melekat dalam MIB dan tak boleh diganti dengan orang lain. Selain scene Pengerusi MIB baru, Ejen O atau Oh. Sangat teruja dengan scene Griffin, makhluk yang boleh ramal masa depan berhenti follow Ejen J dan K sebab katanya, apa saja yang jadi lepas ini, akan jadi sangat touching hingga dia tak sanggup tengok. 








Don't worry dalam MIB tetap ada gadis2 jelita termasuk Nicole Scherzinger. Sangat seksi oke menyelamatkan boyfriend dia dalam jail tapi geli aku tengok muka dia. Eeeuwwww.... Ada part binatang dalam kek Nicole masuk dalam tapak tangan si jahat tu. Scene di restoran yang boleh kita tengok banyak alien dengan muka hodoh! Hahaa. Well MIB memang kelakar tapi bukan lawak bodoh. Rasanya trademark MIB mereka lebih suka gaduh dengan bijak. 





Kesudahannya kena la tengok sendiri. Haha. Kesian Nicole mati akhirnya. Cehhh. Itulah jahat lagi bunuh pegawai kat jail tu. Nasib baik ada orang belanja makan lepas habis wayang. Letih ketawa banyak sangat macam tulah. Asyik lapar tapi makan tak habis sebab tengok muka2 Alien. Lastly, teman dia pi beli kasut futsal kat Al-Ikhsan, Sunway Carnival ^^



Putera Froggie dengan Putera Fishie ! Haha


23 May 2012

Nak Abang 1!





Aku kalau boleh nak sorang Abang
Aku kalau boleh nak panjat pokok dengan Abang
Aku kalau boleh nak kongsi semua benda dengan Abang
Tapi aku takda Abang.



Bunyi tajuk macam abang tu boleh order kat mana2. Realitinya aku takda adik-beradik, itu dah takdir jadi kena terima. Tak kisah la janji aku ada abang paling tua memerangkap ayah. Kalau balik cuti sem kami memang suka bergadoh berebut makanan kat rumah. Kalau takda 'abang' nie aku pun takkan ada kat dunia nie. I Love You Abang a.k.a Ayah.

Sayangi la phao, mae, phee, norng..tengok kat google translate eh :)


Hye saya anak Pak Mad..hensem kan? cepat2 la masuk meminang.


19 May 2012

Mantera : Robot Malaysia






Cuti kali ni amat bermakna. Susah nak cakap semuanya dalam sekelip mata. Macam mana nak ceritakan. Oke, ada kawan lelaki yang dah lama contact dalam fb tanpa jumpa. Sebelum aku balik cuti sem kali ni dia minta no fon. Kiranya ni 1st time kami keluar berdua tengok wayang. Terima kasih sebab belanja. Agak segan bila keluar dengan dia. Dah la terjumpa dengan kawan-kawan dia kat Sunway Carnival. Malunya asyik tengok muka. Tak sangka pulak pakai baju biru sedondon. Namanya Mohd Syammir dan dalam proses berkenalan. Jeng..jeng



Oke, back to story. Mantera ini filem pertama Tomok menjadi robot. Tengok robot Malaysia berlawan memang rasa nk pengsan. Haha. Kononnya Transformers versi Malaysia.



Mantera, sebenarnya nama robot or sistem senjata yang telah sibuat oleh syarikat Russia, Weston Tech. melalui Dr. Natasya, ketua saintis mereka dan akhirnya dia sedar Weston Tech didalangi oleh kumpulan penjahat, Dark Legions. Last2, Dr. Natasya meletupkan Mantera dan menghantar prototaip Mantera kepada seorang budak bernama Azman di Malaysia. On the other side, lawan Dark Legions ni ialah Alliance of Light, yang telah diamanahkan menjaga bumi sejak dulu lagi dan membangkitkan kuasa Mantera. 



