31 August 2012

Surprise Birthday For Pika!




Kisahnya terjadi semalam bila habis klas, terus aku ajak diorang singgah Secret Recepi beli kek kononnya nak buat bekal masa otw balik Penang nanti. Last-last terjadi pulak plan nak beli kek buat cik pika. Kerana dulu dia buat surprise bufday untuk aku apa salahnya aku buat surprise untuk dia pulak. Nasib baik sue dan ema nak kongsi duit beli kek. Ingatkan plan tak menjadi bila minah tu tiba-tiba masuk kedai kek sekali, nasib baik dia tak syak apa-apa. Kami dah cuak time tu. Sampai saja trafiklight rumah diorang, aku nyalakan lilin dan kami nyanyikan lagu untuk pika. Sweet bukan ada kawan-kawan yang ingat nak buat surprise lagi walaupun tarikhnya 25 aribulan aritu. Dah lebih 5 hari tapi takpa janji sambut jugak. Nasib baik cik PKB tengah tidoq, nasib baik jugak dia bangun kalau tak lagi lambat nak balik Penang :)




Shafiqah Bt Ahmad
Happy Birthday to You..
Happy Birthday to You..
Happy Birthday to Pika..
Happy Birthday to You

♪♫❤♫♪ 


Sweet angat2




Terbaik punya plan tetap menjadi
Sambut dalam kereta di rumah sewa Pak Haji
Tak perlu ditempat-tempat yang best
Berkat sungguh. Hehe


29 August 2012

Bila Bekas Teman Lelaki Datang Kembali


Salam semua.
Semoga kalian sihat sahaja hendaknya.
Cuaca hari ini baik sahaja, maka aku lebih gembira daripada biasa.
Tetapi gembira aku tak lama pabila melihat mesej dari orang yang tak disangka.
Setelah sekian lama, bertahun-tahun dia datang kembali..
Untuk apa cari aku semula??



17 Aug 2012 - Tiba2 adik dia IM dan bertanyakan khabar aku. Memang pelik jugak time tu sebab lepas putus dengan abang dia, kami lost contact. Tapi adik dia dengan ramah bertanyakan aku macam2 sampai terkantoi rupanya dia yang menyamar jadi adik dia, guna fesbuk adik dia semata-mata nak tau kisah hidup aku. Sebelum aku bagi no fon lebih baik aku BLOCK dulu.



Dia memang kekasih pertama, kami mula kenal masa sama-sama study kat Kolej Poly-Tech MARA Alor Star dulu. Tapi tak lama, makin lama kenal perangai sebenar dia mula aku nampak. Aku sedar time tu masih lagi budak-budak baru nak kenal cinta sampaikan aku tersalah pilih orang sebenarnya. Belum terlambat rupanya untuk aku kembali ke pangkal jalan sebelum hanyut dengan dia. Alhamdulillah, 2 bulan sebelum putus, aku dapat tau dia kaki botol, kaki pompuan bila aku ternampak video dia tengah mabuk di fon bersama housemates dia. No wonder dia kena buang dari Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam dalam course IT.





Syukur, keluarga selamatkan aku dari lelaki tak guna nie. Aku sanggup berhenti dan sambung belajar tempat lain, tukar no fon supaya dia takkan dapat cari aku sampai bila-bila. Sebulan lepas masuk belajar kat Ipoh, aku dapat tau dia dah ada awek baru dari Dungun. Aku pun tak kisah sampai dia marah bila dapat tau aku couple dengan si Azrie tu. Tak ke gila namanya.



Walaupun mak ayah dia baik tapi tak semestinya anak pun akan baik. Sampai bila pun aku takkan pergi dah Melaka. Aku takot terjumpa dia kat sana. Aku dah lupa semua kisah-kisah dengan dia. Aku dah benci bercakap tentang orang bernama Mohd Nurhafizi B. Johari nie. Semoga aku dilindungi dari segala bahaya. Aminnn....



