28 June 2012

Cinta Ideal Pada Kaca Mata


Musim cinta berputik kembali? Ouh aku bukan Dr Love untuk kupas-mengupas bab2 cinta tapi berkongsi pendapat saja. Cinta ideal bukan la cinta yang indah belaka macam cerita Cinderella atau Snow White dan juga bukan sweet2 macam cerita Nora Elena tapi cinta ideal bagi aku yang senang tercapai dalam realiti sekarang. Mungkin sesetengah orang, bila mula2 kenal cinta terus jatuh cinta pandang pertama la, pandang ketepi la tapi bila semakin lama rasa sayang tu lagi kuat dihati. Bila bercinta terlalu lama mungkin dipertengahan alam rumahtangga kalau jemu pun kita tak mungkin mintak cerai tapi kalau tiada ikatan break-up itu jalannya. Senangkan cinta..



Cinta Ideal Pada Kaca Mata



Entry ini mungkin ada mungkin takda kena-mengena dengan kisah cinta aku tapi nak kongsi dengan semua...



1. Ada orang tengok rupa. Aku mengaku rupa itu penting. Tipu kalau korang nampak laki hensem tapi tak usha.. Konpem usha kan? Tapi bagi aku itu untuk cuci mata saja. Bila bab cinta, kalau hensem sekali pun mamat tu tapi perangai tak se 'hensem' rupa dia terus nampak tak hensem. Hati yang baik mengatasi rupa.



2. Kedua-dua pasangan tu mestilah menyokong antara satu sama lain. Maksudnya kena support dalam apa2 saja. Kalau si bf dah tau gf dia nak exam ke interview ke, kata2 semangat itu pun dah cukup. Plus bagi dia ruang untuk buat preparation, jangan la time dia nak exam kau paksa dia gayut kat fon nanti fail exam sapa nak jawab? Kau boleh tolong luluskan ke?



3.  Beri ruang. Kadang2 ada orang serik bercinta sebab lepas bercinta terus kena kongkong. Itu tak boleh ini tak boleh. Cinta itu benda yang mudah. Kalau dah menyusahkan bukan cinta namanya. Lelaki jangan ingat lepas dah couple kau boleh mengarah jangan bagi gf kawan dengan lelaki or tak boleh duduk sebelah lelaki. Friends is still friends. Lelaki yang mengongkong bagi aku dia seorang yang insecurity. Kalau dia yakin dengan gf dia, sure dia akan relax and chill saja. Lagipun tu gf baru bukan bini.



4. Berkerjaya. Orang akan cakap mata duitan bila sebut pasal ni. Tolong jangan melenting tak tentu pasal. Tak semestinya dia kena jadi lawyer or arkitek baru boleh kawin dengan dia. Asalkan dia ada keja dan mampu sara kau itu pun dah cukup. Ingat cinta boleh beli nasi ke? Duit jugak yang pakcik kedai nasi lemak terima. Kalau lelaki tu bersedia nak ada serius relationship mesti dia dah fikir masa depan dan keja. Jadi sebelum berkawin tolong jangan kikis duit sape2.



5. Berani jumpa parents. Ini serius. Kalau dia dah datang jumpa family, maknanya dia serius dengan pompuan tu. Tapi kalau dia buat hal lepas jumpa family itu parah namanya.



6. Jangan terlalu mengharap cinta itu kalau tak berdoa.


Kepada yang masih belum bertemu cinta ideal. Jangan bimbang, Mr RIGHT will come at the RIGHT time. Hehe :)


26 June 2012

Perempuan + Camera = ♡


Perempuan dan camera memang tak dapat dipisahkan. Walaupun perangai lain2 tapi perempuan tetap suka bergambar. Betul kan? betul lah tu, dalam fb bermacam2 stail ada. Gambar akan lebih cantik kalau orang tu pandai edit. Bila ada masa lapang memang keja aku amik gambar orang. Sabtu lepas ialah hari berkumpul dengan kawan lama. Bila 2 tahun lebih tak jumpa macam2 kami buat. Untungnya kalau ada DSLR sendiri boleh buat diri rasa macam model. Cewaahhh tapi kalau kawin nanti kena upah photographer gak. Ini sebahagian gambar2 aku yang menjadi bahan uji kaji outdoor photoshoot :)





Jadi tempat untuk buat sesi photoshoot nie haruslah di tepi pantai yang sunyi baru ada feel nak jadi model tak laku. Haha.. Maknanya tak segan la nanti kalau takda orang tengok. Kat Batu Feringghi ada pantai yang agak sunyi sikit. Jarang pulak ada orang lepak situ dengan family mungkin sebab masuk ke dalam semak samun kot. 




