29 November 2012

Debaran Bakal Tunangan Orang

Assalamualaikum semua..
Syukur hari ini aku mendapat berita gembira, akan diberitahu nanti ya.
Aku jugak akan menyepikan diri buat seketika dari dunia fb, twitter dan blog selama 3 hari
Memberi laluan untuk majlis yang akan dijalankan


Tak sangka cinta yang berputik selama 2 tahun setengah akhirnya ada jalan cerita yang tersendiri.
Tak sabar nak bertunang. Harap2 semuanya berjalan dengan lancar.
Aminn...




SELAMAT BERTUNANG







Congrats to my bff
Akhirnya akan menjadi tunangan orang
Aku tumpang gembira siap nak ambik berkat nanti..wakaka
Mahu undur diri dulu, nak keluar dengan bakal tunangan orang pi beli barang2
Salam sayang buat semua !


27 November 2012

Manusia Akhir Zaman Hidup Pun Tak Guna





Sekarang bila tengok berita, penuh dengan pilihan raya, bila tengok muka surat depan penuh pasal bola tapi bila tengok twitter aku jadi panas hati bila terbaca budak-budak twitter aku retweet pasal seks dari twitter budak-budak mentah. Apa nak jadi dengan budak zaman sekarang nie. Semua sekarang sibuk nak cari publisti murahan. Ya, budak-budak Malaysia memang suka bajet HOT tapi tak popular sampai Korea pon. 


Siapa yang takda twitter tak payah susah-susah buat account baru semata-mata nak follow diorang nie. Isu twitter nie bukan remeh temeh, siap boleh buat orang mati. Siapa baca kisah budak perempuan mati terjatuh apartment sebelum jumpa kekasih. Paper kosmo ada siar di muka depan 23 nov aritu. Adoii sebab bf yang sewel tu sanggup dia guna selendang keluar dari tingkap. Padah jugak sebab langgar perintah ibu bapa. Maybe sudah ajal dia meninggal dalam keadaan macam tu. So, sedekahkan al-fatihah dan buat tauladan ye adik-adik termasuk aku.


Twitter bf budak yang mati tu..fames boleh la 

|
|
TL budak nie tak habis2 pasal DARA! adoii muak aku baca. Awek meninggal terus jadi macam nie ke?


Macam bodoh ja aku baca tweet budak-budak baru nak membesar nie. Baru masuk sekolah menengah, baru kenal twitter. Pity pity. Sebab itu ada pepatah "kecik2 taknak mampos bila dah besar menyusahkan mak bapak, menyusahkan orang". Semak nak tweet lepas nie. Ada lagi dua mangkuk jamban. 






HAHAHA..bapak gila budak2 nie! Kalau adik aku macam nie dah lama kena terajang. Unfortunately cik nina takda adik so tak payah pening kepala.


Paling fames ialah .... Jeng..jeng

|
|
|
V



Fames kat fb sebab maki2 bapak dia. 


Sekian laporan terkini dari laman sosial Twitter. Aku nak berhenti tweet sebab pedih ulu hati baca mengarut2 nie. Tak fames pon takpa dik, bukan boleh bawak masuk lobang kubur pon. Chill...


Rindu pulak nak tweet2 kat mcd macam dulu. weee~~



P/s: Buat saudara2 yang add di fb, maaf tak minat nak approve okay. cukup frens 5k. letih mak nak melayan semua. Tq ye blogger2 yang follow kat tweet. Memang semua ramah2 belaka ^_____^



24 November 2012

Film Review Twilight Breaking Dawn Part 2 Memang Suspens





Cuti sem kali nie tak ada aktiviti lain asyik tengok wayang tak ubah macam masa cuti sem 4 dulu. Lepas nie kena fikirkan aktiviti lain pulak tapi kawan semua dah balik kl. Agak sedih la aku tertinggal sorang2. Semalam ada orang ajak tengok wayang. Macam tau2 saja aku memang nak tengok Twilight final nie. Walaupun lewat seminggu ia ditayangkan tapi tercapai jugak hasrat. Seperti biasa kami tengok wayang di Pacific. Kerana selepas ini aku kena pegi kursus di Langkawi selama 15 hari. 



