1 January 2013

Kenangan Zaman Sekolah






Assalamualaikum dan selamat tahun baru semua..
Ini entry first untuk edisi tahun 2013. Esok semua sekolah seluruh negara akan memulakan sesi persekolahan baru. Wow.. agak seronok budak2 sebabnya malam nie kena tidoq awal, dah tak boleh melayan fb dengan tweet lagi. Sempena kembali ke sekolah, aku terkenang jugak masa sekolah dulu, tipu la kalau tak rindu time sekolah. Banyak memori dari tadika sampai habis tingkatan 5. Walaupun time sekolah dulu agak sengsara nak dibandingkan time masuk IPT tapi bila tengok uniform, kasut, beg sekolah terus aku rasa rindu. Oppss.. tadi masa pegi shopping dengan cik abang, aku ter-lalu dekat area barang2 "Back to School" nie. Nampak brand barang sekolah yang aku selalu beli dulu, Bata, Canggih in memory.


Edisi Tadika

- Waktu masih berhingus lagi, aku boleh dikatakan kaki pemalas tahap babun sebabnya orang lain seronok aku pulak asyik moody bila masuk tadika. Tak minat nak main dengan budak2 girl, cuma minat nak main dengan budak laki lepas tu selalu sangat sakit. Sikit2 demam..manja lebih aku nie. Nampaknya masa tadika aku dah pandai bab2 mengorat budak laki. Wakaka




Dimana aku? cari laa


Edisi Sekolah Rendah

- Darjah 1 aku rasa takda nak masuk kelas sambil menangis teresak2 macam budak2 lain. Datang sekolah pon dengan anak kawan mak aku. Waktu rehat ja yang poyo sebab mak datang tiap2 hari hantar makanan time rehat sampai darjah 2. Nampak tak aku still lagi nak manja2.

Paling aku tak suka bila budak2 india suka cari pasal. Asal masuk klas mesti kerusi kayu kesayangan yang ada bekas punggung aku hilang. Deyy tambi pagi2 dah buat aku berangin. Siap dah tulis nama dengan liquid pon ada jugak orang nak ambik.

Paling tak suka bila nampak van atau ambulans masuk pagar sekolah. Adoii dalam otak kepala mesti fikir nak cabut gigi, nak cucuk BCG or datang nak ajar cara2 berus gigi dengan betul. Tapi mimpi ngeri tu semua aku lulus dengan bangganya. Kerana makcik dengan akak misi yang pandai memujuk. Aku la orang paling takot jumpa dokter gigi. Kalau tak kerana angin mak aku paksa cabut gigi tak dapat la gigi yang tersusun macam sekarang. Hehe

Bila dah masuk darjah 5, aku rasa rendah diri sebab kebanyakan kawan2 semuanya prefect. Well, mereka tak sombong lagi aku suka berkawan. Kalau time exam mesti nak subjek sains dengan math dapat markah tinggi sebabnya cikgu bagi hadiah duit RM 5 keatas tak pon hadiah hiasan apa2 jelah. Sampai sekarang buku cikgu sains hadiahkan tu aku simpan dengan elok. Dapat potong kayu, paku kayu time klas kemahiran hidup. Paling seronok termasuk dalam group KOIR, menyanyi time anugerah sampai hujan, dapat main rekorder.. sampai sekarang aku simpan lagi tapi nak main dah tak pandai.


Edisi Sekolah Menengah

- Sedihnya first day masuk form 1 aku pi sekolah pakai baju tak gosok, kasut tak berkapur. Memang tak terurus memandangkan mak masuk hospital. Ayah keja lepas tu aku dihantar duduk rumah pak long baru pandai gosok baju dengan kapur kasut.

Rindu nak menghabiskan duit sampai berpuluh-puluh ringgit bila adanya hari kantin. Nak makan macam2. Masuk semua gerai, pakai baju ala2 orang nak pi club pon ada. Kalau korang tengok mesti ingat aku nie dah culture shock kot. Gambar hari kantin memang dah lama hilang. Tak dapat nak dikesan :(

I love acting. Serius suka masuk drama sekolah bertanding, menang dapat hadiah. Aww.. dapat jadi bidadari tabur2 bunga kat princess dengan prince. Ouhh indahnya.


Malunya aku.. Haha


Drama Poem Sonnet 18, Menang tempat ke 2 sempena minggu bahasa Inggeris


Masuk sekolah menengah aku dah insaf nak buat keja2 jahat. Cuma nakal tu tetap ada, malas nak buat hal dengan sekolah. Apa pon semua orang ada kenangan sendiri time sekolah. Semoga berjaya adik2. Esok dah start sekolah, jangan ponteng2 :)


2 comments:

combi said...

rindu adse zaman budak2 an T__________T

Amanina said...

Sama la kita.. rindu jugak

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com