30 December 2012

Kronologi Kisah Sepanjang Tahun 2012





Pejam celik 2012 bakal melabuhkan tirainya. Tak terlambat nak mengucapkan selamat tahun baru kepada semua blogger dan readers. Menjelang tahun baru 2013, pasti banyak cerita dan kisah hidup suka duka sepanjang tahun 2012. Aku pasti akan terkenangkan semua perjalanan hidup yang telah dilalui sepanjang 2012. Seperti biasa, aku cuba memperbaiki diri, mengenang saat indah, berbangga dengan kesabaran menghadapi saat2 susah.. semuanya dalam kepala otak masing2. Kalau tak terlintas langsung kisah hidup sendiri, something wrong la. Macam takda life kan?


Tahun 2013 pasti akan dapat lebih banyak drama dalam hidup aku. Kerana drama, masalah, dugaan dan cabaran takkan pernah berhenti dalam hidup selagi kita masih bernyawa. Tak sabaq nak tunggu cerita panas tahun 2013. Dibawah nie kronologi kisah cik nina.. pahit manis masam semua ada. Just nak kongsi... yang baik jadikan tauladan, yang buruk jangan sesekali ikut.


JANUARI

- Bermula sem 4 yang boring. Bila tengok subjek dah boleh agak duit akan mengalir banyak untuk sem tersebut, waktu tidur aku akan makin berkurang. Start dari bulan itu banyak kali ulang alik Penang-Ipoh setiap minggu dengan kawan klas kerana keja.


FEBRUARI

- Seperti biasa setiap minggu lepas habis klas aku dengan cik pika rushing balik ke Kulim semata-mata jumpa client untuk projek kami. Tiap2 minggu bergilir2 ajak kawan balik dengan kami. Boleh tong2 minyak dengan tol. Nak jimat punya pasal. Dah alang2 tu setiap minggu kami masuk pulau semata-mata nak kayuh basikal kat Batu Feringghi. Boleh dikatakan surau petronas BP tu jadi umah ke 3. Ada satu hari tu hujan lebat, terpaksa berteduh di bustop.. agak lama tunggu hujan berhenti tapi tak so kami kayuh basikal ke kedai sewa n naik keta ke petronas untuk tukaq baju. Ingatkan masalah settle, rambut aku termasuk dalam hairdrayer pika. Mau tak gelak dia, malu gila time tu tapi nasib baik takda orang lain, rambut aku terpaksa dipotong guna pisau belit. Arghhh rosak rambut!


sempat lg snap


gunakan dgn selamat.. gelak mengilai bila tgk gambaq nie


pika and izuan


MAC

- As usual balik umah bawa hanie. Bulan tu last aku balik Penang dengan kawan memandangkan keja kat Kulim dah siap. Dalam sejarah 1st time jogging kat Ipoh, memang sebelum tu tak pernah jog kat sana. Bukan pemalas nak senam tapi takda kawan nak teman. Boleh la tengok post gemok tu.




dik kueh dik.. haha


lepak ber 3 kt r&r bagan ajam


jog la sgt


APRIL

- Join budak2 junior shooting short filem untuk final projek mereka. Yelah sebagai senior aku dah ada pengalaman shooting masa sem 3 dulu jadi tak salah tolong. Lagipun best kalau jadi camerawoman nie. Bajet perasan lebih.


with krew


seronok main upih pinang


MEI

- Study week! final exam dah dekat. Memang penat bulan tu sampai tak tidur untuk beberapa hari hingga muntah teruk sampai badan lembik. Tinggal lagi 2 paper sebelum dijawab aku sempat fly pegi KL jumpa kawan skolah. Shopping cari barang sikit. Bulan paling sweet, akhirnya pertama kali bertemu jejaka fb yang selama setahun lebih kami cuma berhubung tanpa pernah jumpa. Terima kasih untuk segalanya sanggup datang amek kat stesen bas. 


times square!