20/8/2009-20/04/2010 (END)

26 August 2012

Film Review: The Expendables 2







Hujung minggu ini keluar dengan si dia menonton wayang di Pacific Megamall Prai. Kali nie movie siri kedua The Expendables. This is what I called a great movie! The Expendables 2 memang penuh dengan aksi yang sudah lama ditinggalkan. Nampaknya otai otai bergabung dan filem ini penuh dengan aksi.. aksi dan aksi. Cukup sekadar duduk melihat aksi otai bergaduh. That's it! Hebat bukan untuk menonton di pawagam. 





Inilah sebuah filem Stallone. Rambo 4, jika masih ingat filem yang mengekalkan formula yang sama. Aksi yang cukup ganas dan juga letup sana letup sini. Yang penting, penonton dapat lihat bagaimana kesemua bintang bintang otai beraksi dalam satu filem seperti sebuah reunion. Kali ini, Jet Li memegang watak yang agak sikit dan pelakon seperti Chuck Norris, Bruce Willis dan Arnold Schwarzennegger bukanlah aksi yang besar dalam filem ini. 




Mereka-mereka diatas hanya bertindak sebagai orang yang menggerakkan cerita. Banyak dialog yang bercakap antara Stallone dengan Statham. Totally full of action. Serius filem nie cukup lasak. Seperti kita tonton The Expendables yang pertama kali dengan dua, maka jadilah The Expendables 2. Aku meluat tengok watak Van Damme yang jadi ketua penjahat. Mungkin The Expendables 3 aku tak tengok kot. Hehehe. Sebab jalan cerita yang hampir sama. Nasib baik ada pelakon hensem. Boleh cuci mata kan..


Hensemkan Liam Hemsworth.. Pakwe Miley Cyrus nie



Kali nie Mr A belanja makan Bihun Sup. Aku pun dah taktau nak order apa. Hehe.. Baru harini bagi hadiah besday dia aritu. Aritu la sangatkan, bulan Jun pun dah lepas cik nina. Sekarang dah masuk bulan Ogos. Itulah aku memang suka buat pekasam dalam almari. Haihh. 



25 August 2012

Facebook Dah Jadi Timeline





Siapa yang suka Facebook Timeline angkat tangan! Kalau suka tu bagus tapi aku memang tak suka dan memang tak suka lah. Pagi syawal aritu ingat nak update status, bila bukak ja mood nak update hilang melayang dan aku tak dapat buat apa-apa. Akhirnya fesbuk aku automatik jadi timeline... huuuu :(


Hati dengan pasrah terpaksa tukar semua setting, kalau tak memang free-free orang tengok profile aku. Tambah-tambah stalker. Paling menyampah bila layout yang baru serabut sebab ada dua column. Pening plus rabun jugak nak baca. Kena sabar dengan benda alah nie.



Agak pening bukan? Bila remove timeline pun hati dah jadi tawar nak online
Notify pun aku tak pernah bukak sebab aku meluat nak reply
Asal bukak post tahun-tahun lepas aku jadi sedih, gembira
Boleh baca apa yang kita post tapi biarlah aku taknak tengok komen2 tu :(



Apa kelebihan Facebook Timeline?

- Boleh letak cover dalam profile yang lebih kurang macam header blog.

- Boleh baca status lama-lama, time tengah jiwang..cewahhh



Keburukan Facebook Timeline?

- Apabila facebook buat timeline macam layout profile yang sama dengan layout Friendster, Myspace, Tagged..takda kelainan untuk facebook langsung.

-  Status yang lama-lama tu akan terdedah dan mungkin akan menimbulkan pergaduhan untuk orang yang bercinta.