Ada macam Hilary Swank tak? Hehe


Lepas penat plus puas bergambar di pantai maka tiba masa mencari makan. Jadi jalan terdekat nak sampai selepas turun dari Batu Feringghi ialah lepak di Padang Kota Lama memandangkan cik Zura nak tapau bawak balik pasemboq untuk mama dia. Berphotoshoot kat padang kota pulak. 



Konvoi Harley Davidson.. wah semua berkilat

Guling-guling tengah padang


Lastly sebelum balik dan kami berpisah jauh lagi sekali. Agak sedih sebab nak lepak lagi pun dah lewat petang pulak. Kesian dekat si Zura sebab kena hantar aku pastu balik Sungai Petani pastu cik Yana kena balik Kulim naik moto sorang-sorang di waktu malam. Haih sangat seram. Tak senang hati kalau makcik tu balik malam-malam. Jadi berdating pulat kat tugu depan dewan kat bangunan Majlis Perbandaran Pulau Pinang. 



Yana nampak cantik dalam gambar ni
Best main belon.. Hehe
Bubble.. blub..blub

25 June 2012

Mael Lambong : 'Melambung' Dalam Wayang






Yeahh.. cuti sem datang lagi. Setiap kali cuti mesti wajib tengok wayang! Hoooreyyy.. Excited lebih nak melambung dalam wayang lettew. Seperti biasa kami tengok wayang kalau cuti. Turn tngok wayang kali nie kat Sunway Carnival. Dah boleh hafal tempat tu sebab setiap kali keluar mesti bergilir-gilir tempat wayang yang kami tuju. Ngeh..ngeh. Yang tak bestnya mesti terserempak dengan kawan-kawan dia. Maluuu mak!



Oke lah, movie nie not bad dan kelakar sangat. Tak rugi bila membayar RM 12 untuk ton..ton Mael Lambong kerana movie ini telah membuatkan aku ketawa 'melambung' . Selain itu terselit jugak dengan mesej-mesej yang berguna. 









Mengisahkan Mael Lambong (Zizan) merupakan seorang penarik kereta yang cukup dikenali di KL. Hidupnya mula berubah dan menjadi kelam kabut apabila Maria (Juliana Evans) telah menemui Mael dan menyuruhnya menyelamatkan diri dari dikejar penjahat. Pelarian mereka untuk menyelamatkan diri membawa Mael dan Marian ke Terengganu yang juga kampung halaman Mael, yang dia telah tinggalkan sejak sekian lama kerana merajuk. Dalam keadaan Mael ingin mengelak dari bertemu dengan penduduk kampung, dia akhirnya telah bertemu dengan Rozie, kekasih lama Mael yang telah bergelar tunangan kepada Tiger. 



Konflik mula timbul bila Tiger tidak senang dengan kepulangan Mael kerana semburu dengan hubungan yang pernah terjalin diantara Mael dan Rozie sebelum ini. Penjahat memburu Maria kerana mahukan mikrocip yang mengandungi tender projek kerajaan akhirnya dapat menjejaki mereka di perkampungan itu. 





Dalam masa yang sama, 2 perisik telah datang dari KL dan menerangkan hal sebenar kepada Mael. Kekeliruan berlaku bila perisik yang disangka baik, rupanya penjahat. Kat sini scene lawak kot. Baru tau takda siapa call Mael kat fon dia tu. Mana ada "Ayahanda". Hahaa.. dan scene Rozie lari ikut Mael ke KL, time kena kejar dengan Tiger tu. Serius gelak mengilai dan time kat rumah. Takmo elak khalwat siap cakap kat ustaz "dia tidur kat dalam, saya kat luar".  Mael kemudian membantu Maria dalam misi untuk mendapatkan semula mikrocip. Ketika misi itu, Maria ditembak ketika cuba menyelamatkan Mael. Apakah yang terjadi?? Haaa... kesudahannya kena tengok sendiri ye. Biarlah menjadi rahsia. Haha.. 






