13 January 2013

Dilema Budak Tiada Lesen

Assalamualaikum..


Diketika ini, saat ini, hari ini aku berada dalam dilema. Ohhh dilemma gadis ayu.. cewah macam lagu ohhh fatimah pulak kan. Nampak tak aku dah mula merepek. Back to story, harini mak bercakap pasal lesen. Lesen apa? lesen kereta ler. Aku memang takda lesen dan tak cekap bawak kereta tetapi aku boleh bangga dengan lesen moto. Ada jugak lesen dari takda langsung.


Sukacita dimaklumkan tahun ini In Shaa Allah aku akan masuk sekolah memandu. Sampai bila lagi nak delay. Selalunya kalau orang baru dapat lesen nie mesti bila drive orang akan bagi hadiah 'hon'. Percaya laa.. yang bagi hon tu memang orang lelaki. Tambah2 si kaki pembuli jalanraya. Tapi lelaki ke perempuan yang tak cekap bawak kereta sebenarnya?




Berdasarkan gambar di atas, boleh pecaya mamat nie cekap bawak kereta sebabnya cuba tengok logo kat stereng tu tapi jangan ditanya auto ke manual. Kalau kereta pon hebat, orang drive pon kondifen hebat jugak kan -___-"




Okokok... tujuan entry nie bukan nak begadoh kaum adam sesama kaum hawa. Tapi tolong lah para lelaki jangan marah kalau perempuan baru dapat lesen. Ini yang seram kalau benda tu betol2 jadi kat aku. Contohnya:


1. Aku memang gelabah kalau nak tekan pedal minyak. Tak tipu ini betol2.

2. Jangan paksa2 aku suruh alih kereta dan parking lurus2 especially kat mall. 

3. Takot nanti terlanggar mat2 rempit, mati katak sapa nak jawab. Haa.. aku jawab la dengan polis.


Itu antara sebab2 aku malas nak amek lesen dari umur 18 tahun. Kang jadi macam mak2 saudara aku, ada lesen tapi buat pekasam dalam dompet. Nak drive husband tak bagi. Apadaaa.. Orang cakap sekarang dah senang nak amek lesen sebabnya dah boleh pilih nak belajar manual ataupun auto tapi better belajar manual right! Biar susah2 dahulu, berlenggang2 kemudian.


Raya nanti akan aku duduk atas kau kereta.. Hewhew


Pada pendapat aku, sama2 la kita menjaga keselamatan diri. Kau hebat ke, tak hebat ke jalan raya tu untuk semua. Kalau rasa tak cekap bawa kereta kena la praktis selalu ye cik nina. Kalau takmo cekap, naik beskal jelah. *aku sedang bercakap di depan kipas untuk diri sendiri T____T

2 comments:

Elie Lily said...

Elie ada lesen, boleh memandu, tapi kereta pulak takde. Itu pun jadi masalah jugak bila ada lesen, takde kete kan? Hahaha

Amanina said...

Sama la juga elie.. hehe

Kita beli kereta sendiri la..senang kan

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com