29 September 2012

Kalau Bekas Boyfriend Ajak Couple Balik



Hye semua..
Harini seperti biasa menghabiskan cuti hari minggu kat rumah saja.
Seperti selalu, kalau borink kat fb, singgah twitter last sekali aku layan blog jugak.
Ada lagi sesetengah kawan yang suka matchingkan aku dengan bekas teman lelaki yang jugak satu klas.
Awww...benda nie aku dah masak sangat & kadang2 buat aku jemu, meluat, malas & semuanya.


Tapi apa pun tinggal lagi 2 bulan lebih untuk aku habiskan sem 5 dengan senang HATI!
Masa nie hang nak tengok muka aku, aku nak tengok muka hang..right?
Lepas nie aku dengan dia dah tak jumpa, apatah lagi bercinta. Haha..
Bila bukak saja fb, tengok2 kat message ada budak klas aku post gambar kami.
Lawak jugak dia rajin edit gambaq tu.


 Dia pandai tulis jawi..aku? hampeh


Kalau bekas teman lelaki ajak couple balik, korang buat apa? Seronok, excited atau meluat sangat2?
Adakah korang rasa macam barang yang suka suki ja orang nak guna. Waktu perlu, dia jaga kita. Bila dah bosan dia letak kita merata-rata dan bila rasa rindu balik, tanpa segan dia pungut semula. Yucks! aku rasa nak termuntah. Mintak dijauhkan kalau dapat teman lelaki macam nie. Hello babe, mana ada orang waras yang sanggup dah ludah jilat balik. Entry nie memang khas untuk perempuan oke. So, kalau kaum lelaki nak mengamuk silakan. Hahaha *kidding lah


Kalau nak tau jawapan aku. Jawapannya No! Sekali orang buang, jangan harap nak ajak couple balik. Come on para perempuan please jaga maruah tu sikit. Pada aku, kita ada harga diri. Kalau perempuan yang tergedik2 kat laki tu, dia takda harga diri kot. Mungkin semua lelaki dia akan buat benda yang sama. Bak kata suka 'syok' sendiri. Soal hati tak boleh nak main2.


Bagi aku bukan tak boleh berkawan baik dengan bekas teman lelaki tapi memang tak boleh la. Bukan berdendam. Cuma, dalam hati aku terfikir. Kenapa sebelum putus, dia tak boleh nak fikir panjang? Kenapa sebelum putus dia tak boleh bersabar sikit, kenapa sebelum putus dia tak fikir apa yang akan terjadi dengan kita selepas itu, kenapa sebelum putus dia selfish? 


Masing2 ada hak sendiri, otak sendiri? Terpulanglah. Fikir mana yang terbaik untuk diri masing2. Lumrah hidup, bila perempuan tu dapat lelaki baik, dia buat hal yang lelaki pulak bila dapat perempuan baik nak jugak layan orang lain. Last-last rasa menyesal memanjang.


Rajinnya minah nie.. Haha


Kadang2 dalam masa 4 hari pegi kelas, dia memang suka buat lawak, takpa aku gelak jugak, kalau tiba2 terkeluar perkataan yang selalu kami guna dulu tiba2 aku tersentak. Eh mamat nie saja nak bagi hint kononnya dia ingat lagi kisah kami. Memang kenangan tak boleh lupa, aku biar dalam otak pala tapi benda dah lepas, aku pun dah tak simpan dendam. Mak pun kadang2 ingatkan aku supaya tak jadi pendendam. Hidup tenang nanti. InsyaAllah...


p/s: Setiap perbuatan orang pada kita tuhan akan balas cash jugak kat dia. Setiap perpisahan akan ada gantinya yang lebih baik.


28 September 2012

Layak Mengundi!



Hye..
Pejam celik pejam celik dah nak masuk bulan Oktober kan?
Cepat betul masa berjalan, lagi 2 hari aku dah sibuk mengumpul coursework semua subjek.
Last sem sebelum praktikal, tak boleh malas2.
Bila sebut pasal LI, aku punya excited col semua company.
Tak kisah company apa pun, firma guaman pun bedal jelah.
Memang aku amek course law kan -.-'


Masa tengah cari company yang tawar tempat LI untuk bahagian Multimedia/IT.
Sekali try buka laman web SPR, sambil menyelam minum clorin.
Aku bukan cari tempat LI tapi pegi check semakan daftar pemilih.
Dan aku dah masuk senarai layak mengundi.
Aww... Perasaan aku time tu tekejut, seronok, tak suka, sedih.
Kalau tak mengundi memang tak payah jadi rakyat Malaysia jawabnya.