Setiap kali ada babak romantik ada jugak orang tutup mata :)



Oppsss..back to story, not bad movie hujung bulan nie. Banyak jugak babak-babak romantik Edward dengan Bella, nilai-nilai kasih sayang seorang ibu kepada anaknya, nilai persahabatan. Memang yang ton..ton..ton pun banyak pasangan couple. Kami masuk agak lambat, biasa la membeli ciken popcorn dan air mineral dan tunggu dia ke tandas tapi seperti biasa iklan lagi lama sebelum movie start. 






Bila start saja movie, agaknya semua tak sabaq nak tengok Jacob. Peminat Taylor Lautner jangan lepaskan peluang tengok movie nie tau. Rugi kalau tak tengok. Tergugat iman tengok badan taff abang Lautner. Hihi. Paling suka tengok baby bella, memang comel budak tu. Tersangat la geram. Rasa nak cubit-cubit pipi dia.



Oke la tak boleh nak story lebih-lebih nanti orang yang tak tengok lagi tak syok pulak sebab tak ada suspens. Agak-agak ada lagi tak sambungan Twilight yang berikutnya. Kan best kalau boleh tengok Jacob kahwin dengan Renasmee pulak. Babak last si Jacob ada panggil ayah kat Edward. Hehe. Dan selepas balik dari tengok wayang, kami ber ber dinner di Restoran Only Chicken Chop sebab teringin nak makan Ciken Chop dan abang taff tu nak try makan Lamp Chop bersama Limau Ais dan Teh Panas. Memang menyelerakan. Boleh tahan harganya cuma RM 23 ringgit. Harap-harap dia tak pening kepala makan daging kerbau tuu.  



Bio Jacob Black :


Taylor Daniel Lautner
11 Feb 1992 (20)
Grand Rapids, Michigan, Us
Anak seorang Pilot
Mixed German, French, Dutch dan Native America
Patut la muka unik


22 November 2012

Pencinta Alam (Part 2)



Last midnight menjadi pencinta alam di Kuala Kangsar. Jauhnya merayau tapi disini memang aman tanpa pemandu jalan raya yang gila2 macam kat Ipoh. Pekan koboi yang takda aktiviti merempit, melepak, dating pagi2 buta. Semuanya aman terutama kat area istana Bukit Chandan. Lepak tengok bintang yang bertaburan, tengok sungai, tengok lampu jalan, dengar bahasa kuale yang pekat. Ohhh sungguh seronok lepak kat sini, senyap sunyi yang ada bunyi kucing, bunyi ayam berkokok, bunyi cengkerik. Kat bandar memang susah nak dapat nikmat alam macam tu. Rasa-rasanya segala macam masalah semua dah campak dalam sungai perak. Paling suka kat kuala nie bila waktu malam memang cantik dengan lampu2.




Cantikkan..lampu banyak2 tu kawasan istana


Makan angin lepas pekena teh tarik!


Eh kucing nie nak manja2 dengan aku.. hehe


Kesian anak kucing nie hidup tanpa ibu dia, minum air kat sungai


Bermesra dengan kucing... meowwww



Apa pun bandar diraja tetap dihati, bahasa pulak tetap buat aku tegelak, memang pekat sangat2 la bahase awok tu cheq tak faham sepatah pon. Si baju hijau tu pulak memang tak suka dengar orang cakap perak dengan dia. Ikot suka hang la bob, dapat bini orang perak baru padan muka. Haha


21 November 2012

Tamat Sudah Semester 5! Yeayy




Alhamdulillah syukur kepadanya, harini tepat pukul 1.10 petang aku keluar dari Vector Lab dengan muka tengah tahan malu, lega, seronok. Ok la judge tak marah2 masa present tadi. Sempat jugak aku bersalam-salaman dengan 3 judge a.k.a lecturer yang seronok tengok website aku tu. Walaupun semua lecturer pompuan tapi kira bernasib baik diorang tak buat muka tegang. Dapat jugak harini aku kurangkan kedut2 dimuka lecturer untuk kali terakhir di kolej.


Walaupun kena kondem kaw2, kena gelak kaw2 tapi aku boleh senyum kambing jelah bila tengok website sendiri. Nama pon percubaan pertama buat website untuk company memang kondifen aku tak pandai. Memang apa saja benda yang dikritik tadi ada betulnya. Biasa la, bila tak tidoq langsung ada saja words dalam slide yang aku merepek, salah ejaan. Tengah taip entry nie pon sebenarnya aku tak tidoq dah lebih 12 jam. Expresi muka jangan ditanya, serupa macam zombieee...