JUN

- Happynya dapat habiskan masa kat umah. Dapat jugak aku jumpa kawan2 lama yang terpisah selama 3 tahun. Paling best dapat lappy baru, lappy lama dah koma. Paling sakit bila kaki aku ditimpa kipas angin, menangis ler. Malangnya ibu jari kaki kiri dah ada darah beku :(


photoshoot.. hee


JULAI

- Senior sem 5 dengan result yang meningkat.. syukur. Bulan paling aku suka sebabnya dapat makan kek banyak kali. Gemok? who cares. Housemates banyak lahir bulan nie. Tengs kawan2 yang buat surprise bufday untuk aku. Walaupun kat Tesco tapi tak sangka ada lagi nak surprisekan aku. Dapat sambut bufday dan anniversary mak ayah kat umah. Tahun2 yang lepas aku tak dapat sambut. I got new phone. Wee ~~ 





OGOS

- Bulan Ramadan paling bermakna sebab semuanya serba-serbi last kat Ipoh. Hehe.. Paling lawak sahur makan maggi, berapa kali tak sempat sahur. Waktu berbuka dengan kawan2 tak dilepaskan. Rasa puasa tahun nie lain sangat. Alhamdulillah raya pon meriah.



SEPTEMBER

- Masa yang ditunggu ialah dapat makan puas2 untuk kali terakhir di jamuan raya kolej.


we Multimediarian's


OKTOBER

- Bulan paling sedih bila tak dapat balik raya korban, gara2 terlupa nak tengok tiket train sampai terlepas. Nasib baik ada keluarga angkat boleh gak raya kat Lenggong. Selalunya duduk rumah kalau takda asiment. Habiskan masa merapu merepek dengan budak2 rumah.


mamee monsters


NOVEMBER

- Habiskan masa hangout dengan kawan ke Hotsprings Sungkai, tinggal lagi 1 paper nak dihabiskan time tu. Last paper kami semua ada dinner last sem. Bulan tu semua akan berpisah dan aku dah mula pindah barang sikit2 dari umah sewa.









DISEMBER

- Bulan paling BEST! BEST! BEST! hahaha, dapat berkat kawan yang bertunang. Terpilih untuk pegi kursus Latihan Pembentukan Usahawan MARA di Langkawi. Wow.. memang teruja sangattt..






Overall, aku merasa semua pengalaman hidup sepanjang 2012. Tak dinafikan, lebih banyak penderitaan dan masalah yang kita alami, kita akan menjadi lebih matang dan yakin dalam hidup. Aku percaya segala yang berlaku adalah ketentuan dari Allah. Dia yang merancang segala-galanya. Sekiranya kita berjaya melalui segala dugaan dan cabaran itu, pasti kita akan tersenyum suatu hari nanti. Banyakkan bersabar.

Azam baru aku tak terfikir lagi nak buat apa tapi yang paling penting dapat menjadi seorang pekerja yang baik, kurang kena marah dengan bos. I hope so.. but, forget about new year resolution, lets have some fun!! Haha. Contoh ajaran sesat mana nie.



27 December 2012

Jangan Risau Bila Belum Berpunya


Assalamualaikum selamat petang dunia ...
Indahnya hari nie tak tau kenapa tapi memang best ... sebab hari nie aku bangun tersangat awal macam nak p sekolah ditambah pula kelajuan P1 yang memang laju tanpa orang sebelah rumah dapat tumpang sekaki. Tapi memang indah dari pagi tadi, alhamdulillah still lagi bernafas.



Kalau pasal cinta mesti nak feeling lebih2. Entry nie ada kaitan dengan pagi tadi jugak, tengah syok2 peluk bantal guling sana guling sini ada pulak sorang minah nie col. Pagi2 dah col aku guna no office semata-mata nak gossip pasal sorang lagi kawan skolah aku dah kawin senyap2. Amboi, hilang teruih angan2 aku bila dengar nama budak tu. Dulu budak tu ada buat hal dengan aku. Oke itu semua dah lepas tapi tak patut la kawin diam2. Aku tak kisah pon kalau dia tak jemput. Hahahaha (gelak jahat) tapi kawan aku yang col nie dia amat terkilan sebab masa majlis tunang dia aritu budak skolah kami sorang pon tak datang. So kes touching la nie tapi aku jadi tempat rujukan.. RUJUKAN oke.