Selalunya kalau habis tengok wayang mesti perut lapaq. Sebab terlalu banyak gelak kot sebab tu perut mintak makan. Haih.. Jadi, sebelum balik tu kami singgah kat Pelita, Seberang Jaya. Makan roti canai dengan tea O ais limau! Dah habis makan, masuk je dalam Naza nampak la something kat telinga dia. Kena buang sebab aku geram tengok. Hihi.. Biasalah nak romantik pulak. Jadi jom tengok Mael Lambong. Konfem gelak tak habis korang :)



24 June 2012

Majulah Sukan Untuk Negara




Hari sukan memang seronok bagi budak2 sekolah, selain boleh dapat trofi pingat boleh jugak sihatkan badan. Kalau dulu time skolah rendah memang seronok tapi bila dah masuk skolah menengah jadi pemalas sikit. Gara2 nak menjaga kulit supaya tak kena sunburn. Semalam adalah kali ke-2 aku menjadi photographer tak laku di skolah sepupu, Sk Convent. Walaupun masa majlis baru start aku tak habis2 menguap tapi layan jela.


Go go rumah Merah..bekas rumah sukan aku dulu


Tendang jangan tak tendang..aku confirm putus urat kentut macam ni


Semalam menjadi hari last nak bersama mak saudara aku, dulu dia yang mengasuh aku sebabnya mak sibuk menjual kuih. Lagipun time tu dia masih lagi anak dara trang tang tang. Teringat balik kesemua gambar2 aku masa kecik2 dia yang amik. Sekarang turn aku pulak amik gambar anak dia. Kalau tak snap gambar merajuk pulak budak tu, jenuh nak pujuk. 


Paling suka tengok budak2 ni.. 4 lagu memang best dapat gelek


Best kan kalau dapat naik belon tu..sekali naik meletup


Dah dapat 2 pingat pun muka masam lagi.. Apa Pun Tak Boleh



Tempat ke-3 acara lumba lari 80 meter Tahun 3


Tahun ni sikit je gambar aku amik, bukan malas tapi sebelum majlis habis aku dah keluar dari skolah disebabkan makcik2 a.k.a kawan2 lama datang hendak berjalan pusing Penang. Sebelum keluar tu aku usha dulu papan markah. Memang rumah merah ranking No.1 lagi...caya la. Nasib baik mak njang sporting siap bagi duit belanja lagi.  


22 June 2012

Impian Tercapai



Gambar lepas isi borang MPP (Majlis Perwakilan Pelajar) mencuba nasib...


Syukur Alhamdulillah, segala usaha aku selama 4 bulan lebih bertungkus-lumus belajar akhirnya berbaloi dengan result yang boleh membuatkan makayah tersenyum puas. Akhirnya tamat jugak semester 4 tanpa was-was. Senyum selebar-lebarnya cik Nina, aku dah tak kisah orang nak cakap apa janji hati manyak senang. Teringat semalam bila bangun je terus cari laptop dulu bukannya nak cari toilet. Aku tak kisah kalau tak mandi janji dapat tengok result dulu. Bila dah tengok amboi bukan main seronok sampai tak teringat badan dah bau macam belacan. Mak orang pertama ucap tahniah sekali flying kiss kat pipi yang bucuk. Mr. Amir menjadi orang kedua..cewahh lagi kembang aku nie. 


Still maintainkan 3 pointer keatas tapi tetap gembira sebab cgpa naik mendadak. Itu pun dah cukup bagus, bila dengar junior2 mengeluh pointer turun. Biasanya aku menjadi tempat mengadu, tempat dipujuk, tempat segala-galanya. Dah tukar jadi pakar motivasi pulak. Nak berjaya tanpa usaha memang tak boleh, nak usaha dengan copy asiment kawan lagi bodoh namanya. Jadi usaha dengan cara sendiri tanpa perlu membodek lecturer. Sem 5 nanti ada 5 subjek je, memang sikit tak macam budak2 nak amek SPM tapi takot jugak. Kalau tak lepas tak boleh nak praktikal, seramkan?