Segala penat lelah berbaloi walaupun malam semalam aku dengan kawan kena halau dari McD. Bukan nak kutuk tapi memang sedih sebab selalu buat keja kat McD jadi macam tu, ingatkan buka 24 jam tapi hampeh. Stay Ipoh rasa macam kaki merempat. Kena halau sana kena halau sini. Sob3. Itu salah satu pengalaman yang aku dapat selama 2 tahun setengah sebagai student. Jom usha aktiviti sehari sebelum present bila alkisah terjumpa Mak Jemah nie. Finally, today it's over.



Hardbound with storyboard 


20 November 2012

Celebrate Bufday Iqbal Di McD Tambun Dan Prinz



Hari penat sedunia juga, penat berjalan tak habis lagi ditambah penat memerah otak dengan coding. Asal nak buat homework saja mesti nak pegi tempat best2. Nak belajar buat coding pon kena masuk restoran dalam shopping mall kan, kerlas kau mak jemah. Bak kata karam singh walia sambil menyelam minum klorin. Dah alang2 tak lunch lagi jadi kami menghabiskan duit di PappaMia menikmati nasi lemaknya yang berlemak-lemak tu. Bukan apa ini kali terakhir nak makan di Aeon Station 18, Ipoh. Kira hari tu semua nak last, nak sedih2 pulak.


Makanan ke 2 yang dioder..mango+cornflakes?
Air ke 2 aku. Ini namanya milo dinasour... tak percaya boleh pi tengok
Makanan ke 3 yang dioder..roti bersama mentega. Pika makan banyak



Oke sudah cukup sudah sampai disini saja aku upload gambaq makanan. Tengs abang kerana belanja kami berdua. Murah rezeki abang coding. Lepas habis menelaah coding2 tu. Mak jemah col ajak aku buat surprise kat bf dia. Nak celebrate berdua takmo. Kalau tak pegi merajuk dengan aku seminggu la jawabnya. Dah penat pun tetap pi jugak McD Tambun, ingatkan nak surprise rupa-rupanya minah tu kantoikan plan dia sendiri. APTB!


Kesian jugak kalau tak pegi, at least dapat makan kek anggur yang geli2 tu. Not bad, campur tolak bahagi cuma kami ber 6 saja. Meriah la jugak sebab semua kaki merepek. Tengok la gambaq2 cun kami:



Mak jemah!
Mulut ja muncung lebih
Sedap ohh kek nie, dalamnya ada blueberry. Nyum2
Krim merah. Happy birthday Iqbal !
Muka Hanie mintak penampaq
So sweet..
Pasangan gay paling romantik..haha
Mazrul, Pika & Bob
Mata sepek macam cina kan



Jam dah pukul 2 pagi tapi kami tak habis makan lagi, last2 bufday boy ajak pi karok di Prinz sampai tutup. Siap belanja kami semua. Untungnya aku dengan cik pika dalam harini 2 orang belanja. Seronoknya, hoyeee. Last sem yang masih tersisa. Lama jugak aku tak karok, dapat lepas gian. Paling kesian pasangan gay tu, dorang nak tambah masa tapi tempat karok tu memang dah nak tutup and tunggu kami2 nie habis nyanyi. Kesian gay.. Haha



Terasa macam kat disko pulak
Bufday boy tengah menyanyi..tangkap jiwang tuu
You see that? Actually kami berdua mengantok gila
Yeahh plan berjaya !



Kenangan last kat Ipoh sebelum kami semua berpisah. Sedih la jugak, kalau tak sedih lagi tipu. Bukan senang 6 orang nak berkumpul ramai2, rumah lain2 kampung memang tak sama. Yang penting kerjasama. 


19 November 2012

Kuatkan Semangat, Tabahkan Hati





Dimana nak mencari kekuatan untuk semangat yang semakin hilang? Bagaimana pula nak tabahkan hati yang semakin sengsara? Dengar macam parah dah situasi hidup aku, memang semakin parah dan aku rasa macam nak mencarut ja. Dengan keadaan kesihatan yang tak berapa nak memuaskan. Ya, aku masih lagi sakit. Sakit hati memang tak pernah baik, demam dengan selesema datang kembali bila aku sampai tempat menuntut ilmu petang semalam. Akibat terkena hujan, damn! seronokkan cik nina, hang sakit balik. Bila col my bonda, dia cakap "kat sini panas terik ja...". Itu kuasa tuhan, aku tak dapat nak halang.