Tapi kawan2 aku nie beruntung sebabnya mereka dah masuk group bakal2 isteri terpilih. Yang jadi bini tu lagi la seronok tapi ada jugak yang sedih bila dirinya masih belum berpunya. Sapa yang sedih takda pakwe tu meh nak tampaq.. haha, nak sedih2 buat apa ?? takda makna nak sedih2 .. tambah2 kalau umur dah meningkat, tengok kawan2 lain banyak dah kawen dan ada anak, berderat anak2 kat belakang. Hihi...



Bagi gadis kadang2 hatinya risau, hatinya resah bila masih sendiri .. kadang2 try jugak tapi tak dapat tak jumpa .. bagi pemuda pulak hatinya bimbang .. duit dah cukup awek pulak takda, rasa macam tak lengkap hidup nie. Bila tengok orang dengan pasangan masing2 mula la rasa cemburu, mula la terfikir hidup sedih pastu mencari2 cinta padahal yang memberi cinta itu hanya Allah saja tahu apa yang terbaik untuk kita. Dalam hadis juga mengatakan "orang baik untuk orang baik n sebaliknya". So tak payah la nangis guling2 depan mak kononya takda orang nakkan kita. Nonsense itu semua.



Wahai gadis/jejaka



✔ Berusaha dan bersabar la..memiliki benda yang baik bak berlian bukan senang nak dapat. Bak masuk kandang rimau jumpa rimau, masuk kandang kambing jumpa kambing..macam2 halangan yang ada.


✔ Jangan putus asa..cth: kamu minat seseorang tu tapi dia tolak mentah2 pastu dia tambah pulak luka dihatimu. Dia kata kamu tak hensem tapi jangan sampai timbul dendam. Eh jangan pernah putus asa. Mungkin anda akan terjumpa dengan seseorang.


✔ Usah rasa malu dan teruskan..cth: jika kamu meminati seseorang itu tapi kamu telah berusaha memikat hatinya percaya la selagi kamu terus menerus mendekati dirinya kamu pasti akan memilikinya.


✔ Berdoa dan bertawakal padanya. InsyaAllah.. dan bentuklah peribadimu dan kamu dapat orang selayak peribadimu. Jika peribadimu rendah maka rendah jugak la peribadinya.





Kalau tak dapat jugak macam mana dokter cinta ? kalau tak dapat usah risau telah dicatatkan nama pasangan untukmu ketika didalam rahim lagi. Cuma peribadinya bergantung pada peribadi yang ada pada dirimu. Usah risau lagi ya, senyum la sepuas-puasnya.


24 December 2012

Hotel Review : Aseania Resort & Spa, Langkawi


Oke lah, seperti sedia maklum, trip berkursus ke Langkawi aritu selama 11 hari aku menginap di Aseania Resort & Spa, Pantai Tengah, Langkawi dan berada di kawasan Pantai Chenang jugak. Seriusly nie first tima aku stay sini sejak melancong ke Langkawi dan tak sangka punyalah best stay situ. Macam2 boleh buat and opcos la kolam renangnya yang dikatakan kolam renang yang terpanjang di Asia. Yeke? tapi memang panjang la.



Pintu masuk


Lobby



Aseania terletak kat Pantai Tengah tapi walk distance je je Pantai Chenang tapi basah la jugak ketiak nak berjalan dan jangan terkejut McD dah ada kat Langkawi dan 3km dari hotel aku menginap tu. Sehari sebelum pergi kursus usha dulu website. Nak tengok tempatnya macam mana, dekat dengan apa, ada kedai runcit la. Bila tengok Aseania nie pegang rekod the longest pool in Asia hati jadi berbunga-bunga oke nak sampai Langkawi. Hehe.. Hotel nie luaran dan dalaman nampak oke dan berwarna PINK. Not bad dan masa aku sampai hotel tengah buat renovation, cat kaler baru. Yelah nampak warna lama pun dah agak lusuh. 



