29 January 2013

Panggil PUAN? Cik Sudah Ler



Entah kenapa tiba-tiba rasa nak post pasal benda nie. Bukan nak cakap kononnya aku nie bagus sangat. Takmo la orang panggil aku perahsan.. Kalau kawan-kawan ikut suka je nak panggil aku "Hoi" ke "Oit". Dimana budi bahasa sebagai orang melayu. Panggil la nama aku, tengah mood okay tiba-tiba jadi moody. Touching nie.. takda siapa pon nak pujuk aku (hentak kaki).



Al-kisah minggu lepas-lepas, bila kali pertama, kedua dan ketiga orang reception Seri Malaysia panggil aku "Puan". Ohh terasa macam dah jadi bini orang pulak. Eh titew suke taw, tiba-tiba aku jadi gedik. Hehee.. Elok la kalau dia panggil aku makcik baru padan muka. Panggil la Akak, Cik ke Adik baru la rasa muda sikit. Tambah-tambah bila pegi kedai ada salesgirl tanya "Ya Puan, boleh saya bantu?". Mesti rasa eh aku tak kawin lagi la. Lama-lama kita akan terbiasa dengan panggilan itu. Believe me.


Macam pelik je tgk nama ada Puan =.='



Kalau kat opis nie, aku antara paling muda.. jadi masa mula-mula masuk opis tu, bila tengok makcik dan pakcik yang dah beruban tu aku rasa sepatutnya panggil "Makcik/Puan" .. Tapi aku rasa pelik pulak panggil macam tu jadi panggil la "Kakak/Abang".. Hehehe.. walaupun mereka dah berpangkat ayah dan mak pada kita. Mereka pun panggil aku "Adik" takpon "Nak". Paling suka panggil "Cek". Amboi terasa macam kat rumah bila mak panggil macam tu. Biasa la bahasa orang utara.



Aku yang berbadan "rendang".. sekarang orang panggil adik, aku pulak yang berkerut dahi, sebab yang dok menyakat tu abang/pakcik berjawatan pakguard matrik. Adoii, tiap-tiap hari orang suka menyakat. Apa boleh buat, aku cuma sedekahkan senyuman. Yang penting jangan panggil aku nenek sudah sebab cucu pun takda lagi. Kalau panggil makcik boleh diterima lagi sebab anak saudara ramai. Semua pakat panggil "Maklong Lina".



Good Luck kepada semua pelajar Matrikulasi seluruh negara
Ujian Penilaian Semester 2
PST & PDT 2012/2013


2 comments:

izzuan said...

hah dah x lama dh tu,.,.,.huhuh

Amanina said...

Hahaa.. tak lama lg

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com