- Perlu mengubah semula privacy setting dalam akaun.



p/s: Aku malas nak hide segala komen yang dulu2, biar la orang nak baca. Siapa yang ada gf tolong jangan gadoh sebab itu kisah lama dan sudah expired. Aku perlukan masa untuk biasakan diri dengan style baru nie. Tak sabar nak keluar dengan dia esok! :)


24 August 2012

Ternak Duit Raya Dalam Bank



Harini dah masuk hari raya ke-5, kanak-kanak mesti seronok bila dapat duit raya tapi aku yang tergolong dalam kategori bakal mak budak pun baru nak mengira duit raya. Macam mana tu??
Setiap kali hari raya dari umur 3 tahun, most of the collection mak akan simpan dalam ASB (Amanah Saham Bumiputera). Semua orang mesti tau kan institusi kewangan nie khas untuk orang2 Bumiputra sahaja.




Tak sangka jumlah duit raya tahun nie dapat dalam RM 100++, syukur Alhamdulillah. Aku tau raya tahun nie last kerana tahun depan memang confirm aku dah kena sediakan duit raya untuk anak-anak buah. Tak kisah la dapat banyak ke sikit ke janji aku nak simpan dalam akaun tu boleh dapat dividen dengan bonus setiap tahun. Sebagai pemegang akaun remaja, memang dah boleh manage sendiri tapi biar mak yang uruskan. Tak payah nak pening2.




Kalau sesiapa takda akaun nie aku rasa tersangat rugi, waste time simpan duit dalam bank biasa tapi duit tak beranak-pinak. Sebagai contoh, kita simpan setiap bulan RM 50 seorang untuk anak-anak kita sebagai simpanan mereka dan dapat pulangan 6% setahun, maka 18 tahun nanti jumlah simpanan bakal menjadi RM 19,656. Ini belum kita campur dengan "bonus tahunan" yang mereka dapat setiap hari raya. Kalau nak guna duit tu boleh tapi make sure jangan usik duit pokoknya.


Dapat bonus banyak boleh la guna tapi nak shopping apa pun tak tau. Lain la macam pompuan lain sibuk shopping handbag, baju, makeup. Sori aku tak minat tambah-tambah beli alat makeup. Seriously aku tak pandai sangat makeup tebal2, simple aku suka. Tak pernah seumur hidup aku pakai bulu mata palsu dengan lipstik merah -.-' . Jiwa dari kecik suka main dengan budak laki membuatkan aku kureng bab2 pompuan.


 Abaikan sampah2 yang bertaburan tu..
Makeup tebal2 pun siapa nak tengok, tak makeup pun org ngorat gak -.-'


Simpan duit jangan tak simpan, untuk masa depan jugak! :)


21 August 2012

Selamat Hari Raya 2012 :)





Pejam celik pejam celik dah masuk hari raya ke 3. Eh, cepatnya.. rasa macam tak puas lagi kutip duit raya. Tak sedar2 lagi aku nie patutnya dah tak layak terima duit raya tapi bagi family aku selagi tak kerja selagi tu akan dapat duit raya walaupun aku segan nak terima. Bak kata orang rezeki jangan ditolak. Seronok jugak bila bukak sampul nampak duit kertas merah2. Memang aku sayang nak guna.


Hari raya pertama tahun nie aku takda gambar raya sebab malas nak snap gambar macam tahun lepas. Cuma raya ke 2 aku pegi photoshoot dengan kawan baik. Kalau ada majlis makan2 mesti aku bawak dia bersama menternak lemak kat rumah mak2 saudara. Masuk tahun nie dah 3 kali beraya bersama. Semalam lepas aku bedal 2 pinggan nasi beriani bersama lobster kat rumah pak long terus keluar pegi taman yang terdekat. Mengah jugak nak jalan dengan perut buncit. Tak kisah sebabnya mak2 saudara masak sedap dan mak buat lontong. Tak boleh miss weyh!


Petang tadi pulak pegi serbu rumah mak jang aku & rumah kawan skolah..nasi ayam bertembung nasi tomato. ternak lemak bukan? okok balik nanti timbang berat tu. Bila dah terlebih kenyang baru seronok nak jalan sampai ke Queensbay Mall, lepak tepi laut kejap hingga Gurney Paragon. Lepak sampai lapaq balik baru ingat nak balik rumah. Ni gambaq kami dalam 2 hari. Awesome keja berjalan.