Bestkan? Weee...


Pool kanak2



So far tengok receptionist oke lah, takda nak buat muka toya ke muka sombong ke. Kami disambut dengan senyuman lepas turun dari bas dan angkut luggage dan longgokkan kat depan lobby. Yang tak bestnya kami dapat kunci bilik bawah. Alaaaa asal geng2 baru semua dok atas. Pulak tu mengadap ke arah jalan kalau mengadap ke pool best jugak. Nasib la labu.. 



Jadi kalau nak naik bilik kawan kat atas selalunya naik tangga je sebab lifnya agak sempit. Masuk 4 orang dah sesak. Huh! Tapi ada 2 lif yang mengadap pool. Keluar lif nampak pool, kalau sebelah belakang pool kira dalam sikit dan itulah tempat kami mandi manda, main netball petang2. Asyiknya takda siapa nak kacau, takda gangguan. Patut lah hotel nie banyak omputih menginap and   dari segi makanan pulak. Tiap2 hari menu yang lain cuma ada la jugak menu yang sama tapi aku tak rasa jemu makan makanan kat situ. Mungkin chef dah bertukar yang baru sebab pelayan pun ada dari Filipina. Jom cakap bahasa Tagalog sikit! Haha.. 



Makan tepi pool utama


Pool belakang


Disini disediakan juga bilik meeting yang kesemuanya 3 bilik. Agak besar dan ada juga sederhana yang menjadi bilik kami berkursus. Oke lah tu untuk student macam kami nie nak bising2. Lastly nak cakap pasal bilik. Maybe aku dok bilik bawah jadi matahari agak kureng la bab pancaran nak masuk dalam bilik tapi kalau ada bau memang cepat2 buka tingkap luas2 untuk menghilangkan bau hapak. Tak sangka bilik aku tu dapat 2 katil yang besar la jugak. Tarak hal punya lah nak tidur buas malam2 dan toiletnya pula tiada la bau sangatseperti toilet RnR. Cuma rajin2 la buang sampah dalam toilet dan biarkan cleaner mencuci bilik setiap hari kalau nak bilik bau wangi dan cadar yang bersih :)

34 Syarat Lelaki Untuk Si Gadis






Tiba-tiba petang nie agak jiwang sikit. Hati rasa rindu sangat-sangat. Entah la rindu kat siapa pon tak tau. Lama tak buat entry sayang-sayang macam nie. Jom baca syarat-syarat cik abang kalau rajin. Tunggu idea nak meng-ayat tak dapat lagi. Hehe



1 ) Caring.

2 ) Lemah lembut.

3 ) Pandai amek hati.

4 ) Tak sosial sangat.

5 ) Ada kerjaya sendiri.

6 ) Pandai uruskan masa.

7 ) Sukakan kanak-kanak.



8 ) Tidak bersikap materialistik.

9 ) Tak membebel dalam kereta.

10 ) Tidak kemaruk seks. * HAHA.

11 ) Pandai berdandan dan bersolek.

12 ) SOLEHAH.. Kena tau jugak agama.

13 ) Tak selekeh dan berpakaian kemas.

14) Hormat orang lain termasuk bf dia sendiri.

15 ) Sentiasa cuba untuk memajukan diri sendiri.

16 ) Berdikari dan tak terlalu bergantung pada bf.

17 ) Cakap lepas, suka mencarut, cakap kasar and etc.

18 ) Bersifat kewanitaan. *siapa laa nak gf yang ganas.

19 ) Tak mengada-ngada mengenai hal yang remah-temeh.

20 ) Boleh berkomunikasi dengan baik dengan keluarga pihak lelaki. 

21 ) Sentiasa ada dengan dia tak kira saat dia gembira or tengah sedih.

22 ) Pandai masak, lagi-lagi pandai masak makanan kesukaan bf dia.
*nak menambat hati lelaki bermula dengan menambat hati keluarga dulu.

