30 October 2012

Final Exam for Semester 5




Hye semua..rindu tak?
Lamanya tak blogging, lamanya tak baca cerita kawan2..
Nanti nina komen kat blog eh..
Oke la esok bermula 9 pagi, aku start perang.
Bukan perang dunia tapi perang dengan soalan2 final, cuma sekarang tengah refresh otak jadi sebelum sambung menghafal nota tu, aku lari ke alam blog jap.. weeee ~~


Akhirnya tinggal lagi beberapa minggu saja aku mula cuti sem, sekarang nie keja fikir nak cuti ja.
Boleh goyang kaki kat rumah, menghabiskan beras mak.
Time nie aku dah mula rindu balik kenangan2 masa kat kelas, sem nie agak busy tapi sem nie jugak aku paling banyak kawan baru terutamanya lelaki, diorang tak emotional macam budak pompuan.
Budak pompuan asyik fikir nak balik kampung, date, date, balik kampung then kerja tak siap.. memang buat aku berangin je kan.
Tapi itu semua dah settle, markah no komen..nak ingat yang lawak2 ja.
Aku harap semua budak2 sem 5 boleh jawab soalan dengan tenang, mudah..aminn
Ini la masa dan jugak last sem nak jawab dalam dewan yang sejuk tu.
Harap2 aku dapat jawab semua soalan 4 subjek nie:


HCE 2013 - Effective Communication Strategies
PEN 1033 - An Overview of Entrepreneurship
TMD 3103 - Interface & Information Design
TSE 3184 - Web Programming

Lastly Presentation pada 21 Nov 2012 - 12.30 PM

TMM 3094 - Multimedia Project


Bukan senang nak jumpa budak2 kelas aku nie dah.
Siapa sangka aku orang last dapat tau dalam kelas aku nie ada tunangan orang.
Amboi lepas grade tak jemput aku memang nak merajuk la. Hehe
Lepas nie mesti semua orang pakat2 tunang.
Nie gambar2 last dalam kelas, last presentation.


Aku memang suka main2 dalam klas, tambah2 time presentation


Budak2 laki kerja buat taik mata.. APTB!


My Classmates


27 October 2012

Seramnya Activity Paranormal 4




Siapa dah tengok movie nie? Eeee to be franklah kan, serious aku tak menghayati dan tak memahami dari awal hinggalah ke akhirnya. Blurr memanjang. Movie seram dan lastly terasa BODOH bila tengok endingnya. Rugi yang amat mengeluarkan sepuloh hingget untuk tengok wayang di Pacific. 




For your info, ini 1st time aku tengok paranormal activity. So movie yang sebelum nie aku tak tengok la. Jadi aku taktau la mana datangnya baby Hunter tu dan kenapa dia hantar baby tu kat umah famili baru dan mereka pulak yang jadi mangsa korban? 





Pastu ending dalam dok kalut tiba-tiba gelap, rupanya dah habis bila budak tu lari ke belakang rumah tengok Zombie punya ramai. Tapi yang best movie nie, makhluk halus tu main hentak-hentak orang dari siling ke lantai. Patah tulang belakang aku cakap kau. Tengok boyfriend budak girl tu kena. 



Baruku tau Paranormal Activity merupakan siri filem yang popular kerana menggunakan teknik "found footage" atau "rakaman video yang dijumpai". Teknik found footage digunakan oleh pasangan pelakon dalam filem itu dalam usaha untuk mendokumentasikan apa yang menghantui mereka. Jadi aku boleh teka kisah sambungan cerita dari Paranormal Activity 4. Opcos pelakon semuanya mati kecuali anak kecil, baby Hunter dalam movie tu. Hehe.. Tak kuasa mak nak buat filem dokumentasi paranormal kat dalam umah sendiri. Takda kerja.    




16 October 2012

Bestnya Konvo :)



Dalam minggu yang makin busy dengan final exam hampir tiba aku tetap boleh senyum.
Senyum kerana mereka memberi inspirasi untuk berjaya, bagi semangat untuk aku habiskan sem 5.
Penat tak terkira, makan, minum tak terjaga, tak ter-control dah, urat saraf semua aku rasa dah kembang.
Oke back to story, minggu lepas kesemua senior2 aku berjaya grad termasuk sepupu aku di UPM.
Ada jugak member yang sama sem dapat fly to Putrajaya tapi aku tak boleh nak fly sebab keja banyak.
Adoii agak kecewa disitu, tak apa tahun depan boleh saja :)


Konvokesyen yang meriah dengan dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar Dan Wilayah.
Semua tema warna maroon, so dah boleh nampak tema baju raya untuk tahun depan. Haha *kidding
Dalam bulan nie, semua orang sibuk dengan konvo masing2 by the way congrats semua!
Hopefully aku dapat konvo untuk kali ke-30! Aminnn




Tahniah Mas..next turn aku dengan adik dia pulak


My BFF too!