By the way, aku bertambah seronok 2x ganda bila dapat baby baru berwarna biru gelap, dapat anaknya sekali. Bila ayah pulak bagi RM 50! wahh memang rasa macam tuan puteri dalam bulan nie :)


20 June 2012

Bila Single Cari Kawan. Bila Ada Bf Cari Kawan Lagi Ke?




Gambar tak ada kaitan...saja seronok2



Apa itu kawan? Kawan la yang selalu menemani kita dari mulanya kenal sehingga la sekarang itu baru la teman sejati. Kawan muncul dulu dari bf tapi bila dah mula bercinta kawan tolak ketepi dah tak fikir lagi perasaan mereka. Berapa kerat dari korang yang sanggup cancelkan date dengan pakwa masing2 semata2 nak temankan kawan korang pegi shopping? Takyah tipu la, ada yang sanggup buat macam tu. Masa single dulu, kawan la tempat mengadu, tempat segala-galanya. Kalau boring, kawan la tempat nak ajak keluar, lepak sama2, pi tengok wayang ke, main bowling ke.


Bila dah ada buah hati, tak pernah ke fikir kawan kita? Kalau boring siapa yang mereka ajak keluar dulu? kawan ke pakwa? Time bercinta segalanya indah. Jujur aku cakap kawan2 kolej time senang memang ada banyak time kita susah, tengah sedih tak ada pun yang ambil kisah. Aku taknak sebutkan nama, nanti terasa pulak. Kalau baru couple tu lagi la aku menyampah. Sebab itu la aku lebih utamakan kawan baik dari bf yang menjengkelkan. Sebab aku rasa hubungan kami lepas tu tak akan tahan lama.  




Korang pernah tak kena tinggal dengan kawan? maksudnya kawan tinggalkan kita. Setakat nie aku rasa kawan yang betul2 best friends forever cuma ada tak lebih dari 10 orang saja termasuk sorang budak laki. Laki lain tak pernah menjadi kawan sebaik dia sebabnya mereka cuma mengambil kesempatan. Aku benci laki perangai gatal tak kena tempat. Dah ada gf tapi nak mengatal dengan kawan pompuan last2 berlaku perang dunia dimana gf kawan kita tu datang melancarkan peluru. Itu sebagai contoh saja, setakat nie aku mengelak dari terkena. Alhamdulillah, aku dah dapat kawan yang tak dapat dicari dan kami berkawan dalam masa 5 tahun walaupun masing2 dengan career sendiri. Aku dah tak perlukan kawan baru kerana belom tentu mereka akan mengingati kita. BFF tetap ada dan menemani kita walaupun cinta datang dan pergi ♥ 


To : Wan Azim Azizi, Siti Norbaizura Bt Abdul Rahman, Nadiatun Liyana Bt Ramli


Kita dah kawan 4 tahun, macam2 aktiviti kita buat masa kat Kedah dulu.. korang la tempat aku mengadu, mintak tolong kalau ada krisis dengan Fizie. Sama2 minat karok, mandi air terjun, main bowling.



p/s: Pandai pilih kawan yang baik, kita pun akan ikut jadi baik..kawan yang menyesatkan, kita pun akan ikut sesat..Renung2 kan dan selamat berkawan :)



17 June 2012

Wajah Seiras Jodoh Kuat



Hye, semua.. Harini rajin nak update memandangkan baru balik makan kenduri sepupu, jadi bila aku tengok pasangan pengantin tadi tiba2 ja nak update pasal pasangan yang mempunyai raut wajah seiras. Biasa la kalau dah jumpa keluarga besar sebelah ayah di Bayan Lepas, aku akan berubah status menjadi "Mak Long Lina" kerana ia panggilan anak2 sepupu2 aku yang paling tua, lagi pening bila mereka ingat nama aku Amalina bukannya Amanina. Jadi, kalau tak bergosip2 dengan mak long, mak andak memang tak sah.


Sebelum tu, kawan rapat pun akan ada iras2 dengan kita. 