23 ) Tak pakai pakaian yang sexy. *bukan ke lelaki suka tengok perempuan sexy ?

24 ) Jangan jadi queen control ! *tapi ada sesetengah lelaki suka gf dia control dia kot.

25 ) Tak mudah marah dan tak menjadikan alasan 'period' untuk melepaskan kemarahan.

26 ) Tak bangun lambat. *erm bukan semua orang memang suka bangun lambat ke? hihi.

27 ) Pandai sesuaikan diri dalam apa-apa situasi macam dengan family or kawan-kawan dia.

28 ) Tak kedekut waktu spend time sama-sama tak kira la time makan ke tengok wayang ke.



29 ) Pandai berfesyen. Kadang-kadang perempuan suka main bantai saja apa yang dia nak pakai.

30 ) Tak meninggikan suara or menengking time bercakap dengan bf walaupun time tu tengah gaduh.

31 ) Cepat detect samada bf dia tengah marah or takda mood. Lagi bagus kalau gurl tu pandai menenangkan hati bf dia. *kena belajar ilmu memujuk lepas nie.


32 ) Pandai jaga badan. Tak payah slim sangat, cukuplah sekadar sedap mata memandang. *oohh kalau dah gemok kena reject la eh? haa.

33 ) Ada minat ataupun hobi yang sama. Contohnya, sama-sama minat DSLR ke sama-sama minat bola sepak ke.

34 ) Pandai jaga sahsiah. The important things is gurl tu tak mengada-ngada or gedik tak bertempat. EUUWWW!! *sesekali nak manja gedik-gedik tak apa kan ? hee.



Orang atas nie tak sabar nak berbuka puasa. 
Makan gelojoh kejap lagi. Bye semua..



22 December 2012

I'm back!





Assalamualaikum dan selamat malam. Harini baru balik dari kem kepimpinan remaja di Kem Rimba Tamu, Kuala Kubu Bharu. Amboi aku bukan dalam kategori remaja lagi tapi dah boleh mengundi tau. Agak boring tapi boleh la tahan masuk dalam hutan. Biar nyamuk gigit badan aku banyak sikit. Dari mula lagi memang dah boleh agak kem nie tak best jadi aku pon malas nak bawak kamera. Tak dapat la nak shot gambar. Apa pon tempat nie tetap ada kenangan. Rindunya nak lepak kat empangan Peretak. Memang cantik tempatnya. 




20 December 2012

Muktamat Bukan Murtabak Ya..





Memandangkan tak sampai lagi 2 minggu kita akan masuk tahun baru 2013, tak sampai 13 hari selepas itu bermulanya latihan industri yang pertama bagi aku. Agak-agak apa aku akan buat ye?? Ohh ye, harini aku sudah buat keputusan muktamat mahu LI di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang. Harap-harap nanti takda masalah. Takot sangat, bak kata orang berpengalaman bila LI nanti kena berlagak macam orang dah bekerja. Lepas nie tiap-tiap hari aku kena cakap 'Mak, nak p keja dah nie..nak duit'. Hehe. Lepas nie aku kena berdikari macam kat Ipoh tu, semuanya buat sendiri. Nanti tiap-tiap hari ulang alik naik bas. Jangan menggatal dengan budak-budak matrik sudah la. 





18 December 2012

'A' Hilang Dalam Result :(





Selamat malam semua. Harini segala penat lelah terjawab bila tengok result untuk sem 5. Seperti yang dijangkakan dari Langkawi lagi aku tak dapat result yang oke untuk sem nie. Agak kecewa dengan keputusan especially untuk subjek yang banyak kerja group. Nak marah pun dah tak guna, nasi dah jadi bubur basi. Yang dekan berturut-turut tak dekan sem nie, yang pointer memang tinggi boleh jatuh merosot contohnya aku. Rasa macam nak jerit tapi aku bukan ada depan pantai tapi dalam rumah. Harini tersangat la frust walaupun lulus semua subjek tapi aku tetap rasa sedih sebab semua 'A' aku hilang, banyak B dengan C. Memang frust frust frust...





AMANINA frust menongeng!