Azman, seorang pelajar jurusan IT dan dirinya berasa tercabar oleh seorang perempuan, Deena, pelajar tahun akhir bidang Robotics. Sebelum itu, Azman telah menerima sebuah bungkusan dan di dalamnya terdapat logam dan besi. Dia memasang komponen logam dan secara tiba-tiba berubah bentuk menjadi sebuah topi keledar. 




Dengan bantuan topi keledar, Azman berjaya melihat imbasan pemasangan komponen logam itu dan akhirnya membentuk sebuah motosikal. Motosikal itu akan memberikan pergerakan tambahan kepada penunggangnya dan pada mode pejuang, motosikal itu akan bertukar dan bergabung dengan penunggangnya untuk membentuk pelindung badan 'exo-robotic'. Dah jadi robot Azman tu. Kalau nak tau macam mana Azman boleh dapat komponen tu kena lah tengok Mantera. Hehe.. 




Aku tak faham mamat atas nie cakap Russia. Buat-buat faham sudah la. Siap dengan baju bulu kambing dia tu. Lepas habis tengok wayang mesti perut lapar. Bapak sejuk dok dalam wayang tu. Naik beku jadi aku ajak dia drive thru McD beli burger, turn belanja dia pulak makan ayam McD ja. Lepas tu menjamu selera di pantai Bagan Ajam time senja. Makan sambil tengok laut siap angin sepoi-sepoi kena muka fuhh memang syok kalau tidoq. Itulah kesudahan aktiviti pertama balik cuti sem 4 nie. Tataa. 



17 May 2012

Aku Di Cop Senior Sombong






Tengah aku syok2 IM dengan Syammir, selang berapa minit ada budak junior im aku. Terus kena attack, tak sempat nak mengelak. Dia kata aku hot, tang mana hot tu pun aku tak tau tapi memang malam tu aku panas walaupun dah bukak kipas maybe sebab nak hujan kot. Sebab tu la aku malas on chat bukan sebab sombong tapi takut orang pelik2 hantar chat bukan2 macam dulu.





Diorang tak tahu, aku la senior paling sibuk sem nie nak rehat sambil gossip2 sori lah I takda masa. Nak makan pun tak sempat, kalau korang dah masuk sem 4 nanti baru nak ingat penyebab aku sombong kot. Nak tanya apa yang korang faham dengan istilah sombong ?? Dah banyak senior dengan junior cakap aku sombong. Memang betul kot. Maybe orang tengok dari muka..yes..muka aku memang nampak macam orang sombong, sebab aku jarang nak senyum macam kerang busuk kat orang yang tak kenal. Kalau sekali senyum sampai mata jadi sepet dah la gigi aku besaq2. Muka aku memang howdoh gila kalau terlebih senyum. Lain la kawan2 rapat, diorang dah tau stail aku senyum dan gelak. Aku akui bukan semua orang berani tegur tapi orang macam makcik2 saja yang berani tegur. 


Sebenarnya aku tak sombong macam orang lain fikir. Kalau dah lama kenal aku akan bertambah2 ramah kalau orang tu peramah. InsyaAllah sem depan last aku ada kat kolej, aku akan usaha membalas senyuman tu. Kalau dengan lelaki lain sikit, nanti terlebih peramah tak pasal2 awek dia datang serang aku walaupun tak pernah aku kena macam tu tapi kena berjaga2. Malu pulak kalau gadoh berebut jantan kan. Perempuan kalau ada pelajaran tak akan sesekali mencari masalah dengan orang. PEACE !


Abaikan muka aku tapi dinding belakang memang aku suka. Hehe


p/s: gambar tak ada kaitan ok..weee..kalau nak manis selalu, senyum tak kira masa, makan la lollypop :)
Dah 2 minggu aku buat haluan masing2..bahagianya, sapa pun tak sakit hati.