Kadang2 aku selalu tengok pasangan2 kapel/suami isteri yang wujud disekeliling aku mempunyai keserasian. Tak kira la saudara mara, member2 kebanyakan pasangan lelaki dan perempuan ada raut wajah yang hampir sama dari segi tarikan fizikal. Contohnya, kedua-duanya ada mata yang sama2 bulat ataupun hidung yang sama2 mancung tak juga warna anak mata yang sama. Kalau wajah tak seiras tu kira jodoh tak kuat la. Bercinta bagai nak rak tapi kalau tak ada jodoh pun tak guna jugak. Mesti ada orang suka kalau mereka pasangan yang seiras, lagi la seronok kalau banyak orang cakap:


"Eh..muka korang nampak macam adik beradik la"

"Sweetnya! muka korang ada iras2..mesti jodoh kuat nie"


Sebenarnya banyak jugak aku tengok pasangan2 yang tak mempunyai wajah seiras dan mereka hidup bahagia je. Kan jodoh tu ditangan Tuhan. Tak ada orang yang boleh ajar kita pasal cinta melainkan kita sendiri yang study hati kita. Berbalik kepada pasangan pengantin memerangkap sepupu lelaki aku tu. Terus terang aku cakap mereka bukan la pasangan yang seiras tetapi adanya jodoh antara mereka adanya jugak nasi minyak untuk harini.. Haha.


Mak Long, kakak ipar ayah..walaupun pak long dah xada aku tetap sayang dia


Pak Lang, abang ayah no 3 tengah sibuk membasuh


Kak Normah or kak chaq, cucu sulung Tokwan.. ada iras2 aku sikit. Hehe


Rahmah, cousin paling senget..kuat makan dia nie



Gambar pengantin aku tak sempat nk ambil sebab sibuk menggedik dengan sepupu lain..biasa la sekali sekala "Mak Long" balik kampung dia akan busy dengan menyembang. Last2 pengantin pegi outdoor photoshoot padan muka aku. Ingat jodoh itu rahsia tuhan, dulu aku dengan ex selalu orang puji muka kami seiras tapi hakikatnya kami memang takda jodoh jadi jangan percaya sangat. Mungkin hanya mitos semata2.



p/s: mak andak cakap kalau turn aku kawen nanti diorang semua nak berkampung kat Butterworth.. InsyaAllah kalau seru sampai awal. Poyo je aku nie.


Terima kasih kepada yang sudi baca =)

13 June 2012

Bohsia 2 "Jalan Kembali" Memang Terbaik




Cuti sem kali ni takda aktiviti lain asyik tengok wayang. Bila fikir2 balik aku la orang paling sedih sekali sebab ketinggalan banyak filem yang kuar kat wayang. Masuk movie Bohsia ni baru 4 kali dalam tahun ni aku tengok wayang. Terus terang aku takda masa nak tengok wayang disebabkan tuntutan jadual kelas yang sesak dan padat.


Oppsss..back to story, best jugak movie kali ni. Kami pilih untuk ton..ton kat Mega Cineplex, Pacific Megamall Prai dengan tiket berharga RM 14 (nak bagi tau murah). Hehee.. Movie sebelum tu aku tengok Piranha 3DD,  memang hampeh tapi terjerit jugak aku tengok gigi ikan tu tapi tak sesuai untuk budak tak baligh lagi. herher..


Kami la orang paling excited, dengan muka selamba aku pegi kat abg koyak tiket tu, dia pun macam kena pukau koyak tiket tu. Masuk panggung tapi kami 2 orang saja, nampak tak betapa tak sabaqnya. Bila cerita dah start nampak nama mak jah tu, ingatkan watak dia jadi orang gaji tapi dia jadi gengster dalam rumah pengasih tu. Awal awal memang dah best pasal memang best la. Mak jah si orang gaji ni memang pandai berlakon tapi tak boleh blah bila part dia dengan berus JAMBAN tu.