Patut la aku tengok cik pika tweet merepek-repek rupanya dia tak dekan sem nie. Halamak memang tahun nie majlis anugerah dekan kurang budak-budak sem 5. Sob..sob. Nak nangis la macam nie. Sedih gila bila fikirkan nasib kami berdua yang langsung tak pernah dapat tidur yang cukup. Selalu merempat kat McD sampai ke subuh semata-mata nak siapkan kerja. Amat perit jadi student nie. Duit banyak yang keluar, masa memang tak pernah cukup.


Apa pun yang berlaku mesti ada hikmahnya. Aku terima dengan redha, terima kasih banyak-banyak kepada semua lecturer kerana mereka tak biarkan aku FAIL. Syukur alhamdulillah. Sukacita dimaklumkan aku dapat tawaran LI kat Kolej Matrikulasi Pulau Pinang tapi sayangnya aku tak dapat nak confirmkan tempat LI tu sebab sistem web kolej buat hal. Arghhhh bencinya! Kena delay lagi macam nie -________-"


Apa pon aku rasa takut nak LI. Nanti macam mana ya first day kat sana. 
KMPP wait for me ya!




17 December 2012

Film Review The Hobbit : An Unexpected Journey - Kisah Si Kerdil






Harini nak review filem yang baru aku tengok selepas 11 hari berada di Langkawi dan tengs kat si dia yang bawa tengok wayang selepas seminggu lebih kami tak jumpa. Terasa macam permintaan aku nak tengok wayang dah ditunaikan. Hehee.. Akceli sangat best jalan cerita movie nie, yelah dari director The Lord of The Ring juga. Sebut saja The Hobbit mesti ramai terbayang trilogy LOTR dan movie nie sebahagian dari novel yang mengisahkan sebelum pengembaraan Frodo dan kawan-kawannya. 


Movie nie menjawab segala persoalan di dalam movie LOTR. Ia menceritakan kisah adventure pak cik Frodo iaitu Bilbo Baggins. Dalam filem LOTR, Bilbo takmo cerita kisah lamanya tetapi dalam movie ini mengisahkan segalanya bagaimana dia boleh terjebak dalam unexpected journey bersama orang2 kerdil hingga menemui cincin The One Ring. 





Sinopsis: The 13 Dwarf! 



Sinopsis: 


Filem ini bermula 60 tahun sebelum kisah The Lord of The Rings. Kisah hidupnya ditulis sendiri oleh Bilbo, pakcik Frodo. Ketika itu, Gandalf the Grey telah melawat rumahnya pada suatu malam bersama 13 orang kerdil. Kehadiran orang kerdil itu telah menarik minat Bilbo untuk turut sama dalam misi menawan semula Dwarf Kingdom of Erebor dari seekor naga. What naga?? Bermulanya pengembaraan dari rumah Bilbo, melalui perkampungan Elf hingga ke gua bawah tanah Goblin mereka perlu menghadapi pelbagai serangan. Kisah berikutnya kena tengok sendiri. 




Bagi aku yang dah memang geram dengan Smeagol/Gollum, memang bertambah geram bila dia berebut cincin dalam movie nie. Sakit hati tau tak tengok dia dok bercakap sorang2. Ada orang sayang dia tak? Biasalah peminat Lord of The Ring kan! Haha. Mestilah nak tau dari mana asal usul The One Ring yang sentiasa menjadi rebutan tu. Paling suka part lawak Bilbo dengan 3 ekor raksasa. Euuwww ada jugak raksasa yang geli geleman kat scene masak2 tu. 





Kalau tengok balikkan filem The Hobbit nie ada beberapa watak asal filem LOTR seperti Saruman the White, Galadriel dan Elrond. Sayangnya dari mana cincin tu datang masih samar. Maybe ada lagi cerita part 2 nanti kot. Tunggu jelah bila tayangannya. Dan sangat sukakan tempat Kingdom tu. Memang cantik pemandangannya. Macam shooting kat Ireland pun ada. Herher..  