Raff & Aney, diorang selalu dapat Dekan.. fuhhh
Bila tengok diorang agak sedih sebab impian aku dengan tett tak menjadi kenyataan :(

&


Rindunya sama mereka ini, My Makngah, Pakngah, kak Wa, kak Izy
Next year bila aku gi Presint 9 boleh peluk teddy2 tu.. weee ~~



Dan setelah menunggu selama 2 minggu akhirnya surat LI dikeluarkan.. Hehe. Excited punya pasal aku menjadi orang pertama dapat surat praktikal, nampak tak betapa tak sabaqnya. Lepas nie kena sibuk pos surat pulak ke tempat nak pegi praktikal, its okay small matter saja.


Tadaaa....




Tak sabaq nak habis sem 5, nak LI, nak grade nak sambung degree..erkk payahnyo


14 October 2012

Hampir-Hampir Accident :'(




Assalamualaikum dan selamat petang.
Eh dah petang ahad rupanya.
Alhamdulillah aku masih lagi bernyawa dan diberi peluang untuk hidup.
Kejadian semalam dah buat aku hampir-hampir hilang nyawa, hampir-hampir cedera.
Ya Allah, susahnya nak lupa. Kali pertama accident kat Ipoh jugak, time tu hujan, jalan licin dan ada amoi break mengejut jadi kami dibelakang jatuh berguling atas jalan.


Pemandu di Malaysia nie memang bermacam-macam ragam.
Ada yang memang ikut peraturan, ada pula yang kadang kala ikut peraturan dan ada yang tak mahu ikut peraturan langsung.
Mostly pemandu kat Ipoh nie memang bawak moto/kereta ikut suka hati, tak kisah la melayu ke cina ke.
Aku naik kereta pun boleh accident inikan pula moto.
Maut ada dimana-mana saja.


Nak dijadikan cerita, masa tu aku dengan kawan rumah otw nak pegi Tesco.
Time tu hujan memang dah lebat, aku dah boleh agak keta depan kami tu memang berhenti kat tengah-tengah jalan semata-mata nak amek boyfriend dia.
^%^^(&@# Dah la tak bagi signal pulak, lastly break mengejut pon dah tak guna. Bodoh punya cina!
Yang magicnya moto dah nak jatuh tapi tak jadi means moto kami still lagi berdiri walaupun kaki aku dah kena jalan.
Sampai Tesco pun aku terketar-ketar lagi, jadi macam orang hilang ingatan pun ada.
Trauma aku yang lepas-lepas pon tak hilang lagi. Seramnya hidup tanpa makayah disisi :'(
Bila aku dapat 'hint' macam nie, aku teringat perbuatan yang lepas-lepas walaupun buat salah sikit.
Ya, tuhan masih sayangkan aku lagi.


Sampai saja kat rumah sewa, baru kawan aku bagi tau yang tayar moto kami naik tu dah botak. Hydroplanning!! tayar botak kau cakap.
Elok sangat la owner dia pun balik kampung.
Moral of the story, sayangilah nyawa anda, sila pastikan tayar moto ditukar kepada yang baru, jangan tipu aku ye kawan (kalau cakap betol memang confirm aku tak teman hang).


Ini lakonan semata-mata, helmet pon pinjam


p/s: gua tak sanggup cerita kat mak, takot dia lagi tak tidur lena, takot dia lagi lagi risau dah la dia risau dengan jadual train aku yang pukul 2 pagi time nak balik raya haji nanti  T_________T


7 October 2012

Bila Gambar Seksi Jadi Ter-Seksa


Hye semua!
Harini penat sangat, kaki pula dah lenguh tapi mata tak boleh lelap.
Jadi layan blog sementara tunggu mata layu.
Oke, harini aku keluar dengan Mr. Amir pegi tengok wayang, jalan sana sini.. tawaf satu Queensbay berapa kali.
Bila sampai depan kaunter tiket nak pilih movie apa nak tengok, aku dah nampak beberapa gadis pakai baju ketat, masa tawaf pon memang confirm boleh nampak bermacam-macam style orang, memang banyak yang dressing cantik2 tapi ada juga yang seksi.
Yelah, aku tak tergolong dalam kategori pakai skirt, singlet sambil berkepit dengan pakwe.
Malu weyh, memang tak pernah nak tunjukkan 'kemesraan' yang lebih2 di khayalak umum.



Mesti ada yang snap gambar seksi kan?
Lepas tu upload kat Fesbuk, Twitter, Instagram dan Blog.
Bila online guna phone, aku nampak gambar seksi Neelofa.
Aku pula yang seram bila tengok gambar dia terlampau seksi dalam Insta.
Nasib baik bukan bulan puasa kalau tak batal puasa dah.