Keseronokkan..kekenyangan








aku suka meniarap -.-' ala model





rindu pantai sangat2


chak!


Lagi sejam nak masuk hari raya ke 4..wah cepat betol masa berjalan. Sedar tak sedar dah mula kelas balik..balik Ipoh terus exam pulak. Penat kak jah nie. Bye semua.. Gudnite


p/s: Raya tahun nie tak sangka pulak sedondon dengan dia :)


17 August 2012

Raya Ouhh Raya


Kalau ikutkan, baju raya nak tempah tapi raya kali nie dah masuk 4 tahun aku tak pernah tempah baju kurung. Bukan nak demand tapi disebabkan kesibukan dan maybe takda orang nak teman aku beli kain kot. Lagipun dah serik dengan sesetengah tukang jahit a.k.a kawan mak aku yang jahit tak ikut saiz badan, last2 bila pakai serupa macam orang berlakon opera cina T__T



Hari ahad lepas aku cari baju raya dengan pika, hanie dan iguana. Hoihh sepanjang petang cari tapi takda yang berkenan dihati. Aku rasa macam memilih sangat2.. ohhmmy. Memang banyak yang cantik2 tapi bila cari kaler biru tekois mesti ada yang tak kena contohnya dah suka sangat tapi saiz pulak takda, damn! bila dah ada saiz tapi design terlampau banyak dengan batu hiasan manik, memang susah nak gosok nanti tambah pulak time nak basuh.. Alahai letih mak.. Lastly bila aku dah give up, bila aku dah merajuk dengan 3 orang tu baru aku layan perasaan jalan sorang2 gi tengok balik baju kat kedai yang sama and and aku jumpa baju biru polka dots, nasib baik hanie kata "hang ambik baju nie, cantik kot..sama macam aku polka dots gak". Heheheeee



Tahun nie dengan tahun yang lepas2, family takda tema okay. Selalu raya kami pakai kaler lain2 baru nampak boria sikit. Walaupun bukan biru tekois janji biru sudah.


Dapat gak baju raya. Gambar penuh tunggu raya nanti! :)



Baju nie memang jenis kain sejuk..aku dah beli lama tapi simpan buat pekasam




Baru sampai rumah, masuk bilik aku dah tersenyum tengok balang kuih raya. Fuhh banyaknya, tak payah nak beli sebab aku takkan makan. Rajinnya mak buat, sayangnya tahun nie aku tak dapat tolong dia. Love you mom! Hehe.. Tahun nie semua keluarga berkumpul di Taman Desa Aman, Padang Serai. Aku memang suka berjalan sambil menternak lemak di hari raya. Gara2 berat badan dah turun, kena la naikkan balik. Sambil tu buat muka macam budak2, ingat orang nak bagi ke duit raya? memang tak kot. Buat malu ja. 



Tadaaaa! Ini dinamakan samperit M&M.. diganti dengan cerry



Raya kali nie aku dapat main mercun puas2 kat Ipoh. Hehe


12 August 2012

Shopping Raya :)




Hari sabtu memang best kalau keluar shopping, tambah2 lagi shopping baju raya untuk kali ke-2. Berbuka di restoran yang sama untuk kali ke-2 jugak. Suka sangat menternak lemak kat PappaMia. Memang Aeon Station 18, Ipoh tu tempat kami melepak sampaikan pak guard pun kenal. Artis bukan? Hehe.. Bila lagi nak shopping raya dengan kengkawan sekepala kalau bukan sekarang. Tahun depan konfem masing2 dah bawak haluan sendiri. Sorang di Kedah, sorang di Penang dan sorang di KL. Kalau jumpa pun time konvo la. Sedih pulak cerita bab nak pisah2 nie. Okokok cakap nak raya kan tapi feel raya tu kureng sikit tahun nie sebab cuti pun kena settlekan assignment dengan projek. Oke nie gambar2 kami yang excited.