Aku rasa dah tewas, aku tak seronok, nak bernafas pon susah dengan lobang hidung tersumbat nie..malu nak cakap dengan suara aku yang manja a.k.a SENGAU. Air mata yang selama nie aku tahan, akhirnya jatuh diatas tikar sejadah. Bajet nak jadi pompuan yang tabah konon, boleh handle semua masalah tapi jatuh tersungkur. Umpama jatuh terkena taik ayam setompok dimuka, habis busuk.. Erkk maaf la aku tak pandai dengan peribahasa, kena refer karam singh walia dulu.


Harini jugak aku rasa nak present, kenapa harini bukan hari rabu? bangun pagi tadi dengan keadaan mamai, nasib baik tak jatuh tangga cuma semata2 nak cari makanan kat dapur. Hello, aku lupa aku tengah berada di rumah sewa terhebat. There's no food and my mum calling just for makes me feel jealous (menu harini ayam masak merah). Kalau kat rumah time nie perut dah fully dengan macam2 T_____T



Tapi aku yakin 100% apa yang terjadi ada hikmahnya. Disaat time susah, Allah hantar orang2 yang dapat menolong aku. Jasa dan budi baik mereka tak dapat aku balas, cuma boleh belanja mcd jelah kot. Aku takkan lupakan mereka dan aku berdoa serta tawakal masa presentation rabu ini. Fikirkan masa depan tanpa menoleh kebelakang lagi. Ini jadual present:


Aku orang yang ke 8 present untuk group B



Apa yang aku nak merapu merepek depan judge nanti. Bukan senang nak present website yang kita buat sendiri. Hampir 5 bulan nak siapkan segala macam coding. Website for Syamilah Frozen Food di Kulim, Kedah nie jual produk makan jadi setiap kali aku start nak bukak Dreamweaver tu, perut mula la menyanyi. Memang dah jadi tanggungjawab sebagai student multimedia tolong company IKS. Course lain dah seronok holiday dari minggu lepas lagi. So, kepada team2 pertama yang present harini, gudluck aku ucapkan. Nanti aku sibuk pi tanya sorang2 nak mintak tips. Jahatkan? Ok lah nak mengundurkan diri dulu, nak pergi menyiapkan storyboard, powerpoint bersama cik pika (No.89).. adiossss




p/s: pagi tadi 2 helai bulu mata jatuh belah kanan..ada org rindu aku, aku pon rindu dia :)



GOODLUCK TO ALL STUDENTS
DIP. IN MULTIMEDIA
BATCH JULY/2010



18 November 2012

Aku Dah Penat! Tolong Lah Faham



Minggu ini lagi sekali aku terpaksa gagahkan diri pulang ke tempat menuntut ilmu dengan hati berbelah bahagi, hati tak tenteram, hati yang sakit dan takkan pernah surut bengkaknya. Tapi apakan daya aku tak dapat lompat tinggi2 yang menandakan diriku sudah merdeka dengan semester 5. Ikutkan hati memang taknak dah balik Ipoh tapi final presentation for Multimedia Project buat tidurku tak lena, mandi tak basah, makan tak lalu..eh macam2 lagi lah mengalahkan orang nak menikah.



Jadi nak buat hatiku senang malam nie, sambil blogging sambil dengaq lagu Barbie Girl -.-'
Harap2 nanti takda makhluk2 tuhan datang mengacau hidup aku. Sesungguhnya aku dah tak dapat nak berlakon lagi, dah terlalu meluat dan benci. Adakah makhluk2 tuhan nie faham? or buat2 tak faham dari dulu lagi. Wahai kaum Adam sedarkan diri secepat mungkin dari mimpi2 yang tak berkesudahan dengan diri yang ter-sangat perasan, usah lah kamu bermain dengan emosi seseorang yang menunggu masa nak meletup. Amboi, tak la nak meletup macam gunung fuji tu ye. Harus bagaimana lagi dapat aku katakan, sudah bersuara menggunakan ayat yang sopan ditambah pula sedikit jenaka. Haih letih makkk nak explain, nak guna bahasa tamil kang lagi tak faham, guna bahasa mencarut takut terguris hati pulak.. habis hati aku tak pernah nak faham? Ketenteraman jiwa raga aku nie? nak tunggu sampai ke tua baru nak tenteram. 



