26 January 2013

Film Review Hansel & Gretel : Witch Hunters - Pemburu Ahli Sihir





Dihujung minggu kali ini aku keluar tengok wayang lagi. Memang kalau ada duit, kalau ada masa memang hobi aku tengok wayang. Janji movie tu best dan rating tinggi konfem wajib tengok. Tambah2 pulak kazen keja kat GSC, memang dia menjadi bahan rujukan movie apa yang best. Kang rugi duit pulak tengok ceta tak best kan3..


Memandangkan aku sakit mata tengok budak2 sekolah beratur panjang semata-mata nak tengok Juvana, aku pon mengambil kesempatan beramah mesra dengan abang tiket buat2 macam bengong sekejap bertanya dia dah tengok Juvana ke belom tapi jawapan dia hampeh. Last2 aku pilih nak tengok movie pemburu ahli sihir nie. Abang tiket pon sokong sangat2 tengok movie tu. Mesti ada something nie?


Budak2 nie yang buat bising kat depan kaunter. Dressing mereka buat aku tergelak. Kalerfull


Masuk dalam wayang tu terus movie start tak payah nak tengok iklan datok dengan ayam kuning tu. Wah memang ramai jugak yang ton..ton..ton. Lawak time tengok setail pemburu lawan dengan ahli sihir. Gelak kuat2 dalam wayang tu nina oii.. Buat macam rumah sendiri ya. Tak payah segan-segan. Duduk sebelah lelaki pun aku gelak kuat. Lantak la.


Hansel dan gretel menyelamatkan seorang ahli sihir baik yang hampir dibunuh.


Mengisahkan dua orang saudara yang ditinggalkan ayah mereka didalam hutan dan mereka sesat kemudian mereka masuk ke dalam rumah yang diperbuat dari gula2. Rupanya itu rumah ahli sihir. Hansel dikurung dan Gretel di jadikan hamba. Sehingga hansel dan gretel membunuh ahli sihir itu dengan membakarnya. 


Selepas itu, 2 beradik ini telah bertekad untuk menjadi pemburu ahli sihir sepenuh masa dan bergerak dari satu kampung ke kampung lain. Mereka berdua kebal kepada jampi. Yang best tu hansel tu pesakit diabetes rupanya. Patut lah nak berlawan dengan ahli sihir kena cucuk dulu. Itu saja storynya. Nak tau kisah selebihnya kena la tengok. Serius lawak dan best. Tak tipu punya laa. 





And..and tak sangka ada adegan romantik pulak antara Mina, si ahli sihir baik dengan Hansel. Budak2 18 tahun ke bawah dilarang tengok taw. Patut la abang tiket tu suruh tengok rupanya ada babak geli2. Aww.. hahaa. Malu pulak titew tengok babak tu.





Sesapa yang tak tengok lagi sila tengok, memang tak rugi. Promote sikit untuk peminat filem omputih.


2 comments:

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

eh dah kluar rupanya cerita ni. bleh tengok nextweek :D

Amanina said...

Yup.. tengok jgn tak tengok :D

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com