Dia memang suka tidoq tak kira tempat.. APTB



Aku masih boleh tersenyum kambing dengan perut lapar



Makanan lambat sampai.. Mamat tu reserved lewat :(



Kamera + cermin = gedik



I will shoot you..bang bang boom



Anak2 Pak Mad 



Kesengalan terserlah.. Haha



Penat gelak dah ni



Time to balik



Besarkan tapi tak boleh challenge Aeon Bandaraya Melaka Shopping Centre. Kat sana lagi panjang 



Waaaa...penat berjalan makan angin, duit dah terbang banyak. Tunggu duit raya pulak. Esok sambung shopping baju kurung. Nak sambung buat peta Zimbabwe.. Selamat berpuasa semua. Bubye


8 August 2012

Iftar Bersama Geng Rumah Pak Haji :)





Dalam masa 2 minggu lagi kita akan beraya, wow tak sabaq nak shopping.. Tapi puasa pun tak habis lagi macam mana nak ada feel raya. Baru semalam dapat berbuka dengan kawan kelas di KFC Gunung Rapat. Berbuka makan ayam pun jadilah janji perut kenyang. Kalau dalam bulan puasa nie tiap2 hari aku makan ayam, memang badan turun sekilo jela. Lepas raya konfem badan naik mendadak, hati banyak senang sekarang. Mungkin nie gambaq2 last kami berbuka puasa bersama dan last kat Ipoh. Nie gambaq2 kami yang over, cun, ayu. Janji seronok!



Dia memang suka ambik gambaq kepala senget


Setiap sorang makan sepinggan ayam


Lepas kenyang dengan ayam ATOK jadi macam nie.. APTB


Macam2 hal..kami semua kalau balik negeri masing2 dah tak jadi single



p/s: Lagi berapa hari dah nak cuti, asiment dengan projek tak settle lagi. Plan secret aku pun tak dirancang lagi, mercun dengan bunga api tak beli lagi yang penting baju raya tak dapat lagi. Susahnya aku nak cari kaler tekois. 


6 August 2012

Review Filem : Total Recall (2012)






Selamat berhujung minggu dan berbuka puasa buat semua umat Islam. Harini berbuka diluar saja la. Tak sangka bulan puasa pun si dia ajak tengok wayang plus berbuka bersama. Dia teringin nak makan kat Kayu Nasi Kandar. Sebelum tu, kita tengok wayang dulu di Queensbay dengan harga tiket RM 22. Tak rugikan.. Serius filem nie boleh tahan jugak walaupun ia cuma film remake dari filem asal pada tahun 1990 lakonan Arnold Schwarzenegger. Wah, aku baru lahir kot. Haha..       



Di tahun 2084, Bumi telah mengalami Perang Dunia III dan telah terbahagi kepada 2 badan iaitu United Federation of Britain dan The Colony. Total Recall, kisah mengenai Douglas Quaid (Colin Farrell), seorang pekerja fabrik yang berasa kehidupan rumah tangganya bersama isteri, Lori (Kate Beckinsale) sedang mengalami gangguan akibat mimpi buruk setiap malam.




Kerana ingin tahu, Doug datang ke Recall, sebuah khidmat yang menawarkan sebuah memori buatan yang ditanam ke otak dan mampu merasa pengalaman bahawa mereka telah melakukan semua kegiatan yang telah diprogram dalam memori itu. Doug memilih kehidupan sebagai seorang agen rahsia. Paling best, Doug berlawan dengan isterinya sendiri, Lori, seorang agen UFB. Superb la Kate dapat buat macam2 aksi dengan pakaian hitam ketatnya untuk kalahkan Doug. 




Walaupun filem nie about masa depan, tapi tak terlalu banyak alien yang menjijikkan tapi still ada kereta terbang, alat transport yang boleh membawa penumpang menyeberangi bumi kurang dari 1 minit, telefon yang tertanam di tapak tangan and etc. Walhal filem nie hanyalah guna serum untuk menghilangkan, menukar dan kembalikan ingatan seseorang. Paling syok dapat tengok wanita2 seksi berlawan. Not bad Jessica dan Kate. Fuhhh... Rasanya korang kena tengok sendiri. 