Jeng..jeng..jeng
Paling tak suka bila time mengundi nanti aku sorang2 tanpa mak.
Kenapa tempat mengundi tak sama pulak. Haish
Adoiii memang leceh laaa.
Mak2 saudara pun kena mengundi tempat lain, habis tu aku? sapa nak teman!


Oke takmo cakap pasal politik kat blog.
Kang tak pasal aku kena dakwa pulak, nanti fames kat berita.
Cuma diri kena sedaq, aku nie dah layak mengundi so tak boleh nak buat perangai macam budak2.
Tahun depan jangan harap nak dapat duit raya...huwaaaaa sedih2 T__T



Transformasi dari baby --> kanak2 --> remaja --> wanita!
Tak lama lagi dari pelajar ke alam pekerjaan
Hidup memang kena berjaya, bukan goyang kaki kat rumah
Doakan aku berjaya jejakkan kaki ke Putrajaya tahun depan memakai jubah..
Aminn


23 September 2012

Project Lagi!




Selamat pagi semua.
Mesti ada yang tak beradu lagi sebab tengok Lee Chong Wei kan?
Mata tak boleh nak lelap dengan lenguh2 kat badan
Macam orang keja berat tapi aku penat berjalan 1 hari
Berjalan pun ada makna tau bukan suka2 hati nak lepak di hari Sabtu


Memandangkan banyak projek nak kena settle dalam bulan nie
Tambah2 projek untuk subjek Effective Communication Strategies (ECS)
Aku harap sangat boleh dapat 'A'.. Aminnn
Jadi aku dengan kengkawan mencuba hasil projek tu
Hadoii..sakit kaki, tangan, buntot bila try
Aku baru first time main benda nie..memang keja jatuh macam buah cempedak



Jeng3...ini namanya Roller Blade Glow in the Dark



Super Ring! comelkan



Hari kedua, kami try shooting kat Taman Botani, Ipoh pulak.. 
Memang seronok lepak kat sini
Sampai dah gelap baru balik tapi bukan balik rumah
Malam pulak lepak kat Padang Polo lagi, maklum la nanti nak jumpa geng moto kawasaki.
Begitu la kehidupan student yang nak siapkan project.



 Pika dah tinggalkan aku. huhu



seksanya nak main..main skate board aku pandai la



 muka mereka lagi..haha



Tripod & me..ahaks



Awek abang moto duke, wah memang seronok dapat naikkan.



Aku pulak yang naik.. Haha



Wish me goodluck untuk present nanti.. Aww, kerja group memang aku suka sebab? fikir sendiri..group lain, klas lain semua asyik upload gambar projek diorang, nak menunjuk lettew, aku upload kat blog suda.. Okbai


19 September 2012

Cinta Jiwang Karat




Hye semua, selamat pagi diucapkan.
First time aku update blog tengah2 pagi nie maklum la tak boleh tidoq. Tragisnya.
Sebenarnya bukan niat nak memalukan sesiapa tapi kes nie terjadi malam semalam kat rumah sewa kawan aku.
Nak dijadikan cerita bf dia datang buat surprise siap gadoh2 sampai break.. Awww so sweet!
Nasib baik housemates aku semua baik2..tak pernah terjadi kes2 macam nie.
Mintak simpang.


Bila dah jadi kes nie mula la nak menangis..serba salah pulak aku tengok.
Muka tension memanjang, masuk klas jadi macam OOM (orang otak melayang)
Aku pon pernah jugak alami aktiviti nangis tak tentu hala, moody sepanjang hari.
Tapi itulahh, emosi yang biasa seorang manusia perlu lalui.