16 December 2012

Langkawi (Part 4 - Kesudahan Cinta Monyet)



Selamat malam semua.. harap sihat-sihat saja. Nak habiskan part yang terakhir di Langkawi, nak cerita kisah cinta monyet antara cik Wawa dengan mr Nazirul, semua kenangan selama 11 hari kat pulau mahsuri nie susah nak lupa. Semuanya indah-indah belaka, memang semuanya satu nikmat. Syukur pada Allah, kami selamat pergi dan balik. Alhamdulillah. Sedih sangat masa nak keluar dari bilik No. 8125 tu. Tapi masa dah tamat, kena back to normal life. Maybe kami akan buat reunion di Langkawi lagi satu hari nanti. InsyaAllah :)


Selamat tinggal helang




Hari Ke 9
- Rutin harian macam biasa cuma yang berubahnya ialah berat badan. Haha. Makin gemok, seluar dengan baju bila pakai aku rasa macam ketat. Pasal si Nazirul tu, kami dah mula rapat. Walaupun dah bercakap banyak patah perkataan dengan aku tapi dia tetap segan apatah lagi bila dating dengan Wawa lepas habis kelas kursus. Sweet angat-angat. Macam-macam benda baru kami dapat antaranya biodata si pelayan tu. Paling tak boleh belah bila Nazirul bagi Mentos kat aku. Patutnya dia bagi kat Wawa tu. Sampai sekarang aku tak makan lagi mentos tu. Takot nak makan. Nak dijadikan cerita salah sorang kawan baru aku nak sambut bufday lepas habis kursus nie so kena buat surprise bufday untuk dia, sebabnya tarikh bufday tu jatuh hari Isnin, masa tu semua dah balik jadi Wawa plan dengan yang lain nak kongsi duit beli kek. Last-last aku yang kena tanya macam-macam kat Nazirul tu. Haiyaa, susahnya jadi orang pertengahan nie. Nak order kek kat hotel mahal sangat, nasib baik la dia sanggup belikan kek guna duit dia dulu memandangkan dia keja shift petang. Aku tak sampai hati nak susahkan dia. Tak baik pergunakan kebaikan orang. Jadi aku terpaksa la mintak no fon dia, nanti senang nak bagi tau apa-apa. Mamat tu dah mintak no fon tapi Wawa tak nak bagi, dari situ si mamat nie mungkin terfikir kami hanya main-main tapi memang nak mengusik saja bukan datang langkawi nak cari boyfriend. Nasib baik malam tu si Adib sanggup teman aku tunggu Nazirul habis keja then dia jumpa wawa semata-mata nak bagi coklat Smarties. Sangat sweet & Adib ambik coklat tu makan depan Nazirul siap tuang kat tangan aku. Hurm mesti dia sedih bagi coklat kat orang lain tapi kami yang makan. Sorry.


Hari-hari dilayan bak puteri



kerabu mangga..my fav!



Mr. Nazirul bagi kt cik Wawa. Aww




Hari Ke 10
- Tinggal lagi sehari saja nak kena tinggalkan dayang-dayang kat pulau nie. Lepas nie dah takda orang nak layan kami macam tuan putera puteri lagi. Tak dapat makan sedap-sedap. Akhirnya tepat pukul 11.30 malam dia datang hantar kek kat hotel dengan baju lawa, ingat nak ajak join sekali tapi dia segan. Bila aku nak bayarkan harga kek yang rm 40 tu dia cuma ambik 30 saja. Memang aku suka dapat potongan diskaun, bila bagi lagi rm 10 dia tetap xmaw ambik. Geram pulak aku. Aku boleh nampak dia memang ada hati kat wawa tapi aku cuma jadi orang perantaraan saja. Rasa kesian sebab dia dapat layanan tak seberapa, sebelum balik dia mintak aku bagi duit kertas dollar Us kat wawa. Malam tu aku jadi lagi geram bila si wawa buat tak endah dan biar dia tunggu lama kat luar dewan. Engkau tak tahu ke dia cuma nak sembang sebelum hang balik wawa. Sebelum aku marah baik masuk bilik, merajuk la kononnya. Aku nie hantar jugak mesej kat Nazirul, rasa serba salah dan nak betulkan keadaan. Dalam berapa minit si Adib pulak mesej pujuk aku, ajak pegi pantai ramai-ramai. Pandai diaorang bila kes pujuk memujuk serah kat Adib. Nak tak nak kena jugak la pegi pantai bila si senget tu jemput aku depan bilik. Pagi last lepak ramai-ramai kat pantai sampai kul 3 pagi. Nasib baik la barang dah pack. 