13 May 2012

KL 2 Hari 1 Malam


Rasa rasanya dah lama tak update blog, bukan setakat rasa saja tapi memang lama tak update blog buruk berkaler pink aku nie. Macam biasa aku suka peram cerita baru sampai basi baru nak update tapi harini aku nak update cerita baru. Kalau cerita nie boleh bau mesti wangi kan kan.. Herher



Ok lupakan pasal bau tu, sebenarnye berpunca bila kite dah terlalu taksub dengan lagu Najwa Latif, ala lagu 'Untuk Dia' dengan Sleeq tu. Sampaikan tengah update entry nie pun kite dengar lagu tu. Plan dari tahun lepas, aku asyik delay dengan kawan nak pegi makan angin kat Key ell. Dengan duit yang disepport oleh mak, dapat jugak barang yang aku idam tu. Terima kasih banyak2 kepada penaja transport, Bella & Tinie. Sayang hampa ketat2. Dari Ipoh sampai KL Sentral aku tak senang duduk asyik tengok pramugari ets yang comel2. Kalau ada abang aku dah tackle sorang.


Selamat tinggal.. papai

Ada ciri2 pramugari ets tak ? Perahsan -.-'


Penat tunggu ets lepas tu berhenti di setiap stesen, tengok tv cerita yang sama tapi hati mau manyak senang, hati mau bunga2, lagi seronok bila 2 hari lagi aku nak habis paper dan cuti sem. Lagi ber-double2 lah gembira aku. Boleh seronok2 goyang kaki kat rumah jadi tuan puteri boleh menternak lemak. Lagi bertambah2 tahap kemalasan aku berbanding kerajinan. Ayat tak boleh blah.



Erk tempat ets berhenti paling lama. Aku jadi blur2 teringat kisah dizaman muda2


Eh aku tak sedih cuma teringat saja. Tiada kaitan dengan yang masih hidup atau sudah tiada. Sambung cerita, sampai saja terus cari makan, biasa lah perut orang melayu memang tak tahan lapar, baru saja breakfast perut lapar balik sebab itu lah perut menjadi kek lapis yang berlapis2. Bila dah kenyang baru boleh seronok naik turun monorel, LRT nak ke Times Square. Seronok nak menghabiskan duit, ish bila lah aku nak insaf. Sebab itu lah ada pepatah 'perempuan tak dapat dipisahkan dengan shopping'. Biar putus urat kentut pun janji hati puas. 



 Maintain perut itu penting ye adik2 kalau part nak posing
Cantikkan.. baru renovate

Dalam Times Square pun ada roller coaster.. takut nak naik


Bila dah shopping dari Lowyat sampai ke Sogo, berjalan sungguh aku semalam dengan harini. Dah masuk macam2 tempat tapi kaki tak puas jugak nak jalan sana sini. Kalau orang lelaki teman mesti kerja nak bebal saja. But it's ok kerana ini hari ladies saja. Walaupun kena kacau dengan si 'teruna' tapi kami tak kisah, kita cool saja. Biasa lah nama pun key ell. Macam2 benda boleh kita tengok, boleh kita rasa, boleh kita teruja.



Gambar paling poyo, aku bawak buku dari Ipoh sebab cik Pika nak pinjam

Muka dah sama tembam aku tengok

Tata.. nak balik dah, menuju ke Pudu

Lombong cantik kat Temoh, Tapah


Penat dah aku menaip panjang2, penat berjalan pun tak hilang lagi. Kalau dah penat bila masa pulak aku nak pack barang balik cuti nanti. Kena tunggu perasaan excited aku datang dulu kot. So malam nie kena lah gayut dengan mak baru boleh excited. Seriously pertama kali dalam hidup aku rasa journey kali nie paling banyak aku kutip pengalaman. Paling sedih bila setiap kali turun kat mana2 tempat mesti aku nampak orang minta sedekah dalam keadaan uzur, buta, baju koyak sana sini. Aku tak boleh tengok keadaan macam nie. Dimanakah anak2 dorang, tak kesiankah ibubapa di kaki lima meminta sedekah dengan mangkuk2 kosong ditangan. Sempena Hari Ibu, aku nak ucapkan khas buat orang yang paling aku sayangi, Puan Sofiah Yusof :



Ina nak ucapkan terima kasih sebab telah membesarkan seorang anak yang nakal dari kecik. Telah bagi semua kasih sayang sampaikan suami sendiri jeles dengan anak.
Satu-satunya anak yang dia ada, I Love You so much mom !