Nampak tak ayat di atas.. cik amanina dah membebel panjang berjela dalam versi ayat. Nak mention nama makhluk2 tu tapi takot terasa pulak, maklum la blog aku public dan ada silent readers. Kalau boleh nak pasang cctv. Biar kerlass blog kau kak jah. Ewahhh... 



Tata.. nak tidur peluk teddy Mr.Bean. Hihi



Pesanan ikhlas dari tuan kedaun..


Secara tulus ikhlas aku ingin pergi jauh-jauh dari kenangan dulu-dulu..tak sesweet mana pon
Hanya meloyakan tekak mendengar ayat-ayat sweet dari mereka2 ini.
Semoga insaf secepat mungkin. Hati tak boleh dibuat main. 
Tolong lah jangan ganggu hidup aku lagi. I'm begging you all


15 November 2012

Adam Dan Hawa




" Seorang lelaki jika dia kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya.. " Seandainya Hawa diciptakan dari Adam As saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasa sakit keluarnya Hawa dari sulbinya hingga dia membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasa sakit dan membenci Hawa. Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cintanya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebus dengan kehidupannya.



Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu(jantung, hati nurani). Oleh kerana itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Kemudian Allah menjadikannya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu dan tukang besi. Wanita selalu berinteraksi dengan perasaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja, dan seorang isteri yang penurut.



Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang dikabarkan oleh Nabi Muhammad SAW, "jika seorang lelaki meluruskan tulang yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya". Maksudnya adalah dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang lelaki.



Maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu. Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bererti dia sedang menangis di dalam hatinya. Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf. Dan wanita sulit untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayangi.



"Dan wanita sulit untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang". Memang benar, wanita memang sifatnya kalau sudah mencintai dan menyayangi seseorang, amat sukar baginya untuk mencari kelemahan atau keburukan yang ada pada diri orang yang dicintainya untuk diben Tapi jangan buat wanita benci kepada seseorang kerana sekali seseorang itu sudah mula membuat sesuatu yang dapat mengoyak rabak hatinya, maka wanita itu akan membenci seseorang itu dengan sebenci-bencinya.







Salam Maal Hijrah...

14 November 2012

Harapan Atau Janji?





Assalamualaikum semua blogger yang hebat2 belaka...
Selamat pagi ~ hari nie nak menjiwai a.k.a menjiwang..dah lama tak menjiwang
Panas terik tak mengahalang aku nak jiwang pagi nie..sekali sekala


Ada satu kisah tapi bukan cerita dongeng mahupun rekaan tetapi sudah terjadi kepada sesiapa yang bercinta. Tak semua yang kita harapkan akan menjadi kenyataan. Ikuti kisah ini...


Pada suatu petang ditaman bunga terdapat sepasang kekasih..


Juliet: kita akan kawin tak?
Romeo: i berjanji yang kita akan kawin
Juliet: sampai bila kita akan bersama?
Romeo: i berjanji kita akan hidup semati
Juliet: terharu bila mendengar ayat itu dengan penuh harapan dan akan menunggu..juliet bertanya lagi boleh tak romeo janji juliet je dalam hati romeo
Romeo: i berjanji hanya juliet je dalam hati i
Juliet: dia teruja dan memeluk romeo
Si Juliet dah pasang harapan dan berangan2 inginkan pelamin warna pink


Adakah cinta memerlukan harapan? Adakah cinta dipenuhi janji2? Semuanya terpulang pada setiap pasangan yang inginkan kebahagiaan. Rupa-rupanya janji hanya tinggal janji, si Romeo lupa janji.. si Romeo kawin dengan orang lain..si Romeo menduakan Juliet! Hancur lebur hati juliet... pelamin angan ku musnah....




Sesiapa yang bercinta mesti perlukan harapan rite? Tipulah kalau takmo ada harapan apa2.. Maksudnya harapan untuk terus bersama and then selautan janji di tabur atas hamparan bunga-bungaan.. Hati bahagia bila berpegang pada janji tu ! Tapi bolehkah janji2 tu ditunaikan? Ataupun janji hanya tinggal janji !! Dibiarkan orang yang mengharap terkontang kanting dengan sejuta janji palsu !
Bila bercinta semuanya terbuai dengan kenikmatan cinta, yang salah diagungkan yang betul tak diendahkan tapi nak salahkan siapa bila semua tu hancur? adakah si Juliet terlalu mengharap ataupun si Romeo yang suka berjanji?