Mr. Google


Macam tak caya Neelofa boleh pakai seksi macam tu sekali.
Maybe gambar nie, kisah nie dah lama tapi aku orang last dapat tau.
Tapi kalau tengok betol2, mesti nampak ada yang tak kena dengan gambar tu.
Tengok pun boleh tau nie sebenarnya gambar edit, memang pandai betol orang yang buat fitnah kat Neelofa nie, aku pun tak pandai nak edit gambar sampai macam tu.
So, gambar yang betolnya sorang cewek korea! Haha


Gadis Korea


Moral of the story aku dah tak berani nak upload gambar yang terdedah sangat.
Takut juga mana tahu kalau ada orang nak buat aniaya.
Kena beringat sebelum kena, dulu suka sangat upload gambar seksi2 kat Myspace.
Sekarang gambar2 tu aku dah delete.. Hee, takmo dah seksi2. 
Maklum la time tu tak matang lagi. Biar orang nak upload gambar seksi tapi aku taknak.
Dulu aku suka buat experiment, edit gambar rambut kaler coklat la, gambar minum jus sparkling nampak macam botol arak la, last2 gambar mulut keluar asap rokok. Nak tahu apa jadi? makcik2 ingat aku dah jadi pompuan liar.
Siap datang rumah nangis2 kat mak kononnya aku dah jadi liar. Ish2.. percaya sangat.
Walaupun mak tahu aktiviti aku kat Ipoh tapi dia marah juga sebab buat dorang pecaya yang gambar tu real. Maaf, aku dah tak buat macam tu lagi. 
Oke la, mata dah ngantok, hujan pula tu lagi syok tido. Gudnite.


6 October 2012

DREDD : Si Penghukum Penjenayah & Burger Bakar




Harini banyak plan nak buat bila dah keluar bersama. Jom kita layan movie lagi. Harini si dia ajak tengok wayang di Queensbay tapi aku tak tau nak tengok movie apa. Tengok saja lah.. Memandangkan tiket hanya RM 20. Jadi, kesimpulannya siapa yang minat cerita berkaitan jenayah dan polis wajib tengok movie DREDD nie tau! 


Movie ini mengisahkan Mega-City One, sebuah kota yang disumpah dan kegiatan jenayah begitu tinggi sehingga memaksa pihak penguatkuasa undang2 bertindak sebagai hakim, juri dan penghukum sekaligus. Judge Dredd, pegawai penguatkuasa undang2 dan dibantu oleh pegawai baru, Judge Anderson harus menumpaskan kejahatan Mama dan konco-konconya di sebuah bangunan 200 tingkat. Tingginya bangunan tu sampaikan banyak orang mati kena tolak dengan konco mama. 




Mama juga menjadi ketua sindiket dadah terbesar di kota itu telah menghukum 3 orang anak buahnya yang buat masalah dengan mencampakkan mereka dari tingkat paling atas bangunan itu. Judge Dredd ditugaskan untuk membuat penilaian ke atas pegawai baru, Judge Anderson yang memiliki kuasa psikik. Insiden Mama itu telah menarik perhatian Dredd dan Anderson untuk bertindak dengan cara ambush bangunan 200 tingkat itu untuk menangkap pembunuh. 




Dredd berjaya menangkap orang kanan Mama selepas Anderson menggunakan kuasa psikiknya tapi Mama takmo disoal siasat oleh Dredd. Mama mengarahkan konconya menutup dan mengunci bangunan dan mengarahkan Dredd dan Anderson dibunuh. Paling takut tengok konco Mama tembat guna machine gun berterusan ke arah Dredd tapi terkena penduduk bangunan tu. Gempah tengok peluru tu dapat tembus dinding rumah. Serius movie nie banyak aksi-aksi menarik antara penguatkuasa dan penjenayah. Aku takut tengok muka ganas Mama dengan parut2 kat muka, memang kejam! 


Tergelak kami berdua . Lawak la dia




Oke lah, selepas seram sejuk tengok Dredd opcos perut laparkan? Selalunya kalau datang Queensbay, aku mesti nak makan J.Co Donut & Coffee.. Makan donut untuk alas perut sebab nak ajak dia makan Burger Bakaq.. Ingat KL je ada. Susah payah cari kedai yang jual beger bakaq kat Penang. Hee.. So, plan kami seterusnya ialah dari Queensbay ke Sungai Pinang mencari kedai beger tu. Nasib baik tau jalan ke Sungai Pinang sebab dekat dengan rumah sepupu mak and aku pernah bawak Pika dan Izuan lepak kat tepi pantai situ.




Senang saja nak cari Street Grill Burger, Sungai Pinang. Terletak di tepi jalan saja. Tak berani amek burger yang besar, takut tak habis makan. Kami oder burger daging dan sosnya perghhh pedas baq hang dengan ladanya. Harga berpatutan dalam RM 14. Tengs awak tolong tambahkan singgit. Kami tapau dan menjamu selera di tepi pantai. Dengan angin laut bersama burger bakaq membuatkan rasa syokk je. Hahaha.. Sebenarnya makan tak habis pun siap tapau bawak balik rumah. Pedasnya buat aku   nak nanges. Fuhhh. Jadi lepas nie nak makan mesti datang terus, korban ramai2 burger tu. Kasi besaq punya. 


Jom makang Burger Bakar Street Grill!



Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com