Air mata,
pujuk rayu, muka seposen sepanjang hari, 
update status tangkap leleh dalam Twitter, Fesbuk,
mood period sepanjang minggu itu adalah stended bagi seseorang yang baru saja menghadapi perpisahan.
Bercakap memang mudah,
tapi situasi yang dialami oleh si pompuan tu tak sama dengan apa yang dinasihatkan oleh penasihat tu,
Disini apa yang aku boleh cakap ialah teruskan hidup anda seperti biasa.
Kawan2 jangan dilupakan,
masa itulah mereka sangat diperlukan untuk bagi support supaya anda gembira dan lupakan segala kesedihan, kalau kawan yang jadi batu api tu aku rasa baik pi bunuh diri ja,
Jangan duduk sorang2 tengok tingkap, tengok dinding
atau tengok bawah dari atas bangunan,
bahayaaaaa...

 Tergamaknya budak rumah aku lukis ex dia dan post kat fb
Aku cuma share saja


Pernah time zaman baru nak up dulu, 
zaman budak hingus lagi, baru lepas SPM la katakan.
bercinta bajet akan kawin dengan si melaun nih.
Janji manis macam2, setia la sangat
Hati tetap pada si melaun nih, 
at last kecundang jugak,
First time berlaku dalam hidup,
memang nangis lahh makannyaa.
Biasalah pompuan kan, mana boleh berpisah dengan air mata
Tak cool lah kalau tak nangis :)
Asal dengar ja lagu cinta terus lari cari bantal busuk dulu
Bantal tulah jadi tempat aku melepaskan air mata yang tergedik-gedik nak keluaq.
sadis +_______+
By the way, life must go on, let the past behind and the future is waiting for you.


Disini lah pengalaman menjadi cikgu kepada kehidupan kita yang akan datang,
Hari ini kau dilihat lembik
Esok kau dilihat tuff
Hari ini kau digelar mat emo.
Esok kau dipanggil mat bunga,
Do something that makes you won't think about him anymore.


Gambar sewaktu aku tengah gadoh dengan ex dulu....happy ja walaupun hati sakit


Sekarang kat berita banyak kes2 budak remaja bunuh diri sebab cinta.
Mintak2 orang terdekat dengan aku tak buat benda bodoh tu
Biaq aku bagi tau ye, bunuh diri jawabnya masuk neraka.
Suka2 hati ja ambik nyawa sendiri. 
Maaf bukan nak berlagak macam orang alim, cuma nasihat.
Aku pun jadi tension tengok mereka. Selamat tidur semua :)


p/s: Alhamdulillah, 3 subjek aku lulus dalam exam aritu..mak pulak asyik risau kalau aku tak jawab fon, haih suka fikir bukan2, teringat jugak nasihat mr. amir, dia tak suka aku mencarut..


14 September 2012

Jamuan Raya Kolej ♡ 2012


Hye, Assalamualaikum semua..
Lamanya tak update blog, agak busy plus agak rindu nak berblogging tapi disebabkan ada cerita baru, gambaq baru boleh story mory kan?


Semalam ialah hari jamuan raya bagi beberapa buah kampus KPTM Ipoh
Jadi semua orang melaram sakan terutama budak2 sem 5 macam aku nie
Masing2 punya makeup sampaikan ada yang terlebih makeup, so faham2 jelah
Janji tak kena gelak dengan budak2 laki sudah, buat malu ja
Biaq la nak jadi macam datin pun sebab kami semua dah last sem untuk makan di jamuan raya lepas nie tunggu dinner sem 6 pulak. InsyaAllah kalau umur panjang.



In Shaa Allah.. One day :)



Beberapa hari sebelum jamuan raya nie, ada sorang junior sem 1 mengepost status berani mati dia di twitter, so dah pandai post pandai la terima akibatnya. Tweet yang membuatkan senior2 dari sem 2 hingga 6 marah dengan dia. Lain kali tolong jangan cakap kami dressing macam orang kampung, nak sepak muka senior2 la. Sengaja nak cari publisiti murahan kot. Bila fikir2 balik semua orang menganjing budak yang masih lagi tak matang dan baru keluar dari kepompong. Silap besaq la adik carik pasai dengan senior2 mai dari utaqa. Kena ayat pedas2. Kesian kat adik tapi akak senior nie malas nak ambik tau pasal fenomena #ILYSM. Akak fikir nak praktikal je. Cuti sem nanti mungkin dia tenang kat Segamat noh. Harap2 naik sem baru nanti orang dah tak booooooo kan?