Kadang2 tanpa mengharap pon pasangan akan berjanji tapi janji tu hanya kosong sebab bercakap tanpa berfikir terlebih dahulu. Sometimes kita perlu berfikir sometimes jangan biarkan diri terus terbuai dengan segala harapan palsu..segala janji yang terlafaz dari bibir tapi ingatkan diri supaya jangan terlalu berharap dengan perancangan yang entah betul atau tak kerana setiap perancangan manusia ditentukan oleh Allah s.w.t




Hati berbicara:




kita semua adalah banduan bila bercinta dan semua yang dicinta itu adalah raja
betulkan cinta itu urusan hati ? sebab bila bercinta akal tak mampu mengawal, tak mampu berfikir dengan waras.. bila cinta menduduki hati.. hati takkan pernah runtuh.. tapi jika cinta hilang.. hati hanya debu2 tanah.. lemah dan tak berdaya.. akhirnya hati dan akal tidak boleh berbuat apa2.. so jangan terlalu taksub dengan segala harapan dan janji kerana setiap janji pasti mengecewakan.. yang pasti tepuk dada tanya iman..


13 November 2012

Nama Aku Nina نينا 尼娜 ニーナ


Selamat petang uollss...


Masuk hari ke 4 dirumah dan aku takda plan nak dibuat selain tengok tv, on9, makan, tidoq. Nasib baik ada blog boleh la jugak menaip sesuka hati, eh tak boleh suka2 hati gak sebab nanti ada orang baca. Pagi tadi aku terbaca kisah perihal nama yang ibubapa berikan untuk anak mereka. Pernah tak kita tiba2 rajin pegi mencari maksud nama kita tu? Maksudnya selain dalam bahasa arab, kita boleh tau jugak maksud nama kita dalam bahasa lain.




Kalau tidak macam mana makcik2 vogue letak nama Sally, Elly, Jenny dan dot dot dot... Bila takda keja aku memang suka godek2 dalam google. Cari seberapa banyak info, berita yang semuanya tak sempat nak dibaca dalam paper dan majalah. Memandangkan semasa mak mengandungkan aku, mereka tak menyangka akan dapat baby girl. Ingatkan anak lelaki, jadi nama anak perempuan takda langsung. Sedih bukan?


Amanina - nama yang diberi oleh tok aku yang bermaksud cita-cita kami, harapan kami. Dia cukup suka bila sebut nina tu. Walaupun simple tapi bersyukur nama tak bunyi pelik2. Bila search meaning 'nina' dalam bahasa Greek, Spanish dan lain2 ada maksud tersendiri. Bukan untuk bangga tapi cuma nak kongsi pengetahuan dengan orang2 yang bernama nina juga. Nama nina banyak digunakan di negara Eropah terutamanya bangsa Danish, Swedish, Norwegian, Finnish (negara Scandinavia). Nina also is used predominantly in the English, French, German, Italian, Polish, Russian and Swahili languange.





Nina is a feminine given name of Spanish and Hebrew origin, and the meaning of Nina is "little girl; great-granddaughter". In the Russian language it means beauty. In Europe it is a short form of names such as Marina and Katharina; nice in Persian; beautiful eyes in Hindi; mother in Swahili; strong or mighty in Native American culture; friend in Arabic and flower in Old Greek


Apa saja nama panggilan aku boleh terima tapi jangan panggil orang dengan nama binatang pig tu sudah la. Keluarga, orang yang rapat dengan aku, kawan2 ada panggil amani, nina, ninot, lina laa, nama manja tak termasuk oke..hehe. Bersuka hati dengan nama yang telah diberi, nama tu bukan saja ada kat dalam sijil kelahiran malah dalam IC, kad matrik and so on.

12 November 2012

Jom Masak!





Harini dah memang plan nak masak tomyam..memang kalau balik cuti mak suka masakkan tomyam untuk aku. Tomyam salah satu makanan favourite aku, tambah2 kalau kuah pekat. Kalau makan kat luar memang tomyam takda dalam list sebabnya aku lebih suka masak kat rumah. Kadang2 restoran masak tak berapa nak ngam. Makanan nie pun asalnya memang makanan orang siam. Cuma aku tak guna pes tomyam dari siam, kalau tak lagi kaw. 



Bukan susah sebenarnya nak masak asalkan nak dengan taknak ja. Kalau malas lagi lah. Bila masuk hari ke 3 stay kat rumah memang la kena bebelan pak mad. Kami memang takda sefahaman dari dulu. Ada ja yang tak kena, mengalah mak aku. Pot pet pot pet...