Masa untuk tidoq kejap kerana memberi laluan solat Jumaat



Last Dinner :(



Malam tu chef buat BBQ khas untuk rai majlis kami kena balik



Makan la sampai kenyang



Bufday Boy..makhluk mana snap blur nie




Malam last di langkawi.. main kat pantai



Hari Ke 11
- Hari yang ditunggu telah pon tiba. Dengan berat hati aku terpaksa la jugak lari dengan beg sebab takot bas tinggal aku. Kang tak balik rumah. Bila naik bas baru aku perasan tak nampak pon bayang si Nazirul tu. Selalunya walaupun shift petang dia suka datang awal semata-mata nak tengok kerenah minah-minah kepoh. Aku tetap hantar mesej bagi tahu yang kami dah check out dan dia kata hari tu dia off day dan aku pulak jadi pakar motivasi siap cakap kat dia nanti jangan sedih-sedih bila kami dah takda. Tersangat la pelik, hari kami nak balik dia cuti pulak. Nampak macam sengaja mintak cuti. Maybe dia jugak sedih nak tengok kami semua balik kot especially wawa. Malangnya makcik tu balik dengan pakcik dia memerangkap pegawai Mara yang jaga kami selama 5 hari. Kami kena stay dulu kat jetty sampai pukul 4 petang. Mangkuk mana la yang pegi beli tiket untuk kami semua, punya la lambat jadi kami berlapan sewa van shopping lagi sekali kat Kuah. Angkut pinggan mangkuk dengan coklat. Aku dah naik letih bawak barang. Sampai jetty singgah makan kfc sebab semua perut dah biasa makan banyak. Jadi cerita mereka berdua berhenti sampai disini saja. Kena tunggu kedua-duanya habis diploma la baru boleh sambung balik kisah cinta. Patutnya kisah cinta monyet nie dipanggil sebagai Cintaku berputik di cafe. Sayangnya mereka tak sempat nak bergambar. Kalau ada jodoh diantara mereka takkan kemana walaupun jarak Perlis(mamat tu org klate tapi duduk kat Perlis) dengan Perak :) 


coklat2 yg aku bawak balik. ferrero tu utk si dia



Mesti rindukan bilik nie nanti :(



Selamat tinggal bilikku



bye Aseania! nanti nak balik sini lg



tadaaaa !




Adib nie boleh jadi adik angkat jela, umur baru 18 tapi bajet macam 25. APTB




Am dah boleh duduk dengan Bob.. diorang suka gaduh




Rindu mak Gogolo.. dia la gigolo dalam group. Haha



Baru nampak daratan.. highway Aloq Staq nak balik dah.





Harini baru aku dapat keluar dengan si dia selepas 2 minggu tak jumpa. Tengok wayang ceta The Hobbit di Pacific. Best la jugak tengok lawak orang-orang kerdil nie. Tak rugi tengok. Kalau siapa tak tengok lagi cepat-cepat la pegi tengok. Tengs kat dia sebab belanja makan walaupun makannya cuma cucur. Hehee.. Sedap tengok dia makan spagetti. Bila dah keluar bersama baru la dapat bagi coklat yang aku belikan untuk dia. Kena tarik hidung dan diusapnya rambut nie.. Rindu eh? Hihi..




Selamat menonton! :)






P/s: MARA habiskan duit RM 70,000 untuk kursus LPU nie. Jadi sila la bayar duit pinjaman mara ye. Mohon terasa sapa yang tak bayaq tu.


Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com