28 January 2013

Perlukah Peluang Kedua?





Perlukah peluang kedua dalam perhubungan? Tak kira bagi pasangan bercinta atau suami isteri, perlukah diberi peluang setelah ditinggalkan tak kira atas sebab apa sekalipun? 
Ditinggalkan oleh pasangan. Mungkin kerana orang ketiga. Tup tup tup si dia tiba2 menghubungi korang dan pujuk rayu untuk kembali padanya. Tidak kisahlah pada waktu itu dah ada pengganti atau belum. Apa korang buat? Waktu taknak senang2 buang korang dari hidup dia, bila luka kat hati agak2 dah nak sembuh, dia datang lagi.. Amboi banyak cantik!! Apa respon? Terima kerana hati masih sayang @ belum ada pengganti atau reject walaupun masih ada perasaan padanya?


Bagi sesetengah orang memang sukar untuk memberikan peluang kedua seteleh kepercayaan dikhianati sewaktu peluang pertama diberikan. Agak sakit juga perasaan aku nie tapi bila fikirkan semula aku tak pernah mintak perkara nie terjadi dalam hidup. Mungkin seseorang tu perlu diberi peluang kedua. Harap2 dia dapat memperbaiki kesilapan diri dan menyesal atas apa yang dilakukan.. Aku bukan tuhan yang ada kuasa untuk menghukum dan aku yakin seseorang itu pasti boleh berubah dan belajar dari kesilapan.


Tak kiralah dalam hubungan apa sekali pon, keluarga, sahabat, suami isteri atau anak kepercayaan lebih penting dari segalanya. Tapi tiada lagi peluang ketiga, keempat, kelima kerana peluang kedua telah disia-siakan. Tiada maaf bagimu. Cewah melalut pulak aku nie. Me and my partner, wawa.. berada dalam situasi yang sama dan susah nak memberi peluang kedua kepada hati sendiri untuk terima sebarang cinta dari orang yang sama.

Cik nina tengah happy sekarang nie. Sekian


Kepada yang bergelar pasangan kepada seseorang, hargailah pasangan anda sebaiknya kerana peluang kedua belum tentu ada!


P/s: Penghulu Ahmad syok pulak nyanyi lagu Kassim Selamat.. Wakaka ~ "Dimana kan ku cari ganti..serupa denganmu"


2 comments:

ghost writer said...

tak kira sapa yang mengakhiri, peluang kedua hanya menjengkelkan hati.

Amanina said...

Ya, betul GW

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com