Happy Mother's Day


6 May 2012

Aku Manusia Biasa, Memang Selalu Buat Silap






Bulan May maybe orang lain seronok sambut birthday tapi aku tak seronok langsung, sebelum masuk bulan May pun aku dah banyak masalah. Orang lain seronok tido sampai berdengkur, boleh have fun sana sini, aku habiskan masa sampai ke subuh nak siapkan projek. Tak apalah sebab aku bukan jenis suka buat kerja last minute tapi akhirnya jadi last minute jugak sebab sorang ahli group malas nak buat keja. It's ok aku tolong siapkan bahagian dia untuk projek subjek lain last2 dia burukkan nama aku. Aku dah baik dengan orang sekali buat taik memang aku takkan tolong lagi. Sebab itu ada pepatah melepaskan anjing yang tersepit lepas tu dia gigit kita balik. Mungkin banyak orang tak suka dengan aku tapi kalau aku marah bukan sebab benci tapi nak siapkan keja.


Paling aku sedih bila presentation Multimedia Project Management, group aku ada masalah technical then kena present balik dalam minggu depan. Susah payah buat director tu tapi macam tak berbaloi, paling aku tak boleh lupa laptop masing2 buat hal sampai aku rasa nak campak jauh2. Memang sedih sangat bila buat benda tu sebulan lebih and last jadi macam ni. Aku tengok group selepas aku present keluar dari bilik dengan mata merah. Mana aku tak risau subjek ni paling killer. Dah tak boleh nak fikir aku dapat markah apa, grade apa. Otak aku macam kena format balik untuk diisi dengan nota2 final.


Apa perasaan aku nak masuk sem 5 nanti? hanya Allah saja yang tahu. Sem 5 nanti kebanyakan projek kena individu, so time tu dah tak payah fikir orang lain kot. 5 subjek nak hadapi belum tentu lagi susah payah macam mana. Doa ibu buat hati aku tenang, segala nasihat kadang2 bukan aku ikut sangat tapi mereka yang terbaik. Aku akui aku anak yang nakal tapi aku tetap sayang mereka. 


 to : Shafiqah Ahmad a.k.a Pika

Terima kasih banyak2, sem nie ko dah banyak tolong aku, sem ni jugak aku keje dating dengan ko sampai ke Kulim semata2 nak siapkan projek yang pecah kepala. Tahan dengan perangai aku yang kadang2 tak dengar cakap. Kalau terkasar bahasa, aku harap ko maafkan eh. Nak tunggu raya lambat lagi.


to : my Senior Junior

Minta maaf banyak2 kalau dalam sem ni nina tak sempat nak bertegur sapa dengan korang, tak sempat nak join lepaking. Bukan sombong tapi terlalu sibuk mengejar masa. Kalau yang terkecil hati tu jangan masam muka. Untungnya sem ni dapat junior yang tersangat ramah. Tengs juga yang jadi adik angkat. Haha, maklum la tak ada adik. 
Good Luck semua..lusa dah start exam. 


to : my dear ZF

Awak saya minta maaf, tak berniat pun nak tipu tapi kerana nak jaga hati saya terpaksa. Saya tahu kadang2 tak mesej or col awak, saya harap awak faham commitment saya. Kalau still marah saya faham. Maybe sebab kita dah lama tak jumpa. 50 days = Almost 2 months awak. 


Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com