9 January 2013

Senangnya Dapat Dosa Di Facebook



Assalamualaikum.


Selamat pagi untuk orang yang tak tidur lagi. Itu la padahnya kalau terlebih tidur mesti susah nak tidur balik. Kalau bukak fb kang nampak kat news feed tu pasal status dan komen yang pelbagai jenis. Selalunya status banyak yang merapu merepek. Perasaan orang yang update tu aku rasa banyak dah tak betul kot. Kesiannn.




Mereka yang update tu tak terasa malukah? Membuka aib sendiri untuk tontonan umum. Tak dikira yang upload gambar lagi. Terus terang aku takda masa nak menipu. Dah 3 tahun asyik layan fb, memang aku JEMU, MUAK semua ada. Especially baca status pasal orang rumah, gadoh bf/gf, kutuk sana sini, maki situ maki sini, paling tak boleh blah update tengah berak! Haha, bodohnya. Gambar peluk2 tu opcos banyak. Maklum la frens dengan orang2 HOT. Tak kuasa nak remove.



Paling menyampah sekali baca status bodoh2 nie.. Contohnya:

"Hari ini keluar dating dengan bf saya"

"Seronoknya keluar dgn **** semalam kt mall, thank!!"
"Awak ni gatal la sayang"
"Baby, jom g study sama2"



Dan macam2 lagi status, komen yang tak sepatutnya dan upload gambar nampak lurah2 gunung santubung.. Gunung Santubung? tak penah dengaq hang pi masuk tadika. Seksi kot, Kalau aku jadi lelaki pon iman memang goyang. Rasanya habis belajar nanti aku dah tak main fb kot. Banyak gangguan makhluk2 halus yang suka hantar mesej gatal2, komen lebih2 kat gambar. Sudah penat melayan. Nak bersara laa.



Aku selalu ingatkan diri sendiri, kalau kita tak suka tengok apa yang orang buat so kita tak payah buat lagi hebat. Bila dah jarang online fb, aku rasa aman tanpa perlu sakit hati. Tipu la kalau status dulu2 takda makian, kutukan, jiwang2 tapi itu dulu dan sekarang aku nak berubah. Berubah demi kebaikan diri sendiri.


TODAY!
FB DEACTIVATE

p/s: Rasa mengantok dah datang..selamat sampai ke Ipoh kejap lagi nina :)


No comments:

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com