Sorry ye awok



Nak tau best ke tak boleh tengok trailernya oke. Habis saja movie, kami rushing mencari kedai nasi kandar tu walhal aku ingat dengan tak ingat jalan. Cari punya cari tak jumpa sampai la waktu berbuka. Aku tau dia marah, boleh tengok dari perbuatannya. Drive balik pun bebal saja. So sorry awak sebab tak ingat jalan. Aku faham dia lapar, lain la aku cuti. Ajak dia berbuka kat Subaidah Sg.Nyior. Nasib baik marah tak lama. Sebelum keluar dari kereta tu ingat nak cari tandas Esso sebelah Subaidah plus nak beli Cadbury. Nak pujuk punya pasal. Hehee.. Tengs sebab belanja makan eh mee goreng mamak. Ini la pengalaman di bulan puasa untuk tahun ini.

3 August 2012

Bulan Puasa Pun Nak Gatal?






Assalamualaikum semua... rindu tak? Selamat berpuasa :)
Lamanya tak blogging, tambah2 pulak sekarang bulan puasa lagi bertambah rasa malas aku. Nak online fb, twitter pun malas tapi disebabkan berita2 sensasi dalam klas banyak update kat fb, so kena on jugak. Bila dapat online free kat McD sampai pukul 4.30 pagi nie rasa-rasanya nak sahur makan burger terus la. Tapi konfem perut aku tak dapat tahan lapar nanti. Buat projek multimedia punya pasal sanggup tak balik rumah. Itu la ujian dibulan puasa untuk tahun nie, dah 13 hari aku puasa, puasa penuh tau. Macam2 hal jadi bila aku duduk Ipoh nie. First bila setiap hari asyik makan lauk ayamayam sampai naik jemu, kedua bila tahun nie last aku puasa kat Ipoh dengan housemates jadi tukang kejut kawan2 makan soq..rasa sedih pun ada, ketiga bila projek dengan asiment datang tak berhenti2, penat tu tak payah cakap, keempat bila semalam ialah kali pertama aku bangun makan sahur lambat sampai tercekik dan last sekali bila setiap hari pegi bazar ada ja manusia2 nie suka mengacau hidup aku, maksudnya bulan puasa pun nak mengatal siap ngorat2, paling aku tak suka sekali bila berselisih tu mesti nak bersentuh2 tangan, bahu aku. WTF la jantan2 yang tak hormat bulan puasa nie, kat fb lagi aku meluat. Rasa nak block semua baru puas hati. 


Bulan puasa juga dibuka pintu kebaikan seluas-luasnya. Amalan ibadah kita juga akan berlipat ganda pahalanya. Bulan nie juga kena sabar dalam segala macam hal. Entri kali nie bukan nak menjadi ustazah tapi cuma menasihati diri aku sendiri. Aku baru perasan bila puasa kali nie, perasaan benci kat seseorang tu dah berkurang, kalau marah2 pun cepat je cool balik. Dalam setahun lebih jugak aku susah nak maafkan dia. Dah sampai masanya perasaan tu aku buang jauh2, takda faedahnya. Bila setiap kali masuk klas kawan2 selalu mengusik kami berdua, naik geram tapi sabar lagi bagus. Buat macam takda perasaan apa2. Bulan puasa tak payah nak feeling2 cinta sangat la. 


Oke ayat aku dah panjang berjela, memang kena praktis untuk public speaking depan junior nanti. Arghhhh mimpi ngeri aku dah start. Ingat time skolah ja kena. Benci mak tau. okokok lah, nak makan bubur ayam dulu... Selamat bersahur semua, jangan lupa niat.


p/s: tak sabaq nak main mercun, nak shopping raya paling seronok dapat duit raya! yeayyy...


Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com