Memandangkan keadaan ribut dirumah dah reda aku pun masuk la kedapur buat apa yang patut. Ingat tak reti masak ke? Boleh tapi kalau tak sedap jangan komplen. Masak simple dan sekejap..tak payah tunggu berjam-jam. Chef nina ada resepinya especially untuk orang bujang, untuk student macam aku nie. Try la :)




Bahan-bahan:

Ayam - 1/3 ekor (dipotong dadu)
Udang - ikut suka la berapa ekor

Bahan A - 

3 helai bunga kantan
3 helai daun limau (daun muda)
2 biji cili melaka
4 batang jagung muda (muda klau tua keras)
1 batang lobak merah
3 biji bawang putih
2 batang serai (diketuk)

Bahan-bahan lain:

2 biji tomato
3 biji bunga kobis
1 pati kiub tomyam Maggi
2 biji bawang besar


Cara memasak:


Rebus semua bahan seperti bunga kantan, cili melaka, serai, lobak, ayam, jagung muda, daun limau, bawang putih sehingga empuk. Apabila kesemua bahan dah empuk masukkan udang, bunga kubis, tomato, bawang merah, kiub tomyam dan garam secukup rasa. 


Dah mendidih..siap untuk dimakan


Tadaaaa

|

|
|
V

Jemput makan tomyam miss nina


p/s: Malam nie nak tak nak pak mad kena makan tomyam anak dia. Hehe 


11 November 2012

Istanbul Aku Datang :)





Baru sempat curi2 masa sikit tengok filem yang sangat comel ini. Sangat comel kan? Lagi comel sebab ada Lisa Surihani. Aku rasa filem ini takkan secomel Lisa walaupun hero dia Beto Khushairy. Walaupun ada Tomok tapi hero cerita nie tak adalah sehensem Aaron Aziz sebabnya ini kali ke 2 tengok Tomok jadi hero selepas layan movie "Mantera" aritu. 


Sebelum tu aku dah layan movie Skyfall, Paranormal Activity yang menakutkan tu. Tapi Lisa yang comel nie macam menarik hati untuk tengok walaupun hero tak best. Janji dapat tengok Istanbul dan aku sangat adore dengan Turki since my kazen, abang An telah fly ke Istanbul bersama ayahnya, my Pak Tam. Itulah untungnya kerja dengan MAS. Jeles gua.. 




Comelnya Lisa ! Hehe



Mengisahkan keinginan Dian untuk berkahwin dengan teman lelakinya, Azad. Masalahnya, Azad sedang mengikuti kursus perubatan selama 6 tahun di Istanbul. Tempoh itu nyata terlalu lama, lalu Dian berazam untuk ke Istanbul dan mendapat lamaran perkahwinan dari Azad, supaya mereka boleh segera berkahwin dan dia boleh tinggal di Istanbul bersama Azad sementara Azad meneruskan pengajiannya.



Malang sekali, bila tiba di Istanbul, Dian disambut tawar oleh Azad. Azad risau dengan kehadiran Dian akan menganggu konsentrasinya dan tak suka Dian menumpang di flatnya yang dikongsi dengan 2 orang kawannya. Maka terpaksalah Dian mencari rumah baru. Setelah membayar sewa 3 bulan untuk pangsapuri pilihannya, dia mendapati yang dia telah ditipu - rumah itu sudah diduduki oleh seorang lelaki Melayu bernama Harris! 




Oleh kerana tuan rumah yang sebenar telah pergi ke Mesir, terpaksalah mereka tinggal sebumbung buat sementara waktu kerana kedua-duanya berkeras bahawa mereka masing2 berhak tinggal di situ. Perang dingin pun bermula antara Dian dan Harris. Pada masa yang sama, Dian terpaksa merahsiakan situasinya dari Azad. Malangnya, kantoi juga dengan Azad. Mengamuk la bila dapat tahu Dian tinggal serumah dengan seorang lelaki! 








Malas nak story lebih2. Bila korang tengok gambar nie mesti dah boleh tekakan siapakah lelaki pilihan Dian. Nak tau kisah bercinta dengan orang lain, kahwin dengan orang lain patut tengok movie nie tau! 



Seriously I fall in love with Istanbul ! 
Cantik sangat masjid Lisa buat photoshoot masa kahwin tu :)   


Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com