Oke lah kita stop pasal benda tu tapi apa pun jamuan raya kali nie meriah sebab aku dapat rasa semua makanan. Dapat bergambar puas2 dengan junior, kawan tapi sayangnya housemates aku 5 orang ja yang datang yang lain awal2 lagi dah balik :(
Tapi aku tak kisah, dapat try tudung style Tasha Manshahar.. Aww jadi jugak dengan muka aku yang tak berapa nak membulat. Hehee. Nie gambar2 kami yang agak excited sebenarnya. Walaupun kasut wedges aku terkeluar tapak tapi nasib baik ada spare lain bak kata pepatah "sediakan payung sebelum hujan" lepas habis majlis hujan pon turun :)



Ready nak pi dewan and makan!

Kak Yong dengan bonzer2 tapi kami orang Utaqa

PEACE no kutuk2 dari kakak2 senior

Adik angkat shaye.. heee

With my Junior! Ana dan Farah

Azeem.. Junior lelaki yang peramah

Skodeng rupanya mamat tu.. jamuan raya tahun nie baru nampak muka, tu pun sebab dah break dengan makwe kedua. Kahkah

Kami senegeri

Bersama photographer aku nie

Course lain-lain tapi kami tetap mesra

Ketayap putih sapa pulak dia pinjam tu. Alimnya ex aku? hahaha


Jamuan raya yang happening kali nie walaupun aku teringat time dulu2. Entah bila lagi dapat join junior2 nie, agak sedih jugak tapi still boleh berhubung right?


p/s: Kalau kita nak orang respect kita jadi terlebih dahulu respect la orang itu.


9 September 2012

Review : The Possession (2012)







AMARAN! Bagi pesakit jantung, ibu mengandung dan juga kaki penakut dilarang tengok movie nie. Sebabnya aku sendiri asyik terkejut dan menjerit secara spontan ditambah ada tangan suka tutup mata bila scene menakutkan. Hahaha.. Banyak orang tengok movie nie di Sunway. Mereka agak berani lettew. 



The Possession, Kisah Nyata Sebuah Kotak Iblis yang Memangsa Jiwa Pemiliknya... 




Mengisahkan pasangan suami isteri yang telah bercerai, Clyde (Jeffrey Dean Morgan) dan Stephanie Brenek serta 2 anak mereka, Hannah dan Emily. Kedua-dua anak mereka bergilir untuk tinggal bersama ibu bapa mereka. Ketika tinggal bersama bapa mereka di pekan, Clyde mengajak anaknya pergi ke Yard Sale, dimana Em (Natasha Calis) tertarik untuk membeli sebuah kotak kayu antik dan sikapnya berubah setelah membuka kotak itu. 





Ternyata, kotak itu dihuni syaitan yang boleh merasuk pemiliknya dan mengambil alih tubuh badannya. Em yang selalunya cergas dan ceria kini berubah menjadi aneh. Em hanya obses pada kotak itu. Ketika makan malam secara tidak sedar Em mencucuk jari ayahnya. Semakin cemas, Clyde bersama bekas isterinya berusaha menyelamatkan anak mereka dari syaitan yang menghuni tubuh gadis itu selepas melakukan ujian di hospital dan menemui ada tubuh orang di dalam badan Em. Ayahnya berusaha mencari paderi yang pandai menghapuskan syaitan itu dengan. 







"The Possession" merupakan filem horror yang berinspirasikan laporan surat khabar tentang sebuah keluarga yang melawan iblis yang terkenal dengan sebutan "Dybbuk". Dalam cerita rakyat bangsa Yahudi. Roh dalam kotak Dybbuk tersebut mampu merasuki tubuh manusia dengan tujuan untuk melahap mereka. Paling seram bila scene nak mengeluarkan iblis tu dari badan Emily, last2 ayahnya pula yang terkena. Serammm tengok muka iblis tu. 










Lebih baik korang tengok sendiri trailer The Possession nie eh. Paling seram tapi best. Hoho.. Baru perasan dia pakai baju hadiah besday aritu. Hehe. Nampak hensem :)


Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com