Paling aku suka watak Keting lakonan Sofi Jikan. Sakit perut aku gelak bila tengok dia jadi mamat masuk air. Memang masuk air betul dia dalam cerita ni. Zizan dengan Shamsul pun boleh tahan jugak. Zizan memang terbaik dari ladang. Macam bangang nak lajukan moto, pi jumpa bomoh kaki kencing.. Haha

Lepas ni mat2 rempit sekalian, kalau nak lajukan moto pi cari bomoh jangan cari pomen


Pada aku cerita ni memang terbaik dan ada unsur pengajaran walaupun ada yang tak masuk akal bila si Keting baru lepas race dia ada berhenti depan masjid time nak subuh. Tak tau la kalau time azan tu baru azan Isyak. Cerita ni membawa keinsafan kepada bohjan2 dan bohsia2 ~ ~

antara quote yang aku suka :

  • ‎"Maafkan keting mak sebab tak dpt berikan mak menantu yg solehah buat anak mak yg soleh asal boleh...."
  • ‎"Belum ada lg seorang pun dalam keturunan gua yg barai punggungnya!!"
  • "You can bring the horse to the river but you can't force the horse to drink the water.."
  • "Kalau ada toyol ke jin ke masokkan dalam piston atau ekzos motor ni Tok.."
  • "Sampai mesin rumpot pown orang suwoh aku repair taw, utk lajukan ~~"


Tengs jugak kat orang yang belanja tiket wayang. Memang gelak sakan aku dengan dia dalam wayang tu, gelak kuat bukan gelak sopan oke. Tak kisah janji boleh buat awet muda. Tengs jugak sebab teman aku beli barang kat Jusco Perda untuk bawak balik Ipoh nanti. Menghabiskan masa makan di Big Apple Donut, it's my turn to 'belanja' him :)

9 June 2012

Makan Banyak Tapi Tak Gemok


Hye semua, esok hari last cuti persekolahan tapi cuti sem panjang lagi. Jangan jeles ye adik2 skolah. Dah 3 minggu 4 hari aku habiskan cuti dengan makan, makan kenduri lagi. Kalau orang lain sibuk update status kat fb badan dah naik tapi aku tetap rasa jeles. Cerita yang sebetulnya aku nie spesies makan banyak tapi badan tak gemok2. Awat jadi macam tu? Pakar pemakanan tolong jawab sat..hihi


Pipi cucu Md Zain yang ke 36. Kami semua memang gemok2.. Don't worry nina ^__^

Kalau nak tau sebab sesetengah orang tu dia makan banyak tapi still maintain kurus kena buat sedikit kajian kat Google dulu. Lepas tu baru aku tau sebab apa aku susah nak gemok. Nak tau sebab apa?


1. Genetik 

Faktor genetik memiliki peranan sekitar 33% terhadap berat badan seseorang. Kemungkinan seseorang kurus atau gemok dapat ditentukan oleh faktor genetik/keturunannya. Jika seseorang itu makan banyak, dia mungkin tidak akan gemok kerana faktor genetik. Sayangnya aku lebih banyak ikut genetik sebelah ayah dimana selepas berkahwin baru berat badan akan naik mendadak. Sepupu aku banyak badan gemok dan tinggi kalau lelaki.


2. Metabolisme tubuh yang tinggi

Badan yang mempunyai metabolisme yang tinggi, makanan yang dimakan lebih cepat dicerna. Sebaliknya, jika seseorang itu makan sikit tetapi senang badan naik bermakna sistem metabolisme yang lambat.


3. Terlampau aktif

Walaupun sesorang itu makan banyak tapi tak gemok2, mungkin dia banyak melakukan aktiviti dalam kehidupan sehariannya. Jika dia terlampau aktif, jumlah nutrisi dan kalori yang dibakar dalam badan lebih banyak. Kalau dikolej aku lebih suka naik tangga dari tunggu lif yang lembap.


4. Makanan tidak mempunyai protein 


Protein adalah sumber tumbesaran otot. Tanpa bekalan protein yang cukup, otot tidak boleh membesar. Makan makanan yang kurang protein, itulah rahsia mengekalkan berat badan.



Bila fikir2 balik, kadang2 manusia tak bersyukur dengan tubuh sendiri. Yelah, bila kurus nak gemok bila gemok nak kurus. Tapi kalau terlalu over-KURUS dan over-GEMOK tak cantik la. Aku kena tambahkan lagi 6kg untuk dapat berat badan ideal. Kalau nak tau rahsia aku, jangan lupa makan sandwich berinti kentang, kekacang, minuman bersusu, buah-buahan kering (apricot+prune). Alhamdulillah, buat masa sekarang aku tak mengidap penyakit yang bermacam2.

p/s: nak pergi 'bersiar-siar' kat dapur jap. Mak saya buat laksa..Hihi

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com