18 Jan 2013

Jenis-Jenis Kawan


Kawan.. senang nak dapat, senang nak dibuang, senang nak dibenci dan senang nak disayangi. Keliling kita ada bermacam jenis kawan. Walaupun mereka tergolong dalam kategori yang berbeza, tapi masing2 mempunyai ciri2 yang menawan dan senang tertarik. Bila kita perlukan pertolongan mereka, tak kira kawan kita tergolong dalam kategori mana, mereka tetap menghulurkan bantuan. Ada tak kawan yang tak pernah nak tolong time susah, bila senang bersepah? Kalau ada, baik angkat kaki pergi jauh2, kerana mereka sikit pon tak pernah nak hiraukan kita. Sedihkan macam tu :(
Disini ada beberapa jenis kategori kawan yang perlu ada dan mengapa.





Si Pendengar

- Jenis ini mudah mendengar tak kira perkara remeh atau berat tanpa mengadili anda salah atau tidak. Mereka tak akan menyampuk luahan hati anda dan tidak akan memberi nasihat sehingga anda pinta. Anda patut memiliki kawan jenis ini sebagai tempat anda meluahkan perasaan tambahan pula mereka sangat bagus menyimpan rahsia.


Si Jujur

- Kawan jenis ini akan bercakap perkara yang jujur saja tak kira anda suka atau tidak perkara yang anda dengar. Kawan jenis ini yang akan memberitahu anda sekiranya teman lelaki anda curang atau kasut yang anda pakai tak sesuai dengan baju anda. Namun, selepas dia mengkritik dengan jujur, dia pantas memujuk anda kembali atau meminjamkan kasut yang sesuai untuk anda.


Si Penggemar Fesyen

- Bercerita pasal kasut atau baju mahal, tidak semua mampu untuk memiliki barangan Jimmy Choo ataupon Guess. Maka, anda patut memiliki kawan yang tergolong dalam jenis ini kerana mereka mampu memilikinya dan dia sangat berbesar hati untuk meminjamkan kepada anda. Mereka ini lah yang sesuai dijadikan rujukan sekiranya anda ingin berbelanja besar untuk satu barangan mahal. Mereka mempunyai citarasa yang tinggi. Paling menarik, sila tengok almari beliau. Hebat bukan? Macam cerita Biar Mimpi Sampai Ke Bintang :)


Si Diva

- Kita semua perlukan drama dalam hidup, maka tak salah memiliki salah seorang kawan dari jenis ini. Mereka bukan 'drama queen' tapi lebih kepada sang puteri yang wataknya tidak akan menyusahkan orang lain. Mereka mudah ketawa, comel dan tiada musuh. Yang pasti suka berlagak diva dan tahu semua perkara.


Si Lasak

- Golongan ini lasak seperti budak lelaki dan tahu semua perkara yang budak lelaki tahu. Mereka ini mampu untuk menukar tayar kereta anda yang pancit sekiranya anda tiada kawan lelaki yang bolh menolog anda. Golongan ini tidak akan sesekali memperlecehkan kemampuan wanita yang serba kekurangkan malah mereka sangat boleh diharap.


Si Pengambil Berat

- Mereka yang tergolong dalam kategori ini bersikap seperti ibu yang sangat mengambil berat. Kawan jenis inilah yang akan memasak bubur dan sup sekiranya anda demam, yang tahu setiap jenis bunga dan yang menyayangi kanak2 dan binatang. Mereka sangat penyayang, ringan tulang malah boleh berkongsi masalah seperti yang anda lakukan bersama ibu anda.


Sekarang lihat pada diri anda sendiri, jenis kawan bagaimanakah anda dan beberapa jenis golongan kawan yang anda ada. Namun, kawan yang bersikap jujur dan baik hati tetap disukai ramai!! Ya, aku tergolong dalam kawan yang baik hati sampaikan ada kawan tak pulangkan kasut wedges yang aku bagi pinjam, ada yang sanggup mencuri baju aku semata-mata nak dressing. Ohhh KAWAN..

2 comments:

  1. kite x ksh pun kwn mcm mane. tp xsuke kalau kwn yg jenis annoying. muehehehe..

    ReplyDelete
  2. Hehee..kan.. Penat